Buffet Ramadan 2017 : Warna Warna Ramadhan di Marriot Hotel Putrajaya.

by - Jumaat, April 28, 2017

Kali pertama jejakkan kaki ke hotel mewah ni.. Dengar ceritanya dia punya buffet Ramadhan sedap ! Tu pasal aku sanggup gadaikan usus aku untuk mencuba masakan masakan chef di Marriot Putrajaya ni..  Huhuh.. dan kebetulan aku tengah idamkan keow teow.. Tak puas makan ari tu di Seri Pacific Hotel sebab demam. Maka nak try keow teow di sini.. apakah kena dengan selera aku ??? 
Sesampai je sini , aku tunggu kawan aku.. Jemputan atas nama dia. Aku join jer.. Heee... Bukan apa.. kalau atas nama aku , aku kena buat entri ! Hahahaa.. kena buat kerja wehhh ! Bukan datang makan pastu balik berak ! Haaaa.. tamo tamoooo ! Tapi , walaupun aku datang sekadar tetamu , aku tetap buat kerja aku sebagai blogger.. sebagai timbal balas apa yang aku makan.. walaupun tak banyak ! Hehehehe... 
Ok... aku malas nak cerita panjang.. korang tengok sendiri laa video 'Go Live Facebook' yang aku amik ni.. Sedap ke tak makanan kat situ.. Hehehee.. 
Haaaa.. Tengok dah ? Amacam ? Nak tengok lagi real makanan makanan yang menjadi pujaan aku kat situ ? Huhu.. Sebenarnya banyak yang aku suka tapi ini antara yang mengiurkan mereka yang datang , petang semalam... 
Gambar keow teow tetap sama la.. cuma rasanya dia sedap ! Ditambah ngan cili.. fuhhhh ! 



Ok ok.... Cukup part gambar ! Hahahaha.. Berapa ringgit sekepala ? Camana nak booking ? Bila bermula ? Fuh... Meh aku kasi tauu.. 

Tarikh : 29hb Mei - 24hb Jun 2017
RM135 nett dewasa / RM90 kanak kanak
Early Birds 
RM120 nett dewasa / RM65 kanak kanak ( Tempah sebelum 20hb Mei 2017 )

Untuk tempahan , sila hubungi : 03 8949 888 atau Ramadan Hotline : 03 8949 8922/8761/8655

Selamat Berpuasa... 

You May Also Like

6 comments

  1. Sedap2 nampak semua menu tp harga tu bolehbtahan juga.

    BalasPadam
  2. Perghhh tengok pun dah terliur, lagi² nampak lemang dan ketupat tu!

    BalasPadam
  3. memang kecur air liur tengok menunya

    BalasPadam
  4. Wahhh... dari gambar pun dah nampak sedap
    Apatah lagi kalau dapat rasa

    BalasPadam