Hurm.. Aku dah pakai banyak jenis seluar jeans. Tapi takde la yang sampai jenama PARIS-LONDON-NEW YORK tuu.. Atau seluar KPOP yang cukup popular tu haaa.. Paling gempak pun , Guess je aku pernah pakai..
LEE, LOIS , CAMEL dan beberapa jenis lagi yang aku pernah pakai.. Harga , mampu beli. Tetapi , aku ni jenis mudah berpeluh.. Bila kaki berpeluh , kain akan menyerap peluh tu.. dan aku jadi tidak selesa !
Nampaknya , aku terpaksa kembali guna LEVi’S .. Zaman bujang dulu , aku pengemar LEVI 521. Agak kurang gemar 501 sebab cutting dia.. Suka straight cut je aku ni..
Kenapa LEVI’S ? Sebab setakat ni , bila berlaku perpeluhan.. kain jeans LEVI’S masih selesa buat aku berbanding jenama lain. Tapi , original jelaaa.. Yang tiruan , aku pernah la cuba pakai tapi cutting dia tak kena dengan aku. Cawat dia dan tang peha tu.. ada je tak kena ! Huhuhhu..
LEVI’S 521 dah takde dalam pasaran. Sekarang ni , 505 adalah pilihan utama aku. Ada 3 pasang kesemuanya.. Hehehehe.. Banyak dah tuuu.. Ada jenama lain lagi.. Hehehehe..
Dan wajib dengan tali pinggang original LEVI’S.. Ada dua pasang tali pinggang.. LEVI’S . Satu tu , dah masuk 8 tahun aku guna.. hehehe.. Tahan wooo !
Size 36 ?? Aku memang suka amik size besar sikit.. Mana la tau , makan banyakkk… tak la lemak tu terkeluar keluar kiri kanan gara gara seluar ketat.. kan ? Hehehehe..
Levi’s 505.. harga ? RM200++ gak skang ni.. Huhuuh.. GST kooooo ! Apa nak buat.. Nak selesa , bayar lebih sedikit.. Tak la kata yang murah tu tak selesa.. Bergantung pada kulit badan masing masing ..la kannn !