Tak semua ayam di Nando's sama rasanya ?

Wife nak belanja makan. Dia tau aku suka dah Nando's dan selamat tinggal Kenny Roger's. Dan aku akui ayam Nando's serta sosnya menepati sungguh selera aku. Biasanya aku makan di Nando's Bandar Baru Nilai tapi semalam , saja gi makan kat Alamanda... Heeee... 
Bersih... pantas.. layanan tip top.. Order ayam.. seperti biasa.. Yummy.

Tapi.. tapi... nape ayam dia.. tak sama rasa cam kat tempat biasa aku makan yang mana kat sana lebih lembut dan terasa rempahnya ? Ke lidah dan tekak aku yang bermasalah ni ?? Sedap tu sedap tapi ayam dia agak... hurm... tak sama cam kat sana ! 
Namun begitu , aku tetap makan abis cuma tak rasa puas seperti biasa dan kepedasan tu tak sampai ke tahap yang aku selalu rasa .. Agak hampa... Nampaknya , aku perlu kekal makan kat tempat biasa je la kot ? Ada yang kata memang gitu.. Sama cam makan di Secret Recepi...  Sukar nak dapat rasa yang sama ... Ye ke ?? Sapa ada pengalaman gitu ? Korang ada ? 

2 ulasan:

  1. so far tempat yg sy pergi semua sama je rasa dia. hehe

    nandos dan kenny tetap fav saya. ada keistimewaan tersendiri.

    BalasPadam
  2. jarang makan di Nandos..sebab hasben saya tak suka ayamnya hehehe..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.