Aku dulu pun macam dia gak ..

 

Teruja ! Teruja bila ada nampak orang yang sering jadi perbualan dalam dunia maya mahupun realiti , menjelma depan skrin kita ! Haaa .. Apa jadi ? Gugup seketika ! Bukan sebab taksub tapi macam tak percaya .. Maklumlah , ada berjuta pengguna internet setiap hari di Malaysia , tiba-tiba dia perasan akan kehadiran kita ..

Walaupun ada yang ‘berlagak artis’ atau pilih kasih , bagi aku tu lumrah.. Kita nak kata lebih lebih pon , kita tak tau apa hal sebenarnya kan ? Kang mengata lebih , dosa pada kita .. Terima seadanya.. Kita bina empayar kita sendiri ..

Dan alhamdulillah , aku berada di satu tapak yang aku inginkan dan aku tak nak la riak mahupun angkuh. Tolonglah , ini cuma satu dunia sementara jer .. Mana yang boleh kita jadikan kawan dan sahabat , kita terima dengan hati terbuka.. Mana yang nak jadikan lawan , kita jangan layan..

Dan kawan blogger ini meluahkan perasaannya dalam entri terbaru dia.. Aku terharu dan teringat kembali saat saat aku mula berblog dulu.. Begitulah perasaan aku ..

Terima kasih buat blogger , Shakina.. Selamat datang ke dunia blog .. http://lotsoflove90.blogspot.com/

9 ulasan:

  1. sekali lg terima kasih abg ben.. sy sgt terharu.. sy hargai apa yg abg sdh buat utk sy.. sekali seja abg promote blog sy, ramai sdh yg follow.. ALHAMDULILLAH.. yg paling penting terima kasih byk2 sbb bg layanan baik pd sy d twitter.. ndak sia2 sy minat n ikuti penulisan abg.. mudah2an abg akn trs berjaya.. amin..

    BalasPadam
  2. kalau sy pun teruja... org popular nak melayan kita... mahu tak best hidup ni... haha... padahal mereka sama je iaitu manusia biasa...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/adakah-kita-faham-erti-kemerdekaan.html

    BalasPadam
  3. Promosi yg baik Ben.kejap je sis tengok dah 15 follower dia.tadi 5 je.

    BalasPadam
  4. lawa header abg ben.... hehe lama x dtg sini singgah..

    btw. abg ben memang suka main tweet pun :P

    BalasPadam
  5. bkn semua yg sanggup bantu rakan blogger..ada yg dah berpuluh kali kita ziarah blog dia pun..sekali pun tak jenguk blog rakan baru pun ada..tp bila kita pegi ke blog2 yg dah establish ada lak nama blogger tersebut..mcm pilih bulu plak.. susah nk cari yg down to earth mcm ben, CMG dan beberapa blog otai yg lain..semoga kekal down to earth smpi bila2..

    BalasPadam
  6. selamat berblogging dengan gembira :)

    http://heartylolipop.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. ALHAMDULILLAH.. terima kasih gak atas sokongan n doa kalian.. ni mmg permulaan yg baik bg beginner blogger mcm sy.. klu ada d antara kalian yg sdh follow sy, insyaALLAH sy follow blk n try rajin2 jenguk blog kalian.. hehe.. semoga berjaya u'ols! :))

    BalasPadam
  8. Sy pun budak baru dalam berblog ni add la saya jugak.... ki3mia.blogspot.com


    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009