Celaka sungguh bas Travel And Tour itu !

by - Isnin, April 24, 2017

Semalam... sewaktu waktu balik dari Sg.Buloh , di lebuhraya menghala ke KLIA.. aku memandu di lorong tengah, mengikut had laju. Di depan aku ada sebuah kereta Myvi yang juga memandu ikut had laju. 
Sesekali aku menjeling ke cermin pandang belakang. Dan tiba-tiba ada sebuah bas besar macam bas ekspress memandu menghampiri kenderaan aku... betul betul dekat ! Giler ke apa pemandu ni ??? Ko nak aku pecut ke apa ??? Aku tenangkan diri.. Rasa macam nak bukak je tingkap dan bagi jari tengah kat dia ! Tapi itu akan mengeruhkan lagi keadaan.. Dah la dalam kereta ada anak bini. Aku teruskan pemanduan.. 
Tiba-tiba bas besar di belakang aku tu , bagi lampu tinggi berkali kali ! Berkelip kelip dia buat ! Huhh.. Jilake sungguh la perbuatannya ! Lorong tengah okkk ! Sejak bila bas besar leh duduk lorong tengah di lebuhraya ? Kalau dia nak memotong pon dia kena tunggu la.. Bukan memaksa pemandu lain pandu laju ! Aku buat dek.. kawal stering aku betul betul.. Masih jarakkan lagi kenderaan dengan kenderaan depan. Dia makin hampirkan bas dengan kenderaan aku. Haih , tak leh jadi ni.. Nak tak nak , aku pecutkan kenderaan aku. Mana tau pemandu tu gile ke atau tengah mengantuk ! Bahaya kat aku gak kan ? 
Selepas berjaya jarakkan bas tu , aku tengok dia masuk ke lorong paling kiri dan terus memecut ! Huhhhh.. pastu dia hon kereta depan aku ! Marah laa tuuu... Huhhh ! Aku sempat tengok warna bas.. Hurmm.. Bas pelancongan. Ni kalau aku kerja kat Kementerian Pelancongan lagi , mau gak aku gi naik ke pejabat Perlesenan dan buat laporan..  Aku hafalkan nama Travel And Tour tu... Dan suruh wife aku amik gambar.. Dapat tapi kabur.. Hurmm.. 


Sayangnya aku tak dapat rekod perbuatan dia tu. Kalau takkkk.. Haaa !  Nampaknya pasni aku kena pasang kamera depan belakang laa kat kereta aku. Selepas menyaksikan beberapa kemalangan yang mana pemandunya tak nak mengaku bersalah ,rasanya kamera di dalam kereta amatlah penting ,kan? 
Kejadian bas berlagak samseng ni bukan kali pertama ! Maaf , tak perlu nak sentap yer... Ahli keluarga aku pun ada yang jadi pemandu bas ! Aku cakap umum dan bukan semua berperangai gini tapi perlu tahu , sikap begini mengakibatkan nyawa melayang jika ego menjadi raja ! Dia rasa dia bawak bas besar , kereta kecik boleh dihimpit disondol begitu saja ! 
Aku tak tau dan tak nak tuduh.. kat area Sepang ni , banyak lori lori bawa batu dan tanah.. setiap pagi dan kekadaang ada JPJ buat sekatan... baguslah.. cuma aku harap , tiada unsur unsur negatif berlaku di situ sebab setiap pagi , memang banyak kenderaan akan berselisihan dengan lori lori ini ! Jangan tunggu sesuatu yang buruk berlaku baru nak amik tindakan ! Kami tahu , nyawa rakyat tak semahal nyawa VVIP tapi nyawa tetap nyawa ! Jangan pandang ringan.. Dan bukan tuduhan yer ni.. Mintak buat kerja dengan lebih tulus dan lebih tegas ! 

You May Also Like

2 comments

  1. mmg Ben...pemandu bas pelancongan atau bas ekspress ni bila kat lebuhraya mmg laju giler..tak fikir penumpang kat dalam dan juga pengguna jalanraya yg lain..entah mcm mana nak educate pemandu2 ni

    BalasPadam
  2. Tang pasang kamera depan belakang tu saya rasa memang keperluan sekarang ni... Nanti nak pasang jugalah. Standby kot jadi apa-apa ada juga bukti...

    BalasPadam