Dua tiga hari ni , apa yg aku nampak ialah , ramai ( bukan besar bilangannya ) yg gemar baca sekali lalu dan terus ke ruangan komen lalu komen ..
Apa yg berlaku ? Terlepas point yg sebenarnya ...
Aku amik contoh .. entri "Eeeww ..boleh kerr?? " tu sebenarnya bukan berkisarkan air barbican ( yg telah disahkan Halal ...ada linknya disitu ) tetapi ramai yg terlepas pandang ..
Isu utama entri itu ialah , bab halal haram .. Ada antara kita amik kisah soal pemakanan .. tapi tak kisah soal aurat mahupun amanah dan sebagainya .. kita nak tutup lubang itu tapi terlepas pandang lubang yg utama ..
Dalam entri aku , kerapkali aku gunakan kandungan yg serampang dua mata .. bukan apa, aku tamo la ada kawan kawan pembaca terasa dengan entri aku ni ..
Apa yg aku pinta .. jika kita .. kau dan aku termasuk mereka .. jika nak tinggalkan komen , baca betul betul .. kalau tak , sendiri malu woooo...
Kalau korang ada baca satu komen rakan blogger di entri sebelum yg ni , aku amat amat setuju dengan kata kata dia ..
Sebenarnya lama dah aku perasan dan berkali kali aku tegur 'diorg' ni agar jgn syiokk sendiri tapi , tamo dengar ckp ...Takkan aku nak paksa lak kan ? Mau atau tidak biar jer la diorg terjun dengan labu labunya ..
Bukan tak sayang sbg sahabat tapi dah memasing dok kejar populariti yg tak memberi makna langsung .. Bak kata budak sekolah dulu , 'star' ! Main bola nak bolot .. depan gol tak nak passing akhirnya ke tiang gol ! Tu la ciri ciri blogger star .. Perasan popular padahal dok main dlm tempurung sendiri..
Aku bukan jeles .. lama dah aku dlm dunia blog ni .. Lebih 5 ribu backlink ke blog aku ..wat pe aku nak cemburu kan ? Aku kesian je sbb org dok geleng kepala melihat telatah 'korang' dlm tempurung tu ..
Berblog bukan kejar populariti tapi sebaliknya adalah kepuasan .. yg lain tu , BONUS !
Ada rakan blogger tanya aku soalan tu .. Hurm.. tu la.. aku pon pelik sebenarnya .. Asal blog meletop jer , terus dikatakan artis aka artis blogger atas retiss.. hahaha..
Apa tengok aku lak ??? G tengok Ujang tu.. tu artis blogger.. Kalau retiss.. tengok kak ummi zaihadi.. Kalau diva , mat gebu !! Haa... kan kaan ? Tak caya lagi ?
Ala.. mana ada blogger kecoh nak jadi artis ...Ni kicik punya hal jer .. Tak payah nak bising bising .. Serupa cam sapa score goal , tetiba nama dia meletop.. Atau saja g pegang bola dalam kotak goal padahal dia bukan goalkeeper , esok lusa nama dia meletop.. Kalau meletop dan jadi bualan , takkan dia artis kot kan ?
Blogger sekadar menulis di blog .. namanya meletop kerana tulisannya atau blognya .. Tu jer.. Yang bajet artis tu sebenarnya org yang gelar mereka.. Saja memain ...
Bagi aku , blogger adalah blogger .. artis adalah artis .. glamer saja yang menyatukan mereka di dunia maya ini .. Ok ?
Gambar : http://dakwah.info
Sebelum Ramadhan , tak per... Ramadhan kena hormat .. Kan kan ? Jadi boleh abiskan masa masa terakhir ni dengan melantak abis-abisan.. ngumpat-ngumpatan .. bermaksiat-maksiatan dan banyak lagi.. Ramadhan nanti tak leh.. kan kan ?
Hampeh !
" Air barbican ?? Erk... halal ke ?? Nama cam air arak jer .. "
Terpinga-pinga gak aku walaupun dah bagitau halal.. Tapi nak je cakap... tuuuuu ... ( rujuk SINI )
Tang tu tak kisah la pulak ???? Aiseyman ..
Nampak ? Semua kena sekat... Kira boleh baca teks je la.. hahahha... Bypass server ? Tamo la.. hahahaha.. tu akan mengundang bencana pada pc aku nanti ..
Nampak ? hahahahah .. Apa guna kalau speed 1gbps ? Untuk view akhbar harian dan juga ?? Tapi bagus gak kan .. Semua boleh buat keje kan kan ? Kononnya ...
Lalaalalala ...
Tu diaaa... antara antara carian pelik lalu tersesat kat blog aku.. hahaha.. padahal ? ada ke aku wat entri pasal tu ? Grrr..
Lebih tepat lagi mereka yang sememangnya banyak masa dihabiskan mengadap internet lalu digoogle la mereka dengan keyword-keyword tertentu.. Jom kita tengok satu persatu .. Ini untuk bulan Julai 2011..
Bermula dari paling kecil cariannya..
- perempuan tgk cite lucah
- tak suka shahir dan rozita bercinta
- seluar dalam mak
- main ngan laki orang
- kisah pramugari dirogol terkini
- tudung bra hitam
- bau seluar dalam wanita
- jantan gersang
- main dengan gay
- wanita berbogel
- tiffinbiru ( erk.. wahahaahha .. ni lawak jeerr.. hehee..sabaq ye mamako)
- wanita 40an pakai baju ketat,sesuai ke?
- seluar dalam jarang
- who is ben ashaari ( gulppp )
- cara ajak awek ringan
- cerita main seks bertukar pasangan
Dan banyak lagi !!! Grr.. lebih 5000 keyword saja untuk bulan ni ..
Terbaca di Bharian Online td berkaitan isu video klik FAIZAL TAHIR yang baru bertajuk , KARMA .. mencetuskan kontoversi mengatakan tidak sesuai untuk budaya kita ..
Bagi aku , tajuk pon awal awal lagi tak sesuai dengan kita dah .. kenapa ? Ok.. mari kita baca apa itu KARMA ..
Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.
Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.
Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.
Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.
Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.
Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.
Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.
Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.
sumber : Halaqah
Nilailah sendiri yer .. Jawapan FAIZAL TAHIR : SINI