Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 April 2017

Akhirnya , aku tewas !

Balik dari food review dan meeting , jam 12 tengah malam. Zahra menyambut dengan seribu senyuman. Suka daddy balik. Daddy tersenyum. Ada gak insan sudi sambut kepulangan ayah tercinta.. ehh ? Hahahaha..
Tengok mata Zahra. Segar bugar !! Aduh.. kul berapa pulak dia nak tidur hari ni ? Hurmm.. semalam dia tidur jam 2 petang tapi malam tu dia dapat tidur jap.. Tak sempat aku nak bersihkan diri , dia nak susu botol... Terus aku buatkan untuk dia. Pastu baru aku tukar pakaian dan bersiap. Dalam kepala aku , aku nak makan ubat demam. Dah tak larat. Nak pengsan dah ni ! Nasib baik sewaktu balik dari meeting di Cheras tu , aku ada Waazu ! Kalau takda, mau aku mengantuk giler sewaktu drive. Tapi serius laaaa.. selepas ada kawan bagitau dia guna Waazu , spray ke muka ketika memandu untuk hilangkan keletihan .. aku cuba semalam dan memang betul la ! Bagus tul Waazu ni ! Seribu satu kelebihan rupanya !
Nanti aku kat korang pasal Waazu ni eh..cerita  
Pastu aku temankan Zahra tengok tv jap.. Mata dah mula redup.. Zahra mintak biskut lak ! Maka bangunlah aku ke dapur sekali lagi. Bagi dia biskut.. dan dia mulakan kerja dia.. Aku dah tau apa yang bakal menanti aku. Aku tenang-tenangkan diri dulu.
10 minit kemudian , Zahra datang sambil sengih sengih. Hurmmm.. geleng kepala aku. Jeling ke lantai... 
" Tu sapa buat tu ?? Sapa nak bersihkan ? " . Tanya aku.
Aku bersihkan dia.. Ketika aku masuk dalam bilik , wife bagitau Zahra tak mandi malam lagi ! Huhhh ! Dia kata dia cuba dah nak mandikan tapi dia tak nak.. Hurmm... Tambah satu lagi kerja aku sebelum dapat lelapkan mata.. 
Aku bersihkan lantai... pastu mandikan Zahra. Bilas bilas jer.. Aku ajak dia sekali je.. terus ikut. Anak daddy sungguh laaa...  Nak gak daddy mandikan. Adehh... nanti daddy outstation, camana la dia . Jangan demam merindu dah.
Siap. Tapi satu lagi masalah datang.. 
Si kecik ni bangun ketika aku siapkan Zahra. Bising mulut dia..menyanyi nyanyi.. bangun terus adik dia ! Dan aku.. aku tak larat dah ! Terus aku baringkan diri aku dan mintak wife amik alih. Aku bagitau dia , aku demam. Kalau aku demam , dia risau ! Sebab siangnya aku kena jaga budak. Kalau aku tak sihat , dia la kena amik cuti dan jaga diorang ! Hahahaha.. nak tak nak , dia la kena jaga jap malam tadi. 
Aku... tidur sebelah Qhaliff.. tak sedar apa dah.. sampai ke subuh.. Celik mata, alhamdulillah.. segar dah.. huhu... Tapi badan masih lemah. Kena rehat banyak aku ni. Terlalu kerja keras sangat. Ikutkan pagi ni pon ada kerja tapi cukup cukuplah... esok lak ! 

5 komen :

Nora Karim berkata... [Reply to comment]

Tak cukup rehat tu... Kena rehat cukup-cukup. Jaga anak-anak memang perlukan kekuatan fizikal dan mental... hehehe

Ana Suhana berkata... [Reply to comment]

Syafakallah BA.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Letih fizikal..letih mental..moga segera sihat..

Emarieys berkata... [Reply to comment]

rest banyak-banyak bro ben. tapi betullah pakai spray waazu tu memang jadi segar mata.. dan gatal gigitan nyamuk pun hilang.

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

abang sado pun tetap perlukan rehat. hehe

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI