Farid Kamil terlepas hukuman penjara ..
Memula aku terbaca kat status seorang kawan di FB pasal persandingan Farid Kamil dengan Diana yang mana dia berkemungkinan dipenjara 2 tahun kerana memakai uniform Tentera tanpa keizinan ..
Pastu aku masuk ke blog yang mana asalnya cerita tu bermula .. Hurmm.. Ada yang kata uniform tu ATM punya.. ada yang yang kata PDRM punya .. Hahahah.. Mana satu betul ? Dan siap ada yang kata mungkin dia bakal menghadapi masalah !
Aku amik pendekatan ringkas.. Kalau dia berani buat , bermakna dia dah ada keizinan la kan ? Kan kan ? Tetapi …. aku bukak Mstar Online dan .. Tadaaaa ..
“ Pakai Uniform Cacamarba, ATM Tegur Farid Kamil “
Dari Mstar .. Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.
Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.
“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.
“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak lengkap.
Menurutnya lagi mereka menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar.
Dan Farid Kamil bernasib baik pihak ATM akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.
Dan Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.
Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.
Adoiii .. panjang pulak aku nak copy .. Korang g baca la sendiri kat MSTAR eh ..
Aku tertanya gak .. Kalau sekadar kena tegur dan satu lagi kata okeh je sbb tak gambarkan pasukan mereka .. agaknya kalau aku kawin lagi buat style gitu , camana eh ? Oh lupa .. aku bukan retis ..
23 comments
encik ben ada hati nak kwin lain yer hahahaha...
BalasPadamKAWEN LAGI?? report kat Qhaliff..hahahaha tetibe.
BalasPadammenyampah!
BalasPadamjaga aurat sudah...campur aduk pakaian tentera/polis tak kena rejam api neraka...
BalasPadamkeh keh keh
BalasPadamhamboih...mau kawen lg tu..ade niat da tu..huhu
BalasPadamassalam, nak buat kelainan tp menimbulkan kepelikan...tp apa nak kata...artis!
BalasPadamkalau dah famous.. semua macam kebal sahaja.. cuba orang biasa.. xtau apa yang jadi.. :(
BalasPadamkalau pun dia berpakaian lengkap sbg anggota mana2 pasukan.. untuk kali pertama xkn nk jail kot.. bagi warning la dulu. lgpun dia pakai utk sanding bkn menyamar nak pau org awam.. kan??
BalasPadamBUDAK 18 TAHUN MEREMPIT SAMPAI BARCELONA
Assalamualaikum. sheila tak tahu pun yang FK kena tegur. apapepun nasib baik FK dah selamat nikah. hehehe boleh dijadikan ikhtibar buat yang lain2
BalasPadamanak orang besar yang ada bakat besar kan :)
BalasPadamtau tak pa..retis ;D
BalasPadamhahahaha farid kamil2.... masuk tentera terus la senang.. :D
BalasPadamwife dia dlu x pi PLKN xde pe2 tindakan..."sbb komitmen kerjaya" tapi bdk kat kedah x pi PLKN "sbb kerja menyara keluarga" kena tindakan undang2.
BalasPadamelok sgt2 la tuh
haha..niat dah bagus abang ben nak kawin lain (yeke niat abang ben camtu, korang tahu ke?)
BalasPadamhahaha..
"Aku tertanya gak .. Kalau sekadar kena tegur dan satu lagi kata okeh je sbb tak gambarkan pasukan mereka .. agaknya kalau aku kawin lagi buat style gitu , camana eh ? Oh lupa .. aku bukan retis .."
BalasPadamEh! bro nak kawin lagi sekali ke? ekekekeke...
Retis lah katakan.. oitttt ayat last abg ben tu mcm de mkna je tu...heheheee..
BalasPadamada hati...tepuk tangan tanya orang sebelah...ha ha ha....
BalasPadamMotif En Ben nak kawen sekali lagi hihi. but seriously, no need all this istidat kot klau mengundang masalah.
BalasPadamnak kawen lagi...? wah.....:p
BalasPadamklo nk kawin sword barrel sekurang2nye masuk la palapes pn dh ok abg farid oi, igt senang ke nk pakai pakaian istiadat tu..hnya pegawai shj dibenarkn memakai pakaian tersebut,merosakkan imej ATM & POLIS je, pakaian ntah hape2...kite tentera sndiri pn nk kawin sword barrel kna dpt kelulusan dlu, hantr surat sana sini utk mintak pedang. ni kn pulak dia org awam,mntang2 artis xkena tindakan.. baru pegi pemilihan konstabel dh berangan nk pakai baju panglima....memalukan aje.tp yg bersalah adalah pegawai yg meluluskan pengeluaran pedang tu sbb pedang istiadat bukan blh dibawa keluar sesuka hati.. len la kalo tu pedang mainan kt chow kit, yg patut disaman adalah unit yg meluluskan pengeluaran pedang tu.
BalasPadammau kawin lagi ke bang?ha3... bersanding balik.. ok kot!
BalasPadam@Niena Pengembara Ilahi
BalasPadamsebenarnya perkara ini byk penjelasannya,memang pakaian yang dipakai farid kamil tu tak betul,apatah lagi collarjack dileher farid kamil tu mmg bukan ATM n PDRM punya dan memang patut ATM amik tindakan kerana semua yang berlaku dalam tentera ada peraturan dan undang2,setiap pegawai yang bertauliah dari Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong apabila berkahwin berhak memakai pakaian istiadat dan membuat silang pedang tetapi hanya dilakukan di pihak yang terlibat, bermaksud,kalau pegawai tu lelaki, hanya boleh dibuat dirumah pengantin lelaki sahaja kecuali dia kahwin dengan pegawai tentera wanita maka acara silang pedang tu boleh dibuat di kdua-dua belah pihak, begitu la kalau pegawai tentera itu wanita dan suaminya bukan tentera, maka silang pedang itu hanya boleh dibuat di pihak perempuan sahaja. tetapi sekiranya pegawai tentera itu berkahwin dengan anggota lain-lain pangkat contohnya wife dia koperal @ sarjan maka silang pedang itu tidak boleh dilakukan sama sekali kerana wifenya bukan pegawai bertauliah.. iut maknanya sekiranya anggota lain2 pangkat seperti koperal ke sarjan ke nak pakai pakaian istiadat, boleh tapi tak boleh buat acara silang pedang. ini bermakna juga tak kisah la orang awam yang artis ke yang awam ke..kalau nak kawin, tak boleh sama sekali memakai pakaian istiadat tentera @ PDRM dan membuat acara silang pedang. pendek kata sapa nak kawen lalu bawah pedang, cari pegawai tentera sahaja, PALAPES pun kalau nak kira bukan pegawai bertauliah n masih tak layak untuk buat acara silang pedang. dan utk pengetahuan, pedang istiadat itu dimiliki oleh semua pegawai bertauliah dalam TLDM dan pedang itu akan menjadi hak milik kekal sehingga mereka mati kecuali tentera darat dan udara yang mana pedang istiadat hanya disimpan di stor dan tidak diberikan secara individu.