Filem Ghost In The Shell ( 2017 )

Aku peminat filem filem animasi 2D dan 3D yang kebanyakkan berasal dari komik komik yang biasa di baca waktu remaja dulu. Karya dari Jepun pon aku layan tapi bukanlah peminat fanatik kecuali DragonBall dan Doraemon.. dua ni memang beli la komik diorang. Kalau kartun kat tv , aku layan la.. terutama yang bersiri... Jadi 'peminat setia' gitu.. Tu pun masa channel kat Astro tu free. Bila dah mula berbayar , aku tak tonton dah.
Ok.. semalam aku gi tonton Ghost In The Shell. Aku tak tau cerita ni pasal apa sebenarnya. Aku tonton trailer dia. memang gempak la kesan khas yang digunakan. Malas nak baca selebihnya terutamanya mengenai apa filem ni... kang baca , spoil lak ! Huhu.. Maka aku nak tengok apakah filem ni mampu pahamkan aku yang bukan peminat atau filem ni dibuat khas untuk peminat mereka saja.. 


Secara jujurnya la kan.. pendapat aku yang amatur ni.. intro dia terlalu panjang. Apakah dia akan hasilkan sequel seperti Power Rangers ? Nak tunggu kemuncak tu , aku terberdengkur dalam panggung. Nasib baik kawan aku kejutkan. Kalau tak , mesti ada penonton ingat diorang tengah mimpi tengok wayang ! Hahahha.. 
Panggung tak penuh ! Aku perasan kebanyakkan muka penonton macam tak puashati dengan filem ni. Siap siap berjaga hingga jam 1-2 pagi hanya nak tonton filem ni.. tengok midnite gitu.. heee... Kononnya nak dapatkan feel. hehehe.. 
Kesimpulannya bagi aku yang bukan pembaca komik Ghost In The Shell ni , untuk kali ni memang agak membosankan. Terlalu panjang intro hinggakan part 'lawannya' sekejap jer. Mungkin sequel dia nanti akan best ? Sapa tau kan.. tu pon kalau ada sequel. Dan lakonan Scarlett bagi aku.. hurmm.. aku minat lagi gaya lakonan Mila Jonovich dalam Residen Evil.  Sekadar pendapat aku jer.. 
Nasihat aku.. kalau bukan peminat manga , filem ni pasti akan membosankan anda. Tu jer. Terima kasih... heee..

4 ulasan:

  1. Dah tgk gak, mmg agak boring. Mamat sebelah i pun tertidor gak huhu

    BalasPadam
  2. for me best ! nanti update review jugak

    BalasPadam
  3. Nasib tak minat filem² camni, hehehee!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009