SPARE PARTS buat aku mengalir airmata..

Ditayangkan di HBO untuk kali berapa tah tapi aku menontonnya buat pertama kali selepas melihat Zahra menonton dengan penuh kusyuk ! Hurmm.. SPARE PARTS.. macam boring jer citer ni ! Tapi memandangkan takda cerita best , aku layankan aja untuk malam ni. 
Hurm.. dah masuk setengah. Cerita gini memang biasa dah aku tonton.. kisah budak terbiar dengan gurunya yang komited untuk mengubah mereka. Cuma yang aku tak tau yang kali ni adalah berdasarkan kisah benar ! Aku tak google lagi. Aku tak nak spoilkan mood aku ! Hahahaha.. Aku tonton kasi abis je , alang alang dah tengok.. kan ?
10 minit terakhir... Aku mengalir air mata. Sesuatu yang tak dijangka namun jika diusahakan dengan penuh semangat serta kerjasama berpasukan , apa saja boleh terjadi. Tiada yang mustahil ! Part ni aku terbayangkan diri aku yang selalu berada di bahagian kegagalan dan memandang mereka yang berada di puncak kejayaan ! Ingin terasa bagaimana nak berada di atas ! 
Dan menambah airmata aku berderai.. melihat bagaimana seorang yang tidak punya cita cita terhadap anaknya , melihat anak kandungnya berjaya mencapai keinginannya ! Dan wow.. mereka berjaya melakukan dengan menewaskan pasukan yang tak sama sekali mereka sangka akan berjaya tundukkan ! 
Fuh.. Best cerita ni ! Banyak pengajaran. Jangan sesekali memandang rendah pada diri sendiri dan cepat mengaku kalah ! 

1 ulasan:

  1. Saya pun nangis tengok part last, memang menyentuh jiwa!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009