Aku ada hypertension dan digalakkan ambil minyak zaitun setiap hari tapi masalahnya ialah..

Hari tu check tekanan darah aku , melonjak naik ! Ketika tu aku di Jepun. Fuhhh.. kawan kawan pandang aku semacam. Aku senyum jer. Tinggi ok ! Hahahaa.. Aku jaga makan dan rajin bersenam tapi kenapa masih tinggi ? Hurmm..  Nasib baik takda gejala gejala merbahaya seperti sakit kepala dan sebagainya. 

Nampaknya aku kena tambah lagi dan perbetulkan corak pemakanan aku. Setiap pagi kena amik minyak zaitun dan minyak ikan. Ok, minyak zaitun aku dah jumpa. Bukan senang nak jumpa yang berkualiti tinggi ! Yang ada dipasaran tu , kena pilih gak. Haa.. silap silap , penyakit lain lak yang datang. Manakala minyak ikan ni , masalah sikit. Nak cari yang halal tu payah. 

Bab minyak zaitun ni.. kawan aku ada terangkan mengenainya. Camana nak tau dan kesan kebagusan sesuatu produk minyak zaitun ni.  Pastu mahu paham skit cara pengambilan minyak zaitun ni. Jangan main bedal jer.




Sejujurnya sebelum ni aku try minum minyak zaitun , memang tebal rasanya dan melekat jeee kat bibir ! Hahahha.. Dan aku cuba la yang Al Ard ni... Minyak Zaitun dari Palestin dan botol tu , dari Itali ! Nahhh... tu dia ! Yang ni dikatakan khas untuk mereka yang ada masalah dengan darah tinggi dan kolestol. Jenis premium. Cara dapatkan minyak dia lain berbeza skit. Buah masih hijau katanya.


Alhamdulillah.. rasa lain skit walaupun baru 2 hari. Kena amalkan la selalu. InshaAllah. Dalam usia  remaja cam aku ni, kesihatan perlu diutamakan. Bukan sebab nak nikah lagi tapi sebab nak besarkan anak anak. Kalau kita sakit , anak anak lak kena jaga kita. Sian la kan ? Haaa..

Maaf.. aku tak jual. Leh gi tengok kat page Saya Suka Minyak Zaitun. Sana ada jual jenis yang aku guna ni haa..

1 ulasan:

  1. Kita amalkan jugak minum minyak zaitun ni, tapi jenama PONS. Memang bagus dan rasa kesannya!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.