Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 25 Disember 2012

Masuk pandai .. Keluar , tak reti !!

Adoi.. pandai pulak kaku terus kat dalam tu .. hahaha.. Haih ..

Tak sampai seminit , berpuluh keje dia buat sambil membebel ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Hati-hati para pengguna telefon bimbit !

 

Heheeh … Tak perasankah anda sedang membawa ‘emas’ ke sana sini ? Jangan ingat telefon anda itu sekadar telefon .. Haaa .. Jangan lupa yang anda dah install macam macam dalam tu.. Bila dah kena curi , secara automatik  semua hak peribadi anda dalam keadaan bahaya !

Dalam Mstar Online hari ni ada artikal pasal ni .. Hurmm .. Dok pk , nak copy paste atau korang je g sana ? Sure korang malas nak klik atau buang bandwith korang je kan ? Hehehe .. Ok , aku copy je la eh ?

Populariti yang semakin meningkat terhadap telefon pintar menjadikan gajet itu sesuatu yang paling dicari.

Walaupun tidak ada sindiket yang mensasarkan khusus kepada telefon pintar, tetapi peningkatan bilangan pengguna telefon itu bermakna lebih banyak peluang bagi penjenayah untuk merampas gajet berkenaan.

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pengguna telefon pintar membuat ia mudah untuk penjenayah tampil di belakang dan merampanya.

"Menjadi kebiasaan bagi orang ramai berjalan dan bercakap di telefon mereka. Dengan ketagihan terhadap aplikasi dan mesej yang memudahkan, peranti ini menghilangkan fokus pengguna, membuat mereka menjadi mangsa kepada penjenayah," katanya, sambil menambah bahawa sesetengah pengguna suka untuk menunjuk-nunjuk telefon mereka di atas meja di kafe sebagai “simbol status”.

Ku berkata, mana-mana telefon sama ada telefon pintar atau tidak, akan menjadi sasaran untuk penjenayah sekiranya ia digunakan tanpa berhati-hati dan berwaspada.

Di New York, rekod polis menunjukkan bahawa lebih daripada 40% daripada semua rompakan kini melibatkan telefon bimbit manakala di Los Angeles, mereka mencakupi lebih daripada satu perempat kecurian bandar.

Polis Malaysia tidak mempunyai statistik mengenai bilangan kecurian yang melibatkan telefon bimbit atau rompakan daripada 22.929 kes jenayah jalanan yang dilaporkan pada tahun lepas.

Jenayah jalanan di Malaysia datang di bawah klasifikasi curi ragut, samun dan samun berkumpulan tanpa senjata api.

Berdasarkan kaji selidik baru-baru ini, pemilikan dan penggunaan telefon pintar dijangka mencapai kemuncaknya paling tinggi di Malaysia tahun depan.

Kajian Nielsen diterbitkan pada Mei menunjukkan bahawa kadar penembusan telefon pintar adalah pada 27% pada suku pertama tahun ini, dengan 36% daripada pengguna telefon bimbit di antara umur 25 dan 34 memiliki telefon pintar.

Ia mendedahkan bahawa 79% pengguna telefon bimbit mungkin menaik taraf alat-alat mereka, merancang untuk membeli telefon pintar.

Salah seorang mangsa, wartawan foto Low Lay phon berkata, dia bergegas dari satu tugasan kepada yang lain dan bercakap di telefon sepanjang Jalan Putra di Kuala Lumpur apabila penunggang motosikal merampas Galaxy Note yang baru digunakan selama empat bulan.

"Saya sedang berjalan di atas pembahagi jalan kira-kira pukul 11 pagi apabila dia menunggang dan merampas telefon bimbit saya.

"Saya menjerit kepadanya tetapi dia terus memecut laju," katanya, mengingatkan kejadian yang berlaku pada Mei lalu.

"Apabila saya memberitahu kawan-kawan saya mengenainya, mengejutkan bahawa lebih ramai bercerita tentang bagaimana telefon mereka telah merampas dalam insiden yang seperti itu," katanya.

Seorang rakan yang sedang bercakap di telefon di dalam keretanya yang diletakkan di tepi jalan dan tingkap keretanya dipecahkan dan telefonnya dirampas manakala seorang lagi dirampas telefon pintar ketika sedang bercakap di dalam kereta di tempat letak kereta.

Low sejak itu tidak lagi bercakap di telefon ketika berjalan di jalanan.

"Malah jika telefon saya berdering apabila saya berjalan, saya hanya akan menelefo panggilan itu kembali apabila saya di tempat yang selamat," katanya. “ – Mstar Online ..

 

Baca dah ? Jadi , hati-hatilah yer ..

Testimonial Shaklee Collagen Powder

 

-IKLAN-

Gambar Sebelum: Masa ni saya belum consume Shaklee Collagen Powder.

  • Kulit BERMINYAK,
  • JERAGAT berkeping,
  • Muka TAK BERMAYA,
  • Kulit TAK ANJAL, Kulit KASAR,
  • one kulit TAK SEKATA-GELAP,
  • Kulit BURN,
  • Kulit GLOWING & banyak lagi...

Gambar Selepas: Setelah 36 sachet = 36 hari consume Shaklee Collagen Powder secara KONSISTEN.

  • Kulit dah TAK BERMINYAK
  • Jeragat dah FADED
  • Muka nampak BERTENAGA & CERIA.
  • Kulit LEMBUT & MULUS.
  • Tone kulit SEKATA & CERAH.
  • Kulit dah TAK BURN bila berpanas.
  • Kulit ANJAL...toing-toing...hihi..banyak lagi...


TAK RUGI saya melabur untuk kesihatan DALAMAN & LUARAN...Bonus sy dapat kulit saya makin ok....nampak perbezaan gambar sebelum dan selepas? Gambar sebelum sy nampak agak BERUMUR kan?? Nampak tak gambar sebelah dah awet muda? Agak2 berapa umur saya??..hihi

PROMO Shaklee Collagen Powder masih berlangsung.
Ada berbaki 7 hari lg.

Berminat nak order boleh PM/sms/whatsapps ke 013-9337697 untuk dapatkan HARGA KEBABOM sempena PROMO DEC ni.
Ok..ni sy nak share testimonial sendiri...

Apabila cinta terlarang dan dilarang !

 

Keratan dari Hmetro..

Ada yang tetap ikut jalan halal walaupun keluarga menghalang dan mula ‘membenci’ ..

image

Dan , ada amik jalan mudah tapi menyesal kemudian hari .. Hurmm ..

image

Mak ayah , jangan terikut nafsu sangat .. Kalau anak dah nikah tu .. pimpin mereka agar tidak hidup menderita di ke dua dua pihak .. Kang elok buang je yang keruh .. Mulakan yang baru .. Mana mana menantu yang tak disukai , guna pengalaman , ilmu serta akal untuk bimbing mereka .. Sekurangnya , mereka masih iku jalan yang benar dari mereka lakukan perkara yang dimungkar ? Mana nak ?

Pilihan keluarga pun belum tentu ‘selamat’ kan ? Jadi , bertolak ansurlah … Bawak berbincang sebelum dpt cucu tak bersurat beranak !

 

Sumber UAI : www.facebook.com/Koleksi.Printscreen

Nak didik atau naya rakyat ?

 

Aku ingatkan aku dapat 2 saman yang berbeza tempat .. Tapi , bila aku check .. Hurmm ..

Dua saman .. Waktu , jalanraya yang lengang sangat .. Hurmm .. Kalau tak salah aku setelah aku google , PERSIARAN TIMUR tu jalan tiga 3 lorong ..

Hurmm .. takkan nak bawak 80 kmj ? Aku dah try bawak ikut jalan ni dengan 80kmj .. Serius , masa buang gitu jer.. Dari boleh lepas 1 minit je jalan ni , terus jadi berminit minit..

Malang tak berbau ? Bawak slow pon leh eksiden kan ? Hurmm .. Tapi kan , aku tercari cari gak kat mana diorang letak kamera .. Papan tanda tu besar .. Tapi kamera mana ? Sorok ? Apa tujuan sorok kalau niat nak didik ? Naya la gini ..

ZON OPERASI KAMERA .. kalau nampak ni , maka area ni ada kamera.. Tapi sampai mana had zon ni ? Takkan aku nak pandu sampai ke Cheras dengan had limit jer.. Elok elok setengah jam , jadi satu jam .

Syoknya , lalu kenderaan VVIP berescort , zassss .. redah laju je gitu.. Adil kah ? Apakah dia saja ada urusan duniawi yang penting ? Aku , rakyat jelata punya urusan dunia .. tak penting ?

Keluar awal ? Sama sama kita keluar awal yer ? Dari skang ni gi kerja 730 keluar sampai kul 8 .. pasni keluar kul 7 pagi .. Opis depan tu je .. Puncanya , semua bawak ikut had laju padahal jalan clear jer ..

Perghh .. Nak didik rakyat pon , guna la akal .. Nak saman pon , berpatutan laa .. ni sampai 300 .. Ingat orang yang duduk Putrajaya ni , kaya kaya ker ??? Dah tau penjawat awam majoritinya .. Kang ada pulak cari dut poket dengan cara mudah lak .. Haaa.. Tutup lubang sana , bukak lubang sini ..

Letak la kamera di tempat sepatutnya .. Kalau jalan lurus letak kamera , tak ke .. hurmm.. Pikiaq la sendiri ..

Ada yang tanya camana nak check saman .. Kalau guna hp android , lej je download JPJ SUMMONS atau antar sms .. google jer ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI