Nur Zahra Iman , kakak yang baik tapi..

Setiap kali aku pegang adik dia, semacam cemburu terpancar di wajah dia. Takkan kot ? Tapi dia jaga sungguh adik dia ni.. dalam senyap senyap ! Bila aku ada , dia macam.. krik krik je ngan adik dia ! Aku perasan.. dia sebenarnya ada ego dalam diri dia tapi pada masa yang sama dia sayangkan abang dan adik dia ni.. Huhu.. 
Tadi aku suapkan Aariz makan.. dia terbaring sebelah aku. Sesekali bangun dan buat sesuatu... nak tarik perhatian aku. Entah camana... datang idea ! Aku suruh dia suapkan Aariz ! Hahahaha.. nak dia! Dan baru dia tau.. bukan senang !
"Aaarizzz..angan ain laa.. ".Marah Zahra ! Baru tau eh camana rasanya ? Hahahahha.. Aku senyum je.. Dia suap sampai abis. Pastu dia sambung baring depan tv ! Dia cuba nak tidur tak tak dapat.. Aku tahu apa dia nak.. 
Dia yang tak tidur sejak subuh tadi , memerlukan 'lengan' aku untuk tidur ! Kalau tak dapat lengan , dapat bersentuhan ngan daddy dia pon cukup laa.. Rasa secure kata orang.. Huhuh.. Dia yakin daddy dia superhero untuk dia.. Huhuh.. 
Selesai Aariz .. baru aku tidurkan Zahra. Tak sampai 5 minit , lena dah..
Sian dia.. baik , lembut , penyayang tapi garang ! Ngan aku ,dia ok jer.. Ngan mak dia , susah sikit. Nak mandi pun kena daddy yang mandikan. Sama gak la bila dia berak dalam pampers.. daddy gak dia cari walaupun daddy tengah tidur ! Huhuhuh..

4 ulasan:

  1. manja dengan daddy. untung mami.. hehe

    BalasPadam
  2. Ambil beratnya dalam senyap..bukan garang tapi tegas..bila Zahra dah besar..tak mustahil daddy rindu Zahra..

    BalasPadam
  3. manja tul ngan daddy dia. Ok laaa, org kata anak daddy

    BalasPadam
  4. Alahai anak daddy ni, sejuk hati tengok!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.