Dua dua menarik minat aku terutama dari segi kualiti gambar ! Tapi rasanya mata aku lebih tertumpu pada Samsung Note 10 berbanding iPhone 11 ! Kenapa ???
Secara jujurnya , dari segi spesifikasi.. iPhone 11 lebih menarik dan lebih tahan lama dari segi penggunaan tetapi dari sudut multitasking tu atau serba boleh kegunaan tu , aku rasa aku lebih sesuai dengan Note 10. iPhone ni aku tertarik pada kualiti kamera dia jer terutama bila buat video.
Tapi entah kenapa... aku belum dalam menjiwai iPhone ni ! Hahahah.. Berminat tapi belum terasa nak guna. Tak mampu nak beli ? Sekarang ni kan banyak dah cara nak miliki gajet macam ni. Antara berani nak korek lubang atau tidak je la. Mau tau di mana kemampuan diri jer. Hehehe.. Jangan bergolok gadai dah la..
Apaaa ??? iPhone ?? Hehee... Tunggu design lagi menarik kot ?