Kenali diri sendiri sebelum nak 'low carb '
Gambar bawah ni , aku rasa korang pun dah tahu kot ? Sebelum dan selepas aku jaga pemakanan dengan sebenar benar jaga pemakanan. Tapi ada la gak tersasar pun. Ok la kot kan ? Aku bukan ada penyakit serius atau nak masuk pertandingan Ratu Cantik. Sekadar nak fokus pada kesihatan dan kawal beberapa penyakit yang aku ada sebelum ni seperti tekanan darah tinggi , Gerd dan Anxiety.
Camana aku buat ? Aku kawal pengambilan beberapa pemakanan yang aku rasa aku tak perlu pun masuk dalam perut aku seperti nasi putih , makanan segera seperti mee segera , beger , hotdog , kentang goreng dan macam macam lagi makanan ultra proses. Tak bagus untuk perut aku.. Perut korang , aku tak tau. Sebab tu aku kata.. kenali diri sendiri dulu ! Kalau korang sihat.. makan la. Nanti dah tak sihat , berhentilah. Hahahaha.. ( sebaiknya, elakkanlah dari tak sihat.. faham ? )
Bila aku sebut aku tak makan nasi , maka ramai la yang nak ikut dan ada juga yang kecam ! Korang ingat senang ke nak tinggalkan nasi putih yang aku dah makan sejak usia 2 tahun ni ? Beberapa kali aku cuba buat tapi gagal. Gagal kenapa ? Bila ada yang kata.. makan je la skit skit asalkan bersenam ! Nasi ni dia ada satu ketagihan. Kalau nasi kosong saja , ok la tapi bila disua dengan pelbagai lauk pauk.. pasti akan bertambah ! Pastu mulalah nak makan nasi berani, nasi arab , nasi goreng ! Aduh.. sushi satu hal lagi ! Semua ni kegemaran aku. Dan kesannya... perut membuncit !
Sederhana ? Jangan tipu la... Melainkan kita hidup seorang diri dalam gua. Boleh bersederhana ! Hahaha.. Ni kalau dengan anak bini yang mana mereka sendiri pun ketagihan makanan makanan tinggi kalori ni, memang jenuh laaa weh !
Bila dah sakit.. nah , masa ni la baru nak ubah segalanya. Sakit ni bukan saja punca dari pemakanan tapi juga dari gaya hidup kita. Tidur lewat , tekanan kerja.. stress dengan media sosial atau dengan ragam kerajaan sekarang. Hahaha.. Terpolitik skit.
Makan modal nak buat duit ? Sebenarnya nak boroi tu yang makan modal.
Berpuluh tahun aku cari cara nak dapatkan durian di perut !
Aktifkan diri selepas makan berat !
Wajib ada setiap hari.
Wajib ada setiap hari dalam pemakanan seimbang !
Akhir sekali.. sebelum nak buat , pastikan tujuan utama kita dan kemampuan. Sebaiknya mulakan dengan mengurangi terlebih dahulu seperti gula , minuman manis dan tinggi kafein. Makanan bertepung seperti roti putih , susu putih , roti canai pun turut terlibat sama ya.. Heee..
Semoga berjaya. Kesihatan adalah keutamaan.
0 comments