Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 28 April 2017

Cara selesaikan masalah 'Admin Whatsapp Boleh Dipenjara' !

Artikal di Berita Harian semalam membuatkan hampir semua rakyat Malaysia yang ada Whatsapp 'sakit jantung' . Ada yang terus letak jawatan dan uninstall Whatsapp mereka dan guna kembali SMS atau guna Telegram..  Peraturan untuk Whatsapp je kan ? Hahahahaa...
Aku ada cara camana nak settlekan isu ni ! Pastinya masing masing bertolak nak jadi admin kan ? Apa kataaa... apa kata lantik je semua jadi admin ! Secara tidak langsung , masing masing akan jaga 'bontot' masing masing dari disebat kan ? Haaaaa.. Ok la kan ? 
Sebenarnya , aku lama dah fikirkan perkara ni untuk team #KBBA9. Sebab itu dalam team aku ada 'blogger-blogger' yang hampir dengan infomasi infomasi yang sahih dan juga untuk elakkan penyebaran maklumat maklumat yang tidak pasti  statusnya... Dengan cara ini juga , mereka dilatih menjadi blogger yang lebih berhemah dan lebih berinfomasi.. Bijak tak aku ? 
Alhamdulillah.. Walaupun ada gak terlepas namun cepat 'dihalang' dengan memberikan info yang lebih tepat dan sahih..  Tapi aku tak salahkan blogger kerana mereka lebih kepada 'ingin bertanya' dan mereka berada di landasan tepat untuk bertanya
Untuk pengetahuan korang , kami bukan sekadar blogger ! Hehehehe.. Oh ya.. apakah ini tanda pilihanraya semakin hampir ? Heheheeeee... 

0 komen :

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI