Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 25 April 2017

Jatuh cinta dengan Osmo Mobile !

Lama dahhh aku perati menda alah ni ! Teringin tak mampu nak beli lagi. Terpaksa la memendam rasa.. untuk beberapa lama ! Sehinggalah semalam , aku ternampak depan mata aku.. untuk kali ke 3! Hurmm... antara nak buat tak nampak atau perlu tingkatkan lagi gaya penampilan aku sebagai media influencer untuk bersaing dengan mereka yang semakin meningkat naik ! Huhuhuh... 
Puas pikir... dengan ekonomi yang semakin mencabar.. Ramai yang mula menyimpan emas sebagai backup , aku lak nak kuar duit beli gadget ! Tapi ni kerja aku ! Aku perlu menambahbaik gaya aku atau.. hurmm...  Penat pikir ! 
Akhirnya tanya pendapat menteri kewangan... Korang pun tau la kann.. kalau menteri kewangan tu perempuan , memang payah la nak setuju 100% ! Huhuhuh... Tapi aku kena keraskan hati demi untuk masa depan aku jugak ! Aku beli gak ! Memula aku nak amik yang ada kamera ni tapi ternampak di sebelah dia ! Haaaa... ni la yang aku nak sebenarnya ! Huhuhuhu... 
Terus tanya kat pekerja kedai ni pasal produk ni..  Ni kalau beli online , murah lagi dari kedai ni ! Tapi aku malas nak menunggu. Hehehehhe.. Aku terus je beli. Dan jangan ditanya camana muka wife aku ketika tu ! Hahahahaha... Ku keraskan hati demi kerjaya aku ! Hahahaha.. Jangan ingat aku buang masa dengan semua ni yer ! Segalanya ada pulangan !

Yessss.... Aku milik aku akhirnya ! Tak payah nak bodek mana mana untuk sponsor kat aku. Hahahah... Beli je sendiri , lagi puashati.. kan ? 

Sampai rumah.. aku charge dan pasang Youtube. Tengok tutorial dia dan belajar serba sedikit mengenai Osmo Mobile ni memandangkan aku tak pernah studi langsung pasal produk ni. 3 jam kemudian , bateri penuh sepenuhnya.. masa untuk test drive ! Gabungan Osmo Mobile dengan Sony Xperia XZ , memang terbaik ! Tak sabar nak try dengan Sony Xperia XZs nanti ! Huhuhuh..
Pasni banyak la kot vlog aku ? Huhuhuh... Kalau rajin la nak buat dan ada yang sudi nak buat editing.. hahaha..

2 komen :

Ishak Ismail berkata... [Reply to comment]

k.. tq ben sbb nnti bg aku pinjam...

Nora Karim berkata... [Reply to comment]

Wah, menarik... media influencer famous macam encik Ben berbaloi la belikan... 😄

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI