Review Guardians Of The Galaxy : Vol 2

by - Khamis, April 27, 2017

Secara jujurnya , Guardians Of The Galaxy ni bukanlah filem kegemaran aku. Walaupun ianya keluaran MARVEL tapi tak menarik perhatian aku sehinggalah aku dapat tahu salah satu watak di dalam filem tu dilakonkan oleh pelakon kegemaran aku yakni Vin Diesel ! Disebabkan dialah , aku tonton Guardians Of The Galaxy. Tapi selepas menontonnya , aku dapati filem ni adalah citarasa aku apatah lagi watak The Groot yang mana Vin Diesel menjadi suara latarnya , melucukan ! 
Ok.. Untuk 'Vol 2' ni kan.. banyak babak babak di luar jangkaan aku berlaku ! Tak sangka sama sekali! Tapi paling membuatkan aku tertarik dan tertawan adalah watak Baby Groot ! Sekali lagi dia berjaya membuatkan para penonton tidak menyesal ke panggung dan seterusnya aku rasakan ramai mengidam nak dapatkan anak patung Baby Groot jika ada jual ! 
Aku taknak cerita jalan cerita filem ni. Tak nak ada yang spoil mood nak tengok je ! Tapi secara jujurnya , ini adalah antara filem yang aku tonton , amat berbaloi sekali ! Tak menyesal la aku tengok di kala orang lain dah dibuai mimpi.. hehehehe.. 
Tak sangka.. serius tak sangka ! Huhuhu.. Rasa macam nak tengok je lagi.. hahahaa... Best ! Best dan melucukan ! Tak kering gusi kecuali bila ayah dia mati ! Huk huk.. Eh ??? Hahahha.. Tercerita lak ! Heeee... Tapi.. tapi.. haaa.. ada tapi tu ! 
Berapa bintang ? Aku kasi 4/5 bintang ! Aku puashati sangat. Wajib tonton tapi pastikan tonton yang pertama dulu.. baru tengok yang ni atau korang akan rasa bosan.. kecuali watak Baby Groot je..menghiburkan ! Heeee...

You May Also Like

3 comments