Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 28 April 2012

Di mana maruah suami bila ..

 

Berasap telinga dengar .. Hurmm .. Suami duk umah .. Malas nak kerja .. Makan minum segalanya , ditanggung oleh mak mertuanya ! Wow ! Sampai si lampin pakai buang pon isterinya guna milik anak adiknya ( kira anak buahnya ) .. Suruh kerja , malas .. Kalau nak kerja pon , cari yang best saja .. hurm ..

Hurm .. Zaman ni , ramai dah perempuan yang ‘main sauk’ asalkan kawin pastu jadilah kes kes gini .. Salah sapa ? Nak salahkan 100% perempuan tu tak leh .. Kita kena tengok balik masyarakat kita ni .. Masing masing bersalah ..

Bukan satu dua kes tapi banyak dah .. Serius , banyak giler .. Hurm .. Nape tak diceraikan saja suami begitu ? Sukar nak faham hati wanita ni .. Sangat sukar ..

Nasihat .. kalau nak settle down tu wahai wanita .. tengok betul betul .. Jangan cepat terpedaya .. Mak bapak pon satu hal gak .. Jangan la asal nikah dah atau bila  si anak ada calon yg dia rasa dah berkelayakkan , memilih la pulak .. Pastu ?

Pastu apa lagi .. bertambahlah statistik penceraian negara .. Hurm ..

Susah nak dapatkan FOLLOWER berkualiti ?

 

Tertanya gak follower berkualiti ni camana ? Ada yang kata , yang rajin komen kat blog kita .. Ada yang kata , tinggalkan komen yang berkualiti dan berguna . Apakah komen yang berguna dan bermanfaat saja boleh dikategorikan dengan berkualiti ? Bagaimana dengan kritikan ? Apakah mereka tak boleh dikategorikan dalam FOLLOWER BERKUALITI ?

Ok .. terpulang pada empunya blog masing masing bagaimana nak mengkategorikan follower memasing .. Bagi aku mudah .. Setelah hampir 3 tahun aku berblogging ni , aku tak pernah nak paksa mana mana orang follow blog aku tapi aku dipaksa tu banyak la . Aku follow je selagi terdaya . Apa yang aku buat ialah , tackle secepat mungkin hati mereka dengan ‘beramah mesra ‘ secara maya .. Camana ? Aku rasa , korang pon tau dah kan ?

Dari situ , mereka akan ikut blog kita dengan membaca satu dua entri .. Mereka akan menilai terus blog kit .. Apakah best untuk follow terus atau ,cukuplah sampai sini saja sebagai geng FOLLOWER ..

Blogger kena tu , apa kekuatannya blog dia .. Gambar ? Penulisan ? Blogger tu sendiri ? Apa cerita sebenarnya mampu memikat pembaca setia mahupun yang bukan tegar ?

Sebenarnya kan  , semua ni no 2 .. no 1 ?  Siapakah blogger itu ? Bermula dari situ , maka segalanya menjadi mudah belaka .. Tak susah nak dapat kan FOLLOWER BERKUALITI tapi bagaimana nak tukarkan FOLLOWER ‘ I FOLLOW’ ni ke pada FOLLOWER tegar .. Satu cabaran buat blogger sebenarnya .. Anda kreatif dan berwawasan ? Atau anda sekadar menulis untuk suka suka ? Anda sendiri yang menentukan .. Jangan menuding jari pada orang lain jika gagal melakukannya ..

 

Geng .. tolong sat .. Klik >> http://t.co/HOLZSNvv .. pastu klik VOTE ! LIKE skali yer .. Tqq .. l

Sorry …Gi BERSIH tadi ..

 

Haaa .. Gi bersih umah tadi .. tapi tak terbersih pon .. mampu tengok jer .. Pastu check defect umah .. Banyak gak  .. Air pon ada masalah .. Bocor , bru dapat kesan satu ..

IMAG0054IMAG0056IMAG0055

Tadi wife ada call kata pemaju nak datang umah untuk baiki .. Alhamdulillah .. cepat tindakan mereka .. Skang ni dok pening kepala pasal nak settle part part besar .. Penat gak sebenarnya kalau hal rumah ni .. Huhuh ..

Pindah rumah baru ni , tak sure lagi bila .. Rasanya 2 bulan lagi la kot .. Hurm.. Sana sini nak kena bayar .. Nasib baik aku bawak orang tua aku , adik aku serta sorang kawan aku , Que Achmad .. Geng dari dunia maya dah jadi kawan baik .. Bagus kan ? Hehe .. Terima kasih ..

Buat mereka yang bakal miliki rumah sendiri , haaa .. simpan duit banyak banyak sebelum garu kepala .. Hehehe .. Jangan harap pada pinjam semata .. Pergh… pening nanti..

 

Geng .. tolong sat .. Klik >> http://t.co/HOLZSNvv .. pastu klik VOTE ! LIKE skali yer .. Tqq .. l

Bila mata buta , nasfu berkuasa !

 

image

Korang nilai la sendiri .. Ini entri sampah sebenarnya .. Aku sekadar nak korang lihat dan belajar sikap manusia dalam dunia maya ni .. Banyak dan ramai .. Cuma tak nampak jer ..

Sayangnya  bila manusia punya akal dan ilmu , mereka lebih suka menurut kata syaitan .. Ini antara hasil seni geng geng mereka tu la .. 

Malas layan tapi untuk perkongsian sejarah dunia , maka aku kongsikan la.. spesis ni byk dah pupus .. Aku pasti ni baru tumbuh dan baru nak bertaring .. Hehe .. Sian kan ?

 

Geng .. tolong sat .. Klik >> http://t.co/HOLZSNvv .. pastu klik VOTE ! LIKE skali yer .. Tqq .. l

Tempat jatuh lagi dikenang

Kalau aku lalu tempat ni , aku pasti akan tersenyum .. Nape ? Aku pernah jatuh dlm salah satu lubang longkang tu .. Nasib baek tak de papa .. huhu ..


Leka sangat berborak masa tu .. Umur aku ? 12 tahun lot .. hehe ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tips mengesan kecacatan defect rumah baru ..

 

Memandangkan hari ni aku nak periksa rumah baru aku ni maka ada kawan blogger syorkan tips ni .. Tips ni aku amik dari blognya iaitu Queen Of Butterfly . Terima kasih yer Puan Queen Teratai atas tips ini ..

Aku copy sbb nak baca satu satu dari hp aku nanti .. Takkan nak bukak laptop lak kat situ kan ?  Ok , jom kita check rumah kita ..

 

PERALATAN yang diperlukan semasa check defect pada rumah.

  • Masking tape - Tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • Marker Pen - Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
  • Kertas A4 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

Apa perkara penting yang perlu kita periksa?

A) Air.

1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.

2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.

3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.

4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.

5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.

6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).

7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.

B) Elektrik

1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius tu satu persatu...

2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..

3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...

4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..

C) Jubin (Tiles)

1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...

2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...

3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...

D) Pintu dan Kunci

1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..

2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..

3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...

4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...

5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...

6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..

7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..

E) Grill besi atau Geriji

1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..

2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...

3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...

4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..

5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drpd luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..

F) Bumbung, atap atau ceiling (roof)

1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...

2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..

3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta pemaju replace segera...

4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..

5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...

6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...

G) Tangki air

1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..

2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install pemaju pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...

3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, mereka akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...

4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...

5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

Jangan pandang remeh ..

Baru lepas lepak dengan member lama .. Dulu hidup dia boleh dikatakan susah to berkat kerajinan dia , alhamdulillah dia dah senang skg ..


Tapi yg menariknya , dia tetap macam tu gak .. Low profile .. burm .. Kadang kadang kita jgn terlalu cepat hakimi seseorg terutama bila membaca pendapat dia seolah olah dia hanya tau sedikit saja mengenai dunia ..


Aku malas nak bicara hal politik dlm blog aku ni .. Cukuplah aku bagitau yg aku tak sokong mana mana pihak yg terang terang mengarut .. Sapa yg mengarut ? Kita semua sedia maklum ..


Tapi selagi kita boleh guna akal fikiran , elakkan pertengkaran dan hadapi dengan bijaksana ..


Kalau ranting boleh patah , tak mustahil pokok pon boleh tumbang ! Manusia punya asa .. Tuhan punya kuasa ..


Diam tak bererti bisu .. Berani tak semestinya benar .. Zaman ini semut pon boleh jadi peguam ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI