Artikal BuasirOtak.com menarik minat ramai rakan rakan di Facebook aku setelah aku berkongsinya di Timeline aku. Pelbagai reaksi diberikan. Ada yang berkongsi pengalaman suka duka mereka di sana.
Tajuk ' Sisi gelap sekolah berasrama yang jarang diketahui ' dah dikongsikan ramai rakan rakan. Bukan bertujuan untuk cuakkan mereka tapi sebaliknya adalah untuk pastikan ibu bapa yang hantar anak anak ke asrama , atau belajar di luar negara senantiasa pantau aktiviti aktiviti serta mengambil berat akan anak anak mereka. Sekadar berdoa dan lepas tangan pada pihak pentadbiran , adalah tidak patut sama sekali.
Mendidik anak anak berdikari sejak kecil lagi , bagi aku memang bagus sekali. Membaca satu komen rakan pembaca di blog tu membuatkan aku rasa cam... hurm. sememangnya dia hidup begitu sejak kecil lagi. Apakah perlu aku didik anak anak aku begitu juga ?
Terlalu melindungi anak ?
Sejak wife mengandung , aku berazam menjaga anak anak aku sendiri. Memastikan mereka membesar di hadapan aku walaupun tidak sempurna tapi aku sebagai seorang ayah akan berusaha memberikan yang secukupnya buat mereka.. ilmu di dunia dan juga untuk bekalan ke akhirat !
Dunia masakini sangat mencabar ! Terlalu mencabar. Melihat kepada anak anak sendiri , rasanya mereka belum mampu nak berdikari di luar sana. Bukan tak boleh tak belum bersedia aku untuk lepaskan mereka walaupun untuk seharian. Heee... Kenali anak anak sendiri.
Bagi aku la , sekolah berasrama penuh patut diberi peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan. Miskin, anak yatim piatu , ibu tunggal yang punya anak ramai dan tidak berkemampuan. Ini masa untuk mereka ubah kehidupan mereka. Tapi kita tengok sekarang ni , yang kaya raya pun sibuk nak antar anak mereka masuk ke sana. Kenapa ? Hurm..
Luangkan masa bersama..
Aku lihat beberapa contoh akibat terpisah lama dari keluarga. Keakraban bersama adik beradik jadi kurang.Bukanlah semua tapi risau ianya terjadi. Yelah , segalanya bergantung kepada cara kita. Aku faham tapi ikut pada kemampuan kita. Macam aku sediri.. aku tak rasa aku mampu lakukan. Aku risau aku akan ambil kesempatan di situ yakni bersenang lenang tanpa ada rasa tanggungjawab ! Rilekss gitu !
Bila ada anak anak di sisi , aku rasa begitu banyak tanggungjawab kena pikul membuatkan aku tak senang duduk dan kurang rehat. Tapi gembira bila keletah anak anak membesar di sisi. Sekurangnya nanti , bila aku dah tua.. mereka akan ada disisi aku. Rezeki aku jika ianya begitu. Anak anak sekarang bila dah berjaya, terus sibuk dengan kerjaya. Tunggu raya baru nak nampak muka. Huhuh.. tu pun kalau diorang balik.. kalau tak ? Huhuh.. Kenapa ? Sebab ada yang kata..
" Ala.. mak bapak aku dulu antar aku sekolah jauh.. berdikari.. takkan la diorang dah besar pun tak leh berdikari ? "
Cara masing masing besarkan anak
Pengalaman hidup membuatkan kita begitu berhati hati dalam membuat keputusan pada anak anak kita. Buat masa ini , aku rasa biarlah mereka di sisi aku. Rapat sesama adik beradik. Aku taknak mereka punya semangat 'kawan diutamakan berbanding adik beradik' . Biarlah aku sendiri yang naik tangan pada mereka daripada orang luar yang melakukannya. Sekurangnya aku pikul tanggungjawab itu.
Kesimpulan... tak salah nak hantar anak anak belajar jauh dari kita tapi pastikan..pastikan mereka tidak terbiar dan dibiarkan atas alasan berdikari. Jika mereka sudah sebati dengan keadaan itu, bersedialah kita untuk menerima risikonya.
Contohnya.. Jika balik dari asrama , mereka buat hal sendiri. Terus hilang keluar bersama kawan kawan. Tidak berminat untuk keluar bersama keluarga atau bercuti bersama. Jika dah berkerjaya , jarang pulang ke kampung halaman atau jika pulang pun , sekadar untuk tidur jer.. selebihnya diabiskan masa di luar ! Itu belum kes liwat dan lesbian.
Itu contoh dari sudut negatif. Positifnya.. pun ada. Apa pun , terpulang pada cara didikan kita. Jika kita yakin dengan cara kita , ikutlah. Yang penting , kita jadikan mereka.. manusia !
|
Masih terbayang-bayang di kepala aku. Yer , Western Australia atau Australia Barat ! Kali terakhir aku ke sana... erk , sebenarnya itulah yang pertama dan berjanji akan kembali lagi ke Australia cuma sayangnya belum berpeluang lagi sehingga hari ini. Tapi ketika tu , aku sempat sehari je kat sana. Pergi atas tugasan blog bersama team sebuah telco terkenal di negara kita. Tak sempat nak merayau !
Sayang tul tak dapat explore abis Western Australia ketika tu. Pusing Perth je pun dah teruja. Tu pun dalam kereta dan petang tu cuma dapat ke Kings Park. Syok bergambar kat sini. Kings Park ni antara tempat wajib gi la.. Tak gi , rugi gitu sebab boleh nampak permandangan yang cukup cantik dari sini. Gambar aku ambik , entah mana hilang dah. Huhuhu.. Instagram masa tu tak cukup canggih lagi. Huhuh.. Untung orang sekarang. Uhuk...
Bila tengok kawan kawan blogger ke sana dalam tahun ni , aku terasa cam.." Wah, nampak gayanya aku kena gi semula ! Tapi nak lagi syok , gi ngan famili ! Sememangnya Western Australia ni tempat percutian yang sesuai mereka yang berkeluarga. Yang bujang pon sesuai gak. Aku kata gitu sebab kat sana tenang terutamanya Perth ! Syok bandar Perth. Tak seperti bandar bandar utama lain di dunia. Rileks jer pagi hingga ke malam harinya.
Kagum ketika tu dengan suasana di sini. Mereka yang berbasikal , berjogging saling hormat menghormati dan pejalan kaki pun kena ikut undang undang di sini untuk elak dari berlaku kemalangan.
Segalanya masih segar dan aku boleh katakan Perth ni adalah bandar orang yang ingin carikan kedamaian ketika melancong.
Tahun ni , aku tengok kawan gym aku , si Boboy dok rancak ulang alik ke Australia. Amboi , amboi , amboiii ! Sedap sungguh naa ! Aku tanya dia , apa yang best sangat sampai dia asyik ulang alik ke sana ? Dia pun bercerita la. Wah , baru aku tau. Rupanya terlalu banyak tempat tempat menarik di Australia ni terutamanya di Western Australia ni !
Maka aku pun tengok la Facebook dan Instragram si Mohd Boboy . Menarik ! Katanya lagi , tarikan di situ memang banyak. Nak shopping , memang murah murah terutamanya perfume , produk produk kesihatan , pakaian dan macam macam lagi. Bab makanan pun tiada masalah. Banyak sangat restoran restoran Halal di sini. Rakyat Malaysia yang belajar mahupun menetap di sini pun ramai !
Selain shopping dan makanan , mereka yang gemarkan kembara atau aktiviti luar , nah... tak perlu risau ! Korang takkan boring , katanya lagi.
Ok... Sekarang aku kasi 10 sebab kenapa kau , kau , kau dan aku... kena gi Western Australia bersama sama. Pastu leh teroka bahagian lain Australia pulak ! Hehehehe..Ikutkan ada lebih dari 10 tapi memadailah 10 je kot ? Kang bermastautin pulak kita kat sana. Tak nak balik ke Malaysia lak ! Hehehe..
Oh ya.. sumber ni aku amik dari beberapa blog ye. Nanti aku kasi tau dari sapa aku amik. Kalau nak dari pengalaman aku sendiri , kena tunggu aku gi sana la jawabnya baru boleh buat cerita dari mulut aku sendiri. Heeee..
Perth
Perth merupakan ibu negeri Australia Barat. Dengan jumlah penduduk seramai 1,507,900 orang[1] (anggaran Disember 2006) menjadikan Perth sebagai bandar terbesar di Australia Barat. Bandar ini juga adalah penduduk kawasan bandar keempat terbesar di Australia, dengan kadar pembesaran 2.1% (2006) adalah kini bandar utama yang cepat membesar di Australia. Ia dianggap bahawa penduduk Perth akan membesar di 2.5% tiap tahun di 2007, oleh kerana ekonomi Australia Barat yang membangun. State Final Demand, misalnya, membesar sebanyak 10.2%, 12 bulan ke Mac 2007 (ABS).
Perth diasaskan pada 11 Jun, 1829 oleh Kapten James Stirling sebagai pusat pentadbiran penempatan bebas Koloni Swan River. Sejak itu, Perth masih berfungsi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Australia Barat hingga kini.
Kawasan metropolitannya terletak di kawasan barat daya benua, iaitu di antara Lautan Hindi dan tubir pinggir laut rendah yang dikenali sebagai Darling Range. Kawasan daerah pusat perdagangan dan pinggir bandar Perth terletak dekat dengan Sungai Swan. Bandaraya yang terdekat dengan Perth ialah Adelaide yang menempatkan lebih 1 juta orang di Australia Selatan, iaitu terletak 2,104 kilometer (1,307 batu) jauhnya dari Perth. Justeru, Perth yang juga diduduki lebih kurang sejuta orang merupakan bandaraya paling terpencil di dunia. - Wikipedia
Antara tempat menarik yang patut dikunjungi ketika di Perth ialah :
- Kings Park and Botanic Garden
- Swan Valley
- Fremantle Prison
- Perth Zoo
- Bibbulmun Track
- AQWA The Aquarium Of Western Australia
- The Bell Tower
- Penguin Island
- Fremantle Markets
- Adventure World
- The Perth Mint
- Round House
- Art Gallery of WA
- Cottesloe Beach
- Yanchep National Park
- Caversham Wildlife Park
- John Forrest National Park
- Elizabeth Quay
- Western Australian Museum – Perth
- Army Museum of Western Australia
- Aviation Heritage Museum
- Araluen Botanic Park
- Lake Monger
- Whiteman Park
- Swan Valley Visitor Centre
- Shoalwater Islands Marine Park
- Hillarys Boat Harbour
- Mundaring Weir
- Mundy Regional Park
- Heirisson Island
- Cohunu Koala Park
- Fremantle Arts Centre
- Hyde Park, Perth
- Yagan Square
- South Beach
- South Perth Foreshore
- Fremantle Fishing Boat Harbour
- Walyunga National Park
- Scitech Discovery Centre
- Margaret River Chocolate Company
- Midland Gate Shopping Centre
- Lakeside Joondalup Shopping City
- Avon Valley
- Kailis Fish Market Cafe
- Lancelin Sand Dunes
- Perth Hills
- Insan’s Cafe
- The Lobster Shack
- The Pinnacles
- Old Mill
Ada lagi tapi cukup la kot yang ni. Bukan apa.. bila sampai sana nanti , akan ada yang rekemen ke tempat tempat yang lebih rare dan unik ! Lain la memang nak gi sana untuk shopping jer ! Rugi la gitu kan ? Kena terokai abis abisan kat sana.
Antara banyak banyak tempat di atas tu , aku teringin nak pergi ke beberapa tempat jika berpeluang. Pastinya aku nak ke Perth Hills ketika matahari terbenam , Perth Hillls menarik kerana menawarkan pemandangan indah iaitu kawasan perkampungan yang hanya terletak 45 minit dari bahagian timur Perth. Antara aktiviti menarik yang boleh dibuat di sinis seperti berkelah atau berbbq di Lake Leschenaultia, melawati taman-taman negara yang indah yang terdapat di sini, membawa keluarga tercinta ke Araluen Botanic Park, memetik buah di kebun epal yang pastinya akan meninggalkan kenangan manis nanti !
Penguin Island pun aku tertarik kerana di Penguin Island kita dapat mendekati penguin-penguin yang secara live tau ! Bukan dalam kurungan atau aquarium! Siap boleh bermain dengan diorang lagi haa.. Dah puas bermain-main dengan penguin, kita boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan. Menarik kan ?
Aku minat kapal terbang. Dan pastinya Aviation Heritage Museum akan aku masuk punya ! Haaa ! Kat sini pasti boleh melihat pelbagai jenis kapal terbang dari zaman perang dunia lagi kan ? Haaa..
Er, bajet terhad ? Rileks.. Sekarang ada Traveloka Promo ! Rugi kalau aku tak amik peluang ni untuk dapatkan tiket kapal terbang , penginapan dan tiket untuk masuk ke tempat tempat yang ingin dilawati atau kunjungi dengan potongan harga yang menarik !
Jom Flight to Australia !
Semalam...
" Kita tak buat salah , takkan cikgu nak marah kita kan ? Hari ni , Qhaliff bawak semua buku kan ? "
Siapkan dia pastu suruh makan. Lepas tu mood dia ok. Dan pergi sekolah dengan mak dia. Tengahari, aku gi jemput. Dan kelihatan dia ceria jer..
" Camana ari ni ? Cikgu marah Qhaliff tak ? " tanya aku.
" Tak.. cikgu baik ari ni. Qhaliff pun buat kerja siap cepat... " jawabnya.
Aku senyum. Gosok kepala dia.
" Daddy , jom gi Tesco. " cubaan yang bijak dari dia.
Aku pandang dia. Ketawa. Kelmarin , duit aku terbang selepas dia kena marah ngan cikgu dia. Nak beli jiwa dia kononnya. Dan berjaya la. Dia beli robot je kat MR.DIY.
Cubaan Qhaliff untuk tidak sekolah berjaya aku patahkan. Alasannya , dia takut kena marah lagi. Aku pujuk dia. Beria menangis taknak pergi. Yer , dia memang manja tapi tidaklah lembik. Dia ok je tapi mungkin dia berperangai macam aku... cikgu kalau marah , aku memang akan sentap. Sebab aku hormat cikgu macam mak ayah aku sendiri. Kira merajuk gitu la. Bukanlah kita nak marah atau benci dia pun. Dah memang salah kita.. kena marah. Merajuk la kan ? Heee..
" Kita tak buat salah , takkan cikgu nak marah kita kan ? Hari ni , Qhaliff bawak semua buku kan ? "
Siapkan dia pastu suruh makan. Lepas tu mood dia ok. Dan pergi sekolah dengan mak dia. Tengahari, aku gi jemput. Dan kelihatan dia ceria jer..
" Camana ari ni ? Cikgu marah Qhaliff tak ? " tanya aku.
" Tak.. cikgu baik ari ni. Qhaliff pun buat kerja siap cepat... " jawabnya.
Aku senyum. Gosok kepala dia.
" Daddy , jom gi Tesco. " cubaan yang bijak dari dia.
Aku pandang dia. Ketawa. Kelmarin , duit aku terbang selepas dia kena marah ngan cikgu dia. Nak beli jiwa dia kononnya. Dan berjaya la. Dia beli robot je kat MR.DIY.
Malam tadi...
" Daddy , Aara cuti esok. Tak nak pergi sekolah." Zahra bagitau dan ianya memang dah dijangka aku.
" Kenapa ? Cikgu marah Aara ke ? " saja nak tengok akal dia.
" Aah. Ticer marah Aara. " jawab dia.
" Aara dalam kelas banyak cakap kan ? Suka buat bising pastu jalan jalan. Ticer marah la..Kan ? " serkap aku.
Zahra ni kalau dia cakap taknak pergi , memang dia akan berpegang pada kata kata dia. Nak pujuk , memang payah nak makan. Cuma kadang kadang aku terlupa... sebenarnya mudah jer nak pujuk Zahra ni. Offer dia susu botol ! InshaAllah jalan. Atau dia amik offer tu tapi tetap tak nak pergi !
Budak zaman ni , terlalu dimanjakan ke ? Tak leh kena marah atau cepat merajuk ? Bagi aku tak pon. Mereka dibesarkan dalam persekitaran yang 'terkawal'. Tak seperti zaman 80-90an. Kanak kanak zaman tu agak bebas dan lasak. Budak sekarang banyak main dalam rumah jer. Nak keluar , risau kena culik ! Tu masalah utama sekarang ni. Makanya , diorang membesar dalam persekitaran yang begitu terlindung. Bila kena marah di sekolah... muncung ! Tu pendapat aku la.
Dan yer.. Zahra berjaya ponteng ari ni !
Selain kereta sewa di Kota Kinabalu. Kereta Sewa Langkawi adalah antara pilihan popular bagi pelancong yang ingin bercuti ke Langkawi. Soalannya adakah senang nak mencari kereta sewa murah di Langkawi? Di sini saya akan kongsikan tentang beberapa tips dalam memilih kereta sewa yang terdapat di Langkawi.
Pertama sekali pastikan Pulau Langkawi .. Apa yang perlu buat dan perlu hati-hati selain harga semasa kereta sewa yang terdapat di Langkawi. Bila anda dah tahu kadar harga semasa kereta sewa di Langkawi, senang lah sedikit untuk anda membuat keputusan.
Langkawi Jt Travel & Tours Sdn Bhd Menawarkan Perkhidmatan Kereta Sewa Murah Di Langkawi
Jika anda bercadang bercuti ke pulau Langkawi, sebelum anda boleh menghubungi Langkawi Jt Travel & Tours untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa murah di sana. OneHotel Helang , Langkawi .. ok ke ? Pengetahun anda. Jt Travel & Toursl Sdn Bhd adalah salah satu pembekal kereta sewa utama di Langkawi. Anda sekarang boleh menikmati kereta anda daripada perkhidmatan kereta sewa Langkawi yang murah. Harga terbaik di seluruh bandar tanpa sebarang caj tersembunyi.
Jt Travel & Tours Menawarkan Pelbagai Pilihan Kereta Sewa Terbaik Untuk Anda
Jt Travel & Tours berusaha untuk memberikan kereta yang terbaik untuk anda, bersih, kemas dan selesa untuk memenuhi keperluan kereta sewa anda semasa berada di Langkawi. Banyak tawaran Sewa Kereta di Langkawi, Dari kereta jenis model Perodua Axia, Myvi, Saga FLX, Iriz, Nissan Urvan (Van), Van Toyota Hiace, sehinggalah seperti Bas Persiaran untuk Group. Jadi untuk group leader yang nak bawa rombongan ke Langkawi bolehlah hubungi Jt Travel & Tours.
Dari Kereta Bajet Hinggalah Kereta Jenis Mewah Ada Di Jt Travel & Tours
Kalau nak Kereta paling murah, sudah tentulah Perodua Viva, Axia / Myvi lebih ekonomi bagi yang couple, dan keluarga yang kecil. Kalau datang Langkawi 4-5 orang better guna saya sarankan anda ambil kereta Saga atau pun myvi 1.3 ke atas. Untuk jimat dan keselesaan pemanduan bukannya apa nak letak barang yang shopping banyak-banyak dengan beg pakaian lagi . Untuk yang berkumpulan atau family yang besar bolehlah guna Van Nissan Urvan atau Van Toyota Hiace kalau dak pun boleh guna Mpv Toyota Avanza atau Innova. Pilihlah yang sesuai dengan keselesaan percutian anda disini.
Boleh Buat Tempahan Kereta Sewa Secara ONLINE Di Jt Travel & Tours Sdn Bhd
Jt Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan sistem tempahan on-line yang membolehkan anda membuat tempahan pelbagai kereta pilihan anda dengan mudah dan tidak kira di mana anda berada. Anda akan disambut dengan staf cemerlang Jt Travel & Tours untuk memastikan hanya pengalaman perjalanan yang indah semasa anda di Langkawi.
Senarai Harga Kereta Sewa Di Langkawi
Berdasarkan pemerhatian saya setakat entri ini ditulis, harga semasa beberapa kereta sewa yang popular di Langkawi adalah seperti berikut :
- Harga sewa Proton Viva bermula dari serendah RM50
- Harga sewa Perodua Myvi bermula dari serendah RM60
- Harga sewa Nissan Axia bermula dari serendah RM60
- Harga sewa Nissan sentra bermula dari serendah RM60
- Harga sewa Toyota Vios bermula dari serendah RM70
- Harga sewa Perodua Alza bermula dari serendah RM80
- Harga sewa Honda City bermula dari serendah RM90
- Harga sewa Toyota Hiace bermula dari serendah RM150
Untuk mendapatkan sebut harga jenis kereta lain anda boleh terus hubungi pihak Jt Travel & Tours.
Sebelum Anda Memilih Kereta Sewa Di Langkawi Pastikan Anda Lakukan Perkara Seperti :
Mesti anda tertanya-tanya mana yang lagi elok, tempah kereta sebelum pergi ke Langkawi atau pilih sendiri di kaunter? Bagi saya, saya lebih suka untuk tempah sebelum pergi bercuti sebab banyak sikit pilihan kereta yang boleh dipilih. Memandangkan harga semasa kereta pon dah tahu, maka takdelah nanti kita bayar harga yang overprice. Kalau baru nak pilih di kaunter, khuatir pilihan kereta dah tak banyak.
2. Double Check Keadaan Kereta Sewa Sebelum Memandu
Selepas anda dah membuat pilihan kereta, pastikan anda periksa dahulu keadaan kenderaan sama ada terdapat kesan kemalangan atau calar. Dikhuatiri sekiranya anda tidak periksa keadaan kenderaan dihadapan pengusaha kereta sewa, sekiranya terdapat kesan calar atau kemek pada kereta semasa anda memulangkan kereta, mungkin anda akan dipersalahkan dan terpaksa membayar ganti rugi.
3. Pulangkan Kembali Kereta Sewa Mengikut Tempoh Yang Ditetapkan
Tips yang ketiga pastikan anda memulangkan kereta pada masa yang ditetapkan kerana ada bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya anda terpakai kereta melebihi masa yang dibenarkan.
4. Beritahu Waktu Ketibaan Anda
Tips yang keempat adalah bagi sesiapa yang menempah kereta sewa sebelum bertolak ke Langkawi. Pastikan anda memaklumkan kepada pengusaha kereta sewa yang telah anda pilih mengenai maklumat ketibaan anda. Kalau tidak anda mungkin terpaksa menunggu lama kereta sewa anda. Disini saya kongsikan Patut ramai gila bila sampai Idaman Suri , Langkawi.
Jt Travel & Tours mengawal semua kereta dan utiliti secara berkala untuk memastikan anda akan mendapat tahap tertinggi Keselamatan dan prestasi mekanikal yang tepat. Pada akhir pajakan anda mempunyai pilihan untuk membeli setiap unit dan armada jika perlu kepada nilai - nilai yang berbeza. Pembetulan diberikan suatu kontingensi atau separa pecah atau utiliti kenderaan, anda mempunyai sejumlah perkhidmatan penyenggaraan pembetulan.
Bantuan 24jam Khas Untuk Pelanggan Kereta Sewa Di Jt Travel & Tours
Berita baiknya ialah, dalam Penyewaan Kereta di Jt Travel & Tours menawarkan telefon bantuan 24 jam. Anda akan mendapat sokongan dari kakitangan khusus untuk penjagaan kekal untuk segala keraguan anda. Mereka akan memaklumkan dan menguruskan keperluan yang anda perlukan. Tidak kira di mana anda berada, anda akan sentiasa dilindungi. Mereka mengambil berat untuk menyediakan bantuan mekanikal mana - mana sahaja sekitar Langkawi supaya anda boleh menikmati tanpa sebarang masalah tunggal.
Jt Travel & Tours Menawarkan Kereta Sewa Murah di Langkawi dari RM 40/Sehari
OneHotel Helang , Langkawi .. ok ke ? Kereta sewa atau pengangkutan yang hendak digunakan semasa berada di langkawi. Jt Travel & Tours membantu anda ingin mendapatkan kereta sewa dengan harga yang sangat sangat SANGAT berbaloi pada hari bukan cuti sekolah ataupun cuti sekolah. Tawaran ini bermula dari RM40/sehari. Anda kini boleh menikmati kenderaan peribadi anda sendiri dengan perkhidmatan kereta sewa berpatutan Jt Travel & Tours di Pulau Langkawi. Anda hanya perlu membayar kos sepertimana yang tertera di laman web Jt Travel & Tours. Tiada lagi kerisauan mengenai caj yang tersembunyi.
Staff Jt Travel & Tours Mesra Pelanggan
Dengan sistem tempahan dalam talian kami yang cekap, anda boleh menempah model kereta pilihan anda tidak kira dari mana sahaja lokasi anda berada. Anda juga akan disambut dengan kakitangan kami yang mesra dan komited untuk memastikan pengalaman perjalanan anda hanya yang terbaik ketika bersama dengan kami.
Adakah anda tahu mengapa lebih dari 3000 pelanggan menyewa kereta dengan Jt Travel & Tours ketika berada di Langkawi?
- Buat tempahan secara terus dengan pembekal sewaan kereta seperti Jt Travel & Tours untuk menikmati kadar dan perkhidmatan yang terbaik.
- Majoriti kereta sewa Jt Travel & Tours tidak kurang daripada empat tahun, seterusnya memberikan jaminan kepada anda bahawa anda akan sentiasa mendapat kereta yang baru dari Jt Travel & Tours.
- Jt Travel & Tours boleh menjemput anda di destinasi yang paling mudah untuk anda. Pilih daripada lokasi pengambilan dan penghantaran utama.
- Selain daripada menyediakan anda kereta yang berkualiti, Jt Travel & Toursjuga menyediakan perkhidmatan premium kepada pelanggannya.
- Jt Travel & Tours berbangga dengan pencapaiannya sepanjang tahun, Jt Travel & Tours berkhidmat kepada pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati sejak 2011.
- Jt Travel & Tours tidak menambah kadar caj Jt Travel & Tours untuk bayaran komisen dan perbelanjaan tambahan. Oleh itu, Jt Travel & Toursdapat memberi kadar yang terbaik.
Terma dan Syarat menyewa kereta di Jt Travel & Tours Sdn Bhd :
Lihat Feedback Pelanggan Dari Jt Travel & Tours Sdn Bhd :
Booking Kereta Sewa Anda Sekarang Di Langkawi Jt Travel & Tours Sdn Bhd (Kereta Sewa Langkawi)
Semoga anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa murah di langkawi yang Jt Travel & Tours tawarkan. Mention “ProfHariz” untuk harga diskaun.
Teringat zaman aku sekolah rendah satu tika dulu. Ada seorang guru Matematik membunuh minat aku terhadap Matematik gara gara lempangan dari dia ! Sejujurnya aku minat Matematik tapi disebabkan dia , minat aku terus mati ! Bukanlah aku anak manja pun. Di rumah , kena je sebat ngan rotan dan tali pinggang tapi perlu anda tahu , pelajar sekolah ni memandang tinggi guru guru ni. Mereka cukup takut dan segan dengan cikgu. Tapi apa yang buatkan mereka bersikap kurang ajar dengan cikgu ? Mesti ada sebabnya , kan ?
Sekolah menengah aku , adalah sekolah yang tergolong dalam senarai hitam.. ketika tu. Pelbagai masalah disiplin ada ketika tu. Cukup menakutkan. Tapi aku berjaya lalui tanpa sebarang rekod hitam. Kecuali ada beberapa insiden yang membuatkan aku benci pada beberapa orang cikgu ! Aku tak benci pun guru disiplin mahupun Pengetua. Walaupun aku beberapa kali keluar masuk bilik pengetua dan dirotan di bontot. Aku tak marah pun mereka. Yang aku marah dan benci ialah guru yang memanggil aku bodoh ! Sampai sekarang aku ingat muka dia !
Qhaliff , hari ni...hurm.. keluar dari kelasnya dengan muka masam. Longlai langkahnya. Aku tanya kenapa? Tiba tiba ada budak perempuan lalu. Comel gitu. Dia bersuara..
"Dia pemalas. Tak bawak buku.". Pergh.. suaranya macam makcik makcik bawang ! Hahaha..
Aku pandang Qhaliff. Dia kelihatan malu bila kawannya kata begitu , di depan ayahnya sendiri !
"Ibu tak letak buku Pendidikan Islam dalam beg. Cikgu marah. Cikgu kata Qhaliff pemalas."
Aku usap kepala dia. Senyum. Ujian untuk aku. Apakah perlu aku bersuara di dalam grup whatsapp? Katanya di tahap 1 ni nak membina siasah murid murid. Dan ianya bermula dari didikan agama. Jangan cakap la mak bapak di rumah kena didik. Perlu tau , anak anak ni lebih 'takutkan' guru dari mak ayahnya. Jangan sampai mereka hilang hormat pada guru. Aku pernah tengok sendiri apa jadi bila murid hilang hormat pada cikgu.
"Dah jom.." ajak aku. Perlahan pengerakkan dia. Aku tau dia camana. Sedih bila kena marah lebih lagi jika bukan salah dia. Teringat aku di sekolah menengah dulu. Bila murid tak bawa buku tulis , disuruhnya salin guna kertas kosong. Takda la pulak dikatakan malas. Bukan apa.. kata guru tu doa. Jika ditanam dalam benak murid tu , dia tu pemalas.. maka tiap kali masuk subjek tu dia akan tak berminat. Melainkan cikgu tu kembali mencuri hatinya semula.
Bila berkata sesuatu yang negatif pada murid , kena bijak untuk cover balik dengan kata kata semangat. Kenapa dan mengapa... kesannya jika diamalkan sikap begitu pada masa hadapan. Nah , murid murid sekarang bukan seperti zaman dulu.. Mereka dah diajar berfikir di luar kotak.
Teringat aku ketika nak menduduki SPM. Aku tak minat subjek Sains. Cikgu yang ajar pun tak menarik minat aku. Heee.. Ada sekali tu, aku kena marah. Terus sentap dan buat bodoh kat dia. Selepas tu , dia panggil aku ke bilik guru. Di situ , dia cakap baik baik dengan aku. Cair hati aku. Hahahaa... Pastu dia bagi aku buku Sains dia untuk aku jadikan rujukan. Yer , sampai sekarang aku ingat muka dia dan aku ingat caranya ketika aku mengajar di sekolah. Konsep dia , aku guna pakai dan ianya berguna !
Teringat aku ketika nak menduduki SPM. Aku tak minat subjek Sains. Cikgu yang ajar pun tak menarik minat aku. Heee.. Ada sekali tu, aku kena marah. Terus sentap dan buat bodoh kat dia. Selepas tu , dia panggil aku ke bilik guru. Di situ , dia cakap baik baik dengan aku. Cair hati aku. Hahahaa... Pastu dia bagi aku buku Sains dia untuk aku jadikan rujukan. Yer , sampai sekarang aku ingat muka dia dan aku ingat caranya ketika aku mengajar di sekolah. Konsep dia , aku guna pakai dan ianya berguna !
Dalam kereta, dia masih senyap. Mencari idea untuk menceriakan kembali diri dia. Bukanlah nak kata anak aku ni baik mana atau bijaksana tapi sebagai ayahnya , aku tau kemampuan dia. Takda masalah untuk ke sekolah dan buat je kerja rumahnya. Jika ada yang tak kena , grup whatsap kan ada. Carilah mak bapaknya dan khabarkan pada mereka. Jangan kata 'macam la kita ni banyak masa nak buat semua tu' ! Jika kita ada rasa tanggungjawab pada anak murid kita yang kita anggap macam anak kita sendiri maka, semua itu bukanlah alasan untuk melakukannya.
"Qhaliff.. Daddy dulu pun banyak kali tertinggal buku. Kena marah ngan cikgu" pujuk aku.
Terus dia ceria.
"Betul ke??? Kena rotan tak?" tanya dia seraya ketawa.
" Banyak kali.. kena kat bontot. Sakit wooo " jawab aku.
" Daddy nangis tak ? " tanya dia
Aku tersenyum.. Terus aku call wife untuk bertanyakan pasal buku latihan Pendidikan Islam Qhaliff tu.
Maaf... aku bukan back up anak aku tapi sekadar nak bagitau... Jika ada cikgu yang terasa dengan entri ni , rasanya baik check balik ego di dalam diri tu. Apa salahnya sesekali turunkan rasa ego tu. Aku tau camana sebab aku dulu pun dah bergelumang dengan rakan rakan bergelar cikgu yang mana sekarang ni dah pun berpengalaman belasan tahun mengajar.
Teringat kata seorang rakan aku... Mendidik dan mengajar adalah berbeza. Jika nak jadikan manusia itu seorang yang berguna , mulakan dari mereka kecil. Didik mereka. Jika berjaya , tak sukar untuk mengajar mereka dah !
Wife tanya aku.. perlu ke dia mesej cikgu dia tu ? Tak perlu. Biarlah Qhaliff belajar mengenal erti kehidupan. Tak semuanya manis di depan mata kita.