OneHotel Helang , Langkawi .. ok ke ?

 

Ok.. sambung pasal Langkawi tu ..  Sebenarnya ada kawan di FB bagi info yang amat mengejutkan aku dan aku amat-amat terkilan mengenainya.. Mengenai kereta sewa. Serius .. Bukan pasal harga tapi pasal minyak ! Tangki minyak ! Tu je aku boleh kata ..

Sewaktu di Langkawi hari tu , hotel tempat aku menginap tu berhampiran lapangan terbang. View dia pun mmg  leh nampak kawasan lapangan terbang tu .. Dan aku sukakannya ! Boring je kalau asik nampak laut kan ? Hehe..

IMAG1348

Bilik dia camana pulak ?

IMAG1329

Hurm.. Boleh tahan besar ! Dengan harga RM200++ , bilik ini mmg berbaloi sama sekali ! Mungkin sbb lokasinya yang jauh dari pekan Kuah dan pantai Chenang , menyebabkan harganya agak murah ?

Layanan di kaunter penyamput tetamu , mmg tip top ! Tak de masalah !

image

Kolam renangnya .. Tak berjaya menarik aku untuk g bermain air kat situ sama sekali ! Dalam erti kata lain , kalau korang nak bermain air , lupakan saja.. kalau nak berenang , ok sangat ! heheh..

Gym ? Aku rasa masa aku g tu , baru nak buat renovation. Peralatan , totally out ! Kecewa aku .. Maka bela lemak je la kat situ..

image

Ruang legar hotel , mmg berjaya menawan hati aku ! Cantik ! Suka ! Moden gitu !

image

Kat sana , aku tak try lunch atau dinner.. Bagi aku , kalau breakfast dah menarik , confirm lunch atau dinner lagi best ! Malangnya , breakfast , sekadar ala ala hotel biasa .. Seolah tak sesuai dengan ciri-ciri hotel tu yang nampak elegan ! Kena kasi best skit ! Tapi nak buat camana kan ? Sesuai dengan harga kata orang ! Hehe.. Nak sedap , g hotel lagi mahal ! Kan kan ? Aku sekadar bagi pendapat jer.. eheh..

Dan apakah yang kurangnya kat hotel ni ? Satu part ni jer aku rasa cam kurang menarik !

IMAG1346

IMAG1379

Bagi aku , pinggan mangkuk selepas digunakan oleh guest , perlulah segera dikutip. Ada yang sampai lebih 24 jam kat situ ! Takkan aku nak wat fitnah lak kan ? Ni komen ikhlas dari aku apa ? Bukannya ada pihak bayar aku untuk menjatuhkan hotel ni.. Ni je yang negatif part je .. Loh.. Ikhlas nih !!

Heh.. Maaf yer .. Selain dari tu , hotel ni takde masalah ! Aku rasa kalau datang Langkawi sekali lagi , hotel ni tetap jadi pilihan aku ( kalau diorang tak blacklist aku la ) .. Tapi kena guna kereta untuk bergerak la .. Hehehe.. Jauh dari pekan.. Tapi aku tak kisah .. Best pe ? Leh lepak kat tepi jalan raya dan amik pic kapal terbang naik turun atas kepala gitu jer ! Cantik wooo !!

Untuk tempahan , sila klik SINI ..

6 ulasan:

  1. boleh la nanti nak g berbulan madu di langkawi :)

    WALLPAPER MENARIK

    BalasPadam
  2. Hehe dah sampai nasib bek bru komen...klu tak, tak keluar langkawi nnt..hehe

    BalasPadam
  3. salamben.saya pernah duduk hotel ni tahun 2005. mmg menarik.tak turun bekpes pun sbb mls.duduk sana pun kebetulan bapa angkat saya dah booking kan kat sana sbb rumah dia pun sebelah airport tu je, so dekat je kami ulang alik ke rumah dia. kalau takda kereta mmg susah kot org nak ke pekan.

    BalasPadam
  4. hurm... bleh gak kot saya tmpah situ nanti??? hurm...

    http://ridzuangjanz.blogspot.com/2011/12/contest-pesta-puisi-islam.html

    BalasPadam
  5. pernah tido situ,nk murah oklar..utk honeymoon not my taste.the foods mmg unsatisfied,rela tido hotel kat pantai cenang.parking lot n ramp bad design.katil n bilik punya condition pun 3 stars je kot.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.