SONY Z2 tak tahan bateri ?

 

Perghhhhhhhhh !! Charge penuh semalam.. Orang tu kata , kena 8 jam charge.. Ok la.. i follow je la apa dia kata kan walaupun aku rasa aku dah kena kencing masa beli handphone ni kat dia .. Redha je la.. Malas nak bertekak ..

Aku ada tanya dia ..

“ Sony ni panas tak ? Sebab i punya HTC ni , panas wooo !! “

Dia jawab..

“ Takde .. takde .. tak panas.. Ok jer .. “.

Dah sah penipu ! Hahahahaha… Aku sengih je la.. Aku malas dah nak gi tempat lain dan mulakan sekali lagi perbualan. Harga kat situ , lebih kurang jer.. Hurmm..

Bateri..

“ Bateri mana lagi tahan ? M8 ke Z2 “

Dia pon bagi la penerangan dan aku pun pura pura ternganga laa .. Perghhh.. Dasat giler aar dia ni ! Dalam hati..

“ Kan senang cakap , bergantung pada penggunaan .. “.

Jangan bandingkan dengan Lenovo yg tahan baterinya berhari hari.. Spec Lenovo dan Z2 berlainan sama sekali.. Ahaaaa…

Dan Z2 aku , tak sampai setengah hari .. dah haus abis ! Perghhh .. Asyik kena charge je. Dah la tu , car charger aku lak tak dapat detect Z2.. Jadi tak leh la nak charge dalam kereta. Kena cari car charger yang lain lak.. Hurmm ..

Photo

Di rumah mak aku.. Aku belek satu demi satu apps yang ada.. Aku masuk ke setting dan lihat power management dia .. Akhirnya aku tau apa yang telah membuatkan bateri hp aku ni , haus dengan mendadak ! Hurmm..

INSTAGRAM !! Perghhh… kuat sungguh laaa dia makan bateri ! Aku buat keputusan .. Aku uninstall je instagram ! Aku pakai je instagram di Htc One X aku tuu.. kat situ haus tak pe.. heehehe ..

Lepas uninstall .. terus ok bateri aku ! Dan ada satu lagi app yang perlu aku remove nanti ! Sampai masa aku remove ! Buat masa sekarang , aku nak simpan dulu.. hehehe ..

Instagram oh instagram.. cun tapi membebankan ! Aiyokkk …

12 ulasan:

  1. Yeahh betul tu!!! Selain tu, instagram suka sedut data mobile.. Hurmmmm...

    BalasPadam
  2. sekarang yang popular lenovo

    BalasPadam
  3. Insta kuat makan bateri dan data. haha

    BalasPadam
  4. Setuju.. Pakai Xperia Z je .. Kuat makan bateri and data bila ig.. Tapi still suka sony pasal camera dia cantik plus masuk ayaq.. Senang nak basuh, bila kena apa2.. Tahan lasak! Hiii

    BalasPadam
  5. baru tahu yg instagram kuat makan bateri....kena buat mcm En Ben juga le nampaknya...t kasih atas info penting....nak tunggu apa lagi yg senasib dgn instagram

    BalasPadam
  6. Ha a...mmg ig...tp hp ni siyes panas wooo..bateri da la x tahan...penat charge...hahaha...

    BalasPadam
  7. la ye ke IG... ish patut bateri macam tak penah cas penuh je.. isk isk isk..

    *jom join segment raya http://die-yah.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-comelku.html

    BalasPadam
  8. Saya pun tak tahu pula yang IG ni kuat makan current.

    BalasPadam
  9. hp sony memang bateri x tahan..
    panas tok sah cerita la.. cuba main sambil cas.. lg panas teruk..
    x guna hp pon lupa off data
    tgok la beteri lepas tu tinggal berapa..

    BalasPadam
  10. Ooo ptt jgk abg aku punya tahan, sebab dia takde IG kat hp dia.
    Cuma candy crush jee hahahah

    Aku lak, klu dah habis tgk IG, sign out, nak bukak baru sign in..
    So far Smega aku standard le, satu hari 2x charge...
    Niat pun nak amik sony Z2 ni sebelum raya..tgh gosok2 ni hahahahahahaa

    BalasPadam
  11. baru tau ig punya angkara... selama ni tak de pernah rajin pun nak tgk apps apa yang kuat makan bateri tu...haizz.. what to do, dah terjebak ngan ig, cun pulak tu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009