Baru baru ni viral....
Tepuk dahi melihatnya ! Tapi bila kita di situ , apa tindakan kita ? Ahhh... pedulik apa ! Nanti ada la pekerja bersihkan , kan ? Gitulah pemikiran kita. Dan akhirnya , bertimbun dan tiada pekerja pon nak bersihkan. Sebab itu dikatakan sungai kita, kita kena jaga ! Takda orang lain nak jagakan. Dan kena la tahu , sungai tercemar , kita gak parah ! Kenapa ? Sungai inilah yang membekalkan air harian buat kita. Jika sungai tercemar , air perlu di rawat. Bila di rawat , kos bukanlah murah. Jika cemarannya teruk , hurmm.... parahlah kita !
Adakah kita malas nak menjaga kebersihan terutama di sekitar kita sendiri ? Rumah tu , jangan cerita la. Tapi bila berada di luar rumah , sikap dan tanggungjawab menjaga kebersihan semakin menipis atas kerana masing masing pentingkan diri sendiri !
Nahh.. apa kata kita sambut cabaran yang semakin viral di luar negara ! Dari page We Don't Deserve This Planet #ChallengeForChange , sambutan semakin hangat atas kesedaran dunia semakin tenat dan parah.
Amacam ? Menarik untuk dicabar ? Heee.. Buktikan kita , rakyat Malaysia bukan seperti yang disangka. Jika bersatu , dunia pun boleh takut... kan ? Haaa... Buang rasa ego , level harga diri yang syok sendiri tu.. bersatu dan bersihkan bumi Malaysia ni ! Kalau bukan kita , takkan nak tunggu orang luar datang ke negara kita , bersihkan sampah sampah tu ???
Tak malu ke ? Oh.. memang pun. Tapi bila dengar orang luar puji pasal negara kita , bangga lak. Bila dengar kena kutuk , pakat tuding jari ! Hurmm..
" Jepun memang bersih giler. Susah nak jumpa tong sampah wooo ! " Kata seorang kawan sambil buang bekas aisrim dalam longkang.
Klik > http://bit.ly/2TAbZrR