Sapa sedang 'patah hati ' ? Kecewa atau ' hilang arah hidup' ? #TheBrokenHeart !

by - Ahad, April 23, 2017

Aku duduk memerhatikan anak-anak bermain. Wife di dapur sedang sibuk memasak.  Sesekali Qhaliff dan Zahra bergaduh. Menangis dan datang mengadu pada aku. Aariz dalam dukungan aku. Pening kepala aku ! Hahahaha.. tapi inilah kebahagiaan. Aku tak sanggup kehilangan mereka. Aku tak tau apa akan jadi pada aku andai mereka tiada ! Aku mungkin hilang semangat. Mungkin... 
Kehilangan ayah pada tahun lepas , kerana kanser adalah sesuatu yang amat pedih. Namun sehingga kini aku belum menitiskan air mata. Andai menitis , aku tak mampu bergerak lagi. Aku kuatkan semangat. Aku kuatkan ingatan aku pada dia. Aku kirimkan doa dan Al Fatihah buat arwah senantiasa. Sememangnya aku dah bersedia ketika dia di peringkat akhir sakitnya. Dia sendiri dah cukup menderita. Mak aku.. hurm.. nasib baik ada cucu cucu dia. Itu saja yang mampu kuatkan dia berdiri sehingga kini. 
Ramai lagi insan insan di luar sana sedang berada dalam keadaan seperti aku malah ada lagi teruk ! Ada yang sampai nak 'ikut sama' arwah ! Ada yang terus hilang punca. Tak tau nak buat apa. Terlibat dengan anasir anasir yang negatif. Takda siapa yang membantu. Cakap banyak , berleter ramai laa.. Tapi nak menghulur tangan ???? Hurmm.. Tapi bukan semua berperangai gitu. Ada saudara mara , sahabat handai yang prihatin dan menghulur tangan membantu seupaya yang mampu, kan ? 
Begitu juga dengan mereka yang baru bercerai.. Aku dah saksikan banyak kes penceraian. Ada yang beranggapan lelaki tabah.. perempuan lebih derita walhal sama jer. Huhu.. Lelaki yang kurang imannya , akan berada di persimpangan jalan.. Andai dapat rakan yang tak betul , maka dia akan silap arah. Jika ada yang membimbing , memberi tunjuk ajar , InshaAllah dia akan redha dan terima ketentuan Ilahi ni.. 
Apa yang berlaku sebenarnya ialah ujian Allah. DIA nak kita 'kembali' padaNYA. Jangan hilang punca. Carilah DIA... Maka atas inisiatif Al Maqaasid  , satu siri forum  bertajuk ' The Broken Hearts' yang dianjurkan buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 6 Mei 2017. 

Antara panel yang dijemput untuk membincangkan topik The Broken Hearts ni termasuklah penceramah bebas Ustaz Zul Rambli dan Ustaz Iqbal Zain. Mereka akan disertai oleh beberapa panel jemputan bagi berkongsi pengalaman mereka sendiri di dalam forum sehari yang bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu tersebut. 
Sumbangan sebanyak RM200 bagi setiap peserta adalah untuk menampung perbelanjaan forum ( makanan dan minuman disediakan ) dan sebahagiannya akan disalurkan bagi tujuan sedekah ke jalan Allah untuk Maahad Tahfiz Al-Kholidi , Ulu Yam. Pelajar-pelajar Al-Kholidi juga akan membuat penampilan istimewa bacaan Qaseedah di sepanjang forum sehari tersebut. 
Untuk penempahan tiket dan pertanyaan lanjut , sila hubungi talian 016 615 6870 atau 018 663 3478 atau email ke maqaasid@gmail.com .
Sapa patut sertai forum ni ? Korang tau jawapannya ! 

You May Also Like

10 comments

  1. Selalu ingat Dia , redha stiap apa yang berlaku ada hikmahnya .. =)

    BalasPadam
  2. di waktu apa pun.. sukar dan senang.. kembali padanya..

    BalasPadam
  3. Isu yang selalu kita dengar tapi jarang kita dengar dibincangkan, menarik program ni....

    BalasPadam
  4. menarik forumnya, macam menarik untuk join skli ni.

    BalasPadam
  5. Macam best program ini...biar org patahkan hati kita..jangan Allah yg patah hati dengan kita...

    BalasPadam
  6. Sentiasa ingat Allah maha merancang segalanya.

    BalasPadam
  7. Bagus program sebegini, sedikit sebanyak dapat beri motivasi pada orang yang patah hati.

    BalasPadam