Peniaga sukar memberi salam !

by - Isnin, November 25, 2013

 

Kelmarin , aku terima satu permintaan dari seorang penonton sewaktu aku menjadi panel jemputan yang mana ingin aku ‘menegur’ peniaga/usahawan yang beragama Islam yang amat jarang kelihatan memberi salam kepada pelanggan yang masuk ke premis mereka ..

Sememangnya molek memberi salam kepada pelanggan .. Pelanggan terus sejuk hati dan sukar nak tinggalkan kedai tu sbb tau peniaga tu pastinya seorang yang ramah dan akan banyak membantu andai dia ingin bertanyakan soalan mengenai barangan yang dia cari.

Satu ‘kemenangan’ jika peniaga menawan hati pelanggan mereka dengan senyuman juga. Amat sukar nak jumpa peniaga begini kan ? Hehehe ..

Apa kata … kita sama sama mulakan ? Aku sendiri pun kena mulakan jugak laa.. Kita nak masuk kedai , kita bagi salam atau yang berada di dalam kedai nampak orang masuk ke kedainya , cepat cepat bagi salam .. Bukan layan gadgetnya yer .. hehehe … Terus lari pelanggan nanti !

 

You May Also Like

0 comments