Teringat kata seorang rakan..
“ Ben , positif je .. “
Dulu , aku seorang yang cukup negatif ! Kesan dari pengalaman hidup yang sering kena tipu bila beri kepercayaan.. aku nekad untuk tidak bulat bulat percaya pada mereka yang rapat dengan aku… terutama .. ala.. paham paham dah laa .. yang aku maksudkan.. hehe..
Tapi bila kenal wife aku , aku terasa aku boleh kembalikan sikap positif aku. Belajar mempercayai manusia lain.. Payah tapi aku cuba.. Aku takut terluka lagi akibat ‘dikencing’ hidup-hidup..
Selepas aku mengenali dunia blogger.. Aku merasainya lagi. Aku cuba bersikap positif. Beri kepercayaan namun berkali juga aku dihampakan..
Sehingga sekarang .. aku masih cuba tapi bukan mudah ! Apatah lagi bila mengendalikan komuniti blogger yang ada lebih 100 blogger , pastinya ada macam macam peel dan perangai ! Hurmm..
Niat aku cuma satu.. Nak bantu membantu sesama insan. Namun.. hurmm… Payah nak kata.. Kata kawan aku lagi..
“ Positif je la Ben.. “.
Yer.. kalau aku asyik berpositif , aku juga yang stress akhirnya ! Masalahnya , sampai bila ?