Ahad, 9 April 2017

Teruskan , tukar atau tutup ?

Aku ada amik pakej internet broadband Celcom 2 tahun dulu. 20GB sebulan dan bayaran dia kalau tak silap aku , RM88 kot ? Kurang dari RM100 la gitu. Waktu tu , anti UNIFI ! Kenapa anti ??? Sebab ada kes sewaktu nak tutup akaun satu tika dulu. Susah gile la nak tutup.. Nak buka senang !
Dan hari ni , kontrak broadband aku dah matang ! Hurmm.. nak teruskan ke ? Kalau nak teruskan , yang guna phone tu ialah Qhaliff dan Zahra. Rasa cam membazir lak ! Tapi kalau tutup , nanti diorang datang kacau phone aku lak. Hurmm.. Kalau aku tukar plan , amik pakej lain .. ok gak ! 

Siap unlimited Call gitu. Yang sekarang ni takda.. 
Celcom bagi aku ok. Digi pon ok. Maxis , aku tak berapa minat sangat pakej dia. Signal kat tempat aku pon ok je.. Kat Sepang mahupun di Kelantan.. Cuma sepanjang highway ke Kelantan tu je la. Tu bagi aku semua line lebih kurang je kan ? 
Tutup dan amik Unifi ? Nak tak nak , tu je plan paling bagus dan menjimatkan. Cuma skang ni UNIFI je problem kat tempat aku. Katanya port penuh ! Walaupun ada yang dah pindah , alasan sama tetap diberikan.. port penuh ! Aku tak tau la tang mana penuhnya walhal ada yang dah tak guna.. Hurmm.. tu aku kena pikir panjang.. Main ikut sistem online jer ! 
Tak lama lagi , aku dapat satu lagi telefon free.. Kalau amik pakej First Gold pun ok. Aku leh tutup Astro dan guna android box jer ! Jimat gak gitu.. kan ? Astro pun membosankan je. Sebab kartun je aku amik.. kalau tak , jangan mimpi laaa.. 

2 komen :

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

tutup ambek yang40gb rm98 aben , tapi ada split kuota weekday and weekends la. hehehe atau ambek Digi 150 unlimited call internet and hotspot. Boleh lejan tengok youtube...

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Betul astro dah bosan hmmmm tu pun amik pakej Rm50 sebulan je ben...harap anak nk tgk kartun...kalau x lingkup tv jadi hiasan hahahahahhaha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI