Macamana En.Ben buat duit dgn blog?

by - Sabtu, November 02, 2013

 

“ Salam en ben..nak tanya..mcmana en ben buat duit dgn blog? Rasa mcm nk kena cari side income jg laa...tq “..

 

Semalam, aku melepak dengan seorang sahabat lama yang mana banyak aku terhutang budi padanya. Sampai kiamat aku tak abis bayar ! Antaranya budinya ialah aku selalu menumpang dia ke tempat kerja .. waktu tu aku mengajar di sekolah rendah sebagai guru sandaran dan dia guru tetap. Satu sen pon dia tak nak duit aku sbg duit minyak ! Semoga Allah berkati hidup dia.

Aku mengajar sekolah tu hanya utk 2 tahun pastu kerja di Kementerian Kewangan sbg penjawat awam kontrak sebelum ke Kementerian Pelancongan. 3 pekerjaan yang aku lakukan yang sangat buat aku sedar betapa payahnya hidup ini walaupun ianya senang ..

Dikenang semula saat saat aku sangat boros iaitu selepas abis belajar .. Bergaji beribu ribu sebulan ketika usia muda mmg tak ingat dunia punya . Bila Allah tarik sekejap nikmat tu , baru aku tauu… Aku terlupa akan putaran dunia dan ujian Allah .

Bekerja sbg guru sandaran  dan penjawat awam kontrak , gaji aku di bawah RM1K setiap bulan ! Apa nak makan ? Serius aku terus terang.. aku catu lunch aku. Aku beli air mineral dan roti 40 sen , 2 bungkus utk makan pagi dan tengahari ..

Aku bersyukur .. dengan pengalaman yg aku dapat tu , aku gunakan pada blog aku . Kesabaran , berkat pergaulan serta ‘buang masa’ melepak dengan guru-guru yang bercerita mengenai masalah dunia , pergaulan aku dengan pegawai pegawai kerajaan serta sokongan dari bos bos aku dulu .. aku kembali memperbaiki diri..

Bagaimana aku cari duit dengan blog ? Aku tak buat bisnis online dalam blog sbb tau nanti kena GST ! HAHA..gurau je.. Aku ‘jual’ penulisan aku ini  dan mereka yang tertarik pada blog dan tulisan aku ini , mintak aku promote produk mereka melalui advertorial dan juga banner iklan .. Bukan mudah tapi tak susah ..

Ada yang kata blog aku semak dengan banner iklan .. Aku tak marah sbb banner iklan itulah yang buat aku semakin rajin menulis .. hehehe..

Sekian .. nak sambung makan maruku.. heee..

You May Also Like

7 comments

  1. Yerp..penulisan advertorial..bukan senang tapi tak susah kan bro. Asalkan kita minat menulis.

    BalasPadam
  2. Tahniah en ben.. Walaupun sy br je follow blog ben ashaari, tp sy tertarik dgn setiap artikel ben...

    BalasPadam
  3. Harap ada peluang dan rezeki mcm Ben,lama tak main futsal dgn ben jom

    BalasPadam
  4. Ramai orang ingat menjana pendapatan melalui blog ini semudah ABC..mereka kekadang terlupa, seperti juga sebuah peniagaan, mengukuhkan asas itu penting..chaiyok Ben..ko antara idola aku..hehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. suka dengan kata2 En Ben : bukan senang tapi tak susah... ^_^

    BalasPadam
  6. hehhe..
    masa mula2 knal blog ben rasa nk marah jugak sbb bnyak iklan.
    dh lama blogging baru tahu kenapa.

    BalasPadam