Farid Kamil terlepas hukuman penjara ..

by - Selasa, Disember 11, 2012

 

Memula aku terbaca kat status seorang kawan di FB pasal persandingan Farid Kamil dengan Diana yang mana dia berkemungkinan dipenjara 2 tahun kerana memakai uniform Tentera tanpa keizinan ..

Pastu aku masuk ke blog yang mana asalnya cerita tu bermula .. Hurmm.. Ada yang kata uniform tu ATM punya.. ada yang yang kata PDRM punya .. Hahahah.. Mana satu betul ? Dan siap ada yang kata mungkin dia bakal menghadapi masalah !

Aku amik pendekatan ringkas.. Kalau dia berani buat , bermakna dia dah ada keizinan la kan ? Kan kan ? Tetapi …. aku bukak Mstar Online dan .. Tadaaaa ..

“ Pakai Uniform Cacamarba, ATM Tegur Farid Kamil “

Dari Mstar .. Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.

Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.

“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak lengkap.

Menurutnya lagi mereka menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar.

Dan Farid Kamil bernasib baik pihak ATM akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.

Dan Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.

Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.

Adoiii .. panjang pulak aku nak copy .. Korang g baca la sendiri kat  MSTAR eh ..

Aku tertanya gak .. Kalau sekadar kena tegur dan satu lagi kata okeh je sbb tak gambarkan pasukan mereka .. agaknya kalau aku kawin lagi buat style gitu , camana eh ? Oh lupa .. aku bukan retis ..

You May Also Like

23 comments

  1. encik ben ada hati nak kwin lain yer hahahaha...

    BalasPadam
  2. KAWEN LAGI?? report kat Qhaliff..hahahaha tetibe.

    BalasPadam
  3. jaga aurat sudah...campur aduk pakaian tentera/polis tak kena rejam api neraka...

    BalasPadam
  4. hamboih...mau kawen lg tu..ade niat da tu..huhu

    BalasPadam
  5. assalam, nak buat kelainan tp menimbulkan kepelikan...tp apa nak kata...artis!

    BalasPadam
  6. kalau dah famous.. semua macam kebal sahaja.. cuba orang biasa.. xtau apa yang jadi.. :(

    BalasPadam
  7. kalau pun dia berpakaian lengkap sbg anggota mana2 pasukan.. untuk kali pertama xkn nk jail kot.. bagi warning la dulu. lgpun dia pakai utk sanding bkn menyamar nak pau org awam.. kan??

    BUDAK 18 TAHUN MEREMPIT SAMPAI BARCELONA

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. sheila tak tahu pun yang FK kena tegur. apapepun nasib baik FK dah selamat nikah. hehehe boleh dijadikan ikhtibar buat yang lain2

    BalasPadam
  9. anak orang besar yang ada bakat besar kan :)

    BalasPadam
  10. hahahaha farid kamil2.... masuk tentera terus la senang.. :D

    BalasPadam
  11. wife dia dlu x pi PLKN xde pe2 tindakan..."sbb komitmen kerjaya" tapi bdk kat kedah x pi PLKN "sbb kerja menyara keluarga" kena tindakan undang2.

    elok sgt2 la tuh

    BalasPadam
  12. haha..niat dah bagus abang ben nak kawin lain (yeke niat abang ben camtu, korang tahu ke?)
    hahaha..

    BalasPadam
  13. "Aku tertanya gak .. Kalau sekadar kena tegur dan satu lagi kata okeh je sbb tak gambarkan pasukan mereka .. agaknya kalau aku kawin lagi buat style gitu , camana eh ? Oh lupa .. aku bukan retis .."

    Eh! bro nak kawin lagi sekali ke? ekekekeke...

    BalasPadam
  14. Retis lah katakan.. oitttt ayat last abg ben tu mcm de mkna je tu...heheheee..

    BalasPadam
  15. ada hati...tepuk tangan tanya orang sebelah...ha ha ha....

    BalasPadam
  16. Motif En Ben nak kawen sekali lagi hihi. but seriously, no need all this istidat kot klau mengundang masalah.

    BalasPadam
  17. klo nk kawin sword barrel sekurang2nye masuk la palapes pn dh ok abg farid oi, igt senang ke nk pakai pakaian istiadat tu..hnya pegawai shj dibenarkn memakai pakaian tersebut,merosakkan imej ATM & POLIS je, pakaian ntah hape2...kite tentera sndiri pn nk kawin sword barrel kna dpt kelulusan dlu, hantr surat sana sini utk mintak pedang. ni kn pulak dia org awam,mntang2 artis xkena tindakan.. baru pegi pemilihan konstabel dh berangan nk pakai baju panglima....memalukan aje.tp yg bersalah adalah pegawai yg meluluskan pengeluaran pedang tu sbb pedang istiadat bukan blh dibawa keluar sesuka hati.. len la kalo tu pedang mainan kt chow kit, yg patut disaman adalah unit yg meluluskan pengeluaran pedang tu.

    BalasPadam
  18. mau kawin lagi ke bang?ha3... bersanding balik.. ok kot!

    BalasPadam
  19. @Niena Pengembara Ilahi
    sebenarnya perkara ini byk penjelasannya,memang pakaian yang dipakai farid kamil tu tak betul,apatah lagi collarjack dileher farid kamil tu mmg bukan ATM n PDRM punya dan memang patut ATM amik tindakan kerana semua yang berlaku dalam tentera ada peraturan dan undang2,setiap pegawai yang bertauliah dari Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong apabila berkahwin berhak memakai pakaian istiadat dan membuat silang pedang tetapi hanya dilakukan di pihak yang terlibat, bermaksud,kalau pegawai tu lelaki, hanya boleh dibuat dirumah pengantin lelaki sahaja kecuali dia kahwin dengan pegawai tentera wanita maka acara silang pedang tu boleh dibuat di kdua-dua belah pihak, begitu la kalau pegawai tentera itu wanita dan suaminya bukan tentera, maka silang pedang itu hanya boleh dibuat di pihak perempuan sahaja. tetapi sekiranya pegawai tentera itu berkahwin dengan anggota lain-lain pangkat contohnya wife dia koperal @ sarjan maka silang pedang itu tidak boleh dilakukan sama sekali kerana wifenya bukan pegawai bertauliah.. iut maknanya sekiranya anggota lain2 pangkat seperti koperal ke sarjan ke nak pakai pakaian istiadat, boleh tapi tak boleh buat acara silang pedang. ini bermakna juga tak kisah la orang awam yang artis ke yang awam ke..kalau nak kawin, tak boleh sama sekali memakai pakaian istiadat tentera @ PDRM dan membuat acara silang pedang. pendek kata sapa nak kawen lalu bawah pedang, cari pegawai tentera sahaja, PALAPES pun kalau nak kira bukan pegawai bertauliah n masih tak layak untuk buat acara silang pedang. dan utk pengetahuan, pedang istiadat itu dimiliki oleh semua pegawai bertauliah dalam TLDM dan pedang itu akan menjadi hak milik kekal sehingga mereka mati kecuali tentera darat dan udara yang mana pedang istiadat hanya disimpan di stor dan tidak diberikan secara individu.

    BalasPadam