Bila 'ROOT BEER' tukar nama untuk dapatkan HALAL !

Rata-rata aku baca komen di Facebook berkenaan isu ni , ramai yang ketawa dengan tindakan A&W yang menukar nama dari Root Beer ke RB hanya untuk mendapatkan sijik HALAL di Malaysia.  Aku mampu senyum jer. Isu ni kecik jer. Kena paham yer.. syarat syarat untuk mendapatkan sijil HALAL ni ketat.. Kalau nak sijil tu , kena la ikut. Tak nak sudah ! Takda isu pun !! Cuma sekarang ni , tujuan pihak berkuasa JAKIM buat tu untuk mengelakkan rasa was was mereka yang beragama Islam bila nak masuk ke dalam restoran untuk menjamu selera. Ingat yer , ada umat Islam yang sangat pentingkan bab ni. Ada yang tak kisah sebab YAKIN. Ok jer. 
Masih ingat lagi aku masa aku budak budak dulu.. aku masuk A&W untuk makan burger dia.. sedap tapi air dia , aku confuse.. boleh minum ke ? Kan ada BEER tu ? Dan setahu aku , BEER tu haram. Kawan aku jelaskan secara ringkas.. Owh , ok... tapi masih was was sebenarnya... Terus minum air lain jer.. malas nak pening pikir..
Orang kampung yang memang betul betul kampung la.. terutama orang tua.. kalau anak anak dia bawak masuk restoran A&W dan ternampak ROOT BEER tu.. dah terbeliak bijik mata ! Kenapa ada jual kat sini lak ? Alamak... ada DOG lak ??? Haaaa... Kita orang bandar akan tersenyum la... Diorang akan hilang rasa selera nak makan dalam tu.. Camana nak jelaskan pada diorang ketika tu ? Dah la perut lapar ketika tu... nak kena cerita pasal ni lak. Nak tak nak , keluar dari situ.. gi makan tempat lain ! 
Satu lagi.. kehadiran Ramadan tidak lama lagi.. Orang Islam bila berbuka puasa , wajib  makanan yang halal dan pastinya  akan mencari restoran yang HALAL.  Bila nampak restoran yang ada tanda HALAL ni , mereka akan masuk terus tanpa banyak bicara ! Order dan makan.. Takda la nak tanya kat waiter... Ni buat dari apa.. sapa masak .. campur apa ? Haaaa.. Ada manusia prihatin gitu yer ! 
Seperkara lagi kena paham.. sijil HALAL ni turut beri kelebihan pada mereka yang bukan ISLAM ! Maksud aku ialah , makanan yang disajikan dalam tu dah tentu bersih dari awal pembuatan hinggalah dihidangkan ke depan mata ! Bukannya korang tak tau , sekarang ni banyak restoran bersih di depan tapi belakang diaaaaaa..  fuhhh ! Nak masuk tandas pon geli wehh ! 
Bila melibatkan HALAL , tak semestinya melibatkan BABI dan ARAK saja ! Banyak faktor dititikberatkan.. Sebab tu bukan mudah nak dapatkan sijil HALAL termasuklah restoran orang melayu sendiri  ! 
Sekurang-kurangnya part JAKIM dah lepas di akhirat nanti.. 

1 ulasan:

  1. fae tak pandai sgt minum root beer tu. rasa dia tak cun ngan tekak lol.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009