Anak-anak conteng dinding ? Nak kena marah ni !!

Wow ! Tu dulu laa.. sebelum aku ada anak... Aku tak tau camana perasaan bila tengok anak anak kecil conteng dinding.  Tapi bila dah ada 3 orang anak ni.. aku biar je la diorang nak buat apa pun ! Asalkan jangan conteng home teater aku dah ! Tak mampu nak beli baru.. huhu.. Tu pon nasib baik Pioneer sponsor.. kalau tak , jangan mimpi laaa nak ada home teater ! 
Anak anak conteng dinding ni ada banyak bagusnya. Mengikut Sirap Limau punya entri , ada 7 kebaikan yang boleh mereka peroleh.. 
  1. Melatih kekuatan otot
  2. Meningkatkan kreativiti
  3. Mengekspresi diri 
  4. Praktis postur yang baik
  5. Lebih daya tumpuan dan konsentrasi
  6. Motivasi untuk belajar menulis 
  7. Koordinasi tangan dan mata 
Tapi.. sapa nak bersihkan lepas conteng ? Bukan mudah nak bersihkan ! Kan ??? Betul.. aku sendiri pon ada kalanya dah boring.. maka biarkan je.. nanti upah orang jer cat balik ! Kan kan ? Tetiba aku terbaca satu artikal mengenai conteng dinding ni dan menariknya , bahan yang diperlukan untuk membersihkan contengan tu , rupanya lama dah ada di dapur rumah aku ! Hahahaha.. aku try buat ! 
Untuk pengetahuan korang , kesemua lukisan ni dah berbulan lamanya. Aku biarkan jer sebab penat nak cuci. 



Tapi aku ada BASIC H Organic Cleaning Concentrate yang selama ni aku tak tau kelebihannya.. Hehehehe.. Skang dah tau antara kegunaannya. 



Tadaaaa ! Tak sampai 10 minit punya kerja... selesai wehhh ! Hahahaha.. Sila conteng lagi ! Daddy leh senam otot mencucinya.... Nak beli menda alah ni ? Sila hubungi Cikgu Nizam di 013 976 1627 ! Agen Shaklee berdaftar gituu... hehehe ..

4 ulasan:

  1. Anak saya tiga² pakar conteng dinding. Saya biarkan je tak larat nak larang, hahahaa. Yang dah sekolah menengah pun masih conteng tapi tulis nota periksa, hihihii!

    BalasPadam
  2. wow. hebatnya produk ni..sekejapnya hilang. mudah lak tu..

    BalasPadam
  3. anak saya belum menconteng..tapi boleh bersedia dari sekarang..:)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009