Hormat menghormati !

by - Jumaat, November 22, 2013

 

Alhamdulillah .. Selesai satu lagi projek aku hari ni. Ikutkan sebenarnya aku agak keberatan utk buat projek pada hari Jumaat sbb risau terlepas Solat Jumaat memandangkan aku bergerak gunakan pengangkutan awam dan ke tempat yang aku tak mahir selok beloknya.

Namun begitu , rakan-rakan seperjuagan sangat memahami ! Menariknya , mereka bukanlah beragama Islam. Rakaman bermula sesudah solat Jumaat walhal masa berkumpul adalah jam 10 pagi ! Berapa lama terpaksa mereka menanti ?? Lama wooo ..

Tersentuh juga aku sebenarnya hinggakan ada sorang kakitangan tu nak antar aku ke masjid. Aku tahu mereka risau aku terlewat pulang sbb aku pergi balik naik teksi ! Tak nak susahkan mereka. Aku bagitau , jangan risau. Aku akan balik tepat pada masanya.

Dan syukur Alhamdulillah .. aku mintak pada Allah agar ada teksi sebelum jam 2 selepas solat Jumaat dan , mmg ada ! Punya la tunggu teksi .. sebijik pon takde .. Bila datang , kosong dan nak pulak dia berenti !

Aku kembali sebelum jam 2 dan aku menepati janji aku. Mereka gembira dan aku pun gembira .. Kan senang gitu kan ?

You May Also Like

3 comments

  1. Hii abg ben. kite singgah sini :)

    http://lovelytasya32.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. hormat menghormati memang lebih mudah dari tak reti nak hormat orang abang Ben...

    BalasPadam