Kerana kawan , aku terkedu !

by - Jumaat, Jun 08, 2018

Hurm... kawan , sahabat , rakan. Apa saja gelaran atau panggilanya , kita semua ada 'mereka' ! Kita saling memerlukan. Cuma masalahnya , ada jenis yang suka ambil kesempatan diatas peluang yang terbuka. Dan kita lak yang jadi serba salah. Haishh.. 
Aku sekarang dalam 3 ujian atas nama kawan. Aduhh , pening  sungguh aku. Dan ke tiga tiga ujian ni memang buat aku dalam masalah yang cukup merumitkan. Jika tidak berjaya diselesaikan, aku bakal dapat masalah besar lak ! 

Yang paling utama ni... aku ada tempoh setahun lagi ! Jika aku gagal kesan kawan aku ni , aku rasa aku kena mulakan segalanya dari awal semula dan ianya bukan mudah sama sekali ! Pening pening ! Tak tau la mana hilangnya kawan aku sorang ni. 

Yang kedua.. hurm... peluang dah bagi dah ni. Dia pulak dok main tarik tali. Apa cerita sebenarnya , aku pun tak tau laaaa. Banyak sangat pusingnya. Kalau ada masalah , bagitau la. Ni tidak. Segalanya macam sempurna. Tapi kalau sempurna, tidak la berikan masalah pada aku. Ni dah sampai terpaksa aku buat report lak. Jangan sampai aku terpaksa buat report lain lak. Aku tak nak bermasalah. Hurmm..

Yang ketiga... aku pun tak ingat dah apa masalah aku. Malas dah nak pikir hal orang ! Kita niat nak tolong diorang.. rupanya dalam diam kita teraniaya ! 


Bila ada kawan datang nak pinjam duit kat aku... Aku mesti sedih.  Kalau nak pinjam beribu , aku tak mampu. Nak pinjam beratus , kena tengok berapa lak. Yelah , aku bukan orang kaya yang simpan duit bawah katil pun... Huhuh..

" Bro , aku sayangkan persahabatan kita. Aku tak dapat nak bagi pinjam. Sebab bila aku kasi pinjam , aku akan tuntut... ! ".

Serba salah aku. 

You May Also Like

4 comments

  1. kalau kawan yg jenis tau2 bayar ok. tp kalau kawan yg buat2 lupa hutang tu yg payah..

    BalasPadam
  2. Entry ini mengingatkan julia kepada pesan Abah "Aku bukan tak nak bagi kau pinjam duit dari aku, aku cuma tak nak di sebabkan ini aku hilang kawan" nampak deep, sama mcm apa ben fikirkan....nak tlg orang sekarang, benda pertama kita fikir sebaiknya tolong yang tak perlu tunggu dia nak bayar balik...sekadar yang termampu beri dan tak membebankan serta membenakkan hati kita bila terserempak dia buat2 tak ingat...

    Mcm tau je kisah ni...semoga kawan ben tu sedar dan permudahkan urusan ben kembali...amin

    BalasPadam
  3. Betul tu, tak bagi pinjam kesian tapi kadang serba salah bila nak mintak bayar balik nanti. Ada je alasan, hurmmm!

    BalasPadam