Makanan di hari raya...

by - Rabu, April 02, 2025


 

Alhamdulillah... Dah masuk raya ke 3 dan aku masih berjaya mengawal nafsu makan aku walaupun ada godaaan cuba mengagalkannya. Hahahaha.. Mungkin mereka tak tau kenapa dan mengapa aku lakukan. Aku bukan saja saja nak jaga makan atau kawal pemakanan aku ni. 

Aku suka makan. Kena pulak aku sekarang di negeri yang cukup kaya dengan pelbagai jenis masakan terutama kuih muih. Fuh... kena pulak ari tu , dua hari sebelum 1 Syawal.. aku rajinkan diri ke pasar Ramadan. Ada pelbagai jualan makanan serta minuman di situ. Perghh.. terliur juga la tengoknya tapi aku tetap dengan komitmen aku. Fikirkan kemudaratan untuk tubuh badan aku jika aku mengambilnya. Buat yang tak tau , jika gula masuk dalam badan aku , aku automatik bertukar menjadi raksasa ! Wife aku sendiri pun takut tengok... Haaa ! Maka aku beli je la satu dua jenis kuih dan juga ayam golek ! Kenyang tanpa rasa menyesal. 

Di pagi 1 Syawal.. sebelum gi solat sunat Aidifitri , aku makan dulu la telur rebus dengan rendang. Haa.. aku ganti nasi dengan telur rebus. Sedappp wo ! Begitu juga bila aku gi beraya umah orang. Jika dijemput makan, aku amik macam tu jer. Tapi biskut raya aku makan la ! Bukan senang nak jumpa di luar waktu hari Raya ! Hahah... bagi aku , nak makan.. biar berbaloi pada tekak ! 

Walaupun masakan di rumah orang sedap sedap belaka , aku tetap tak tergoda. Aku tetap makan cuma takda la makan makanan yang ada berasaskan beras. Bukan apaa... kita kena kenali diri sendiri. Kalau macam aku , aku ni lemah kalau makanan tu dah kena ngan tekak aku. Tak boleh nak kawal diri. Pasti bertambah dan kesudahannya... Hurm.. Sendiri menyesal ! Mau tau , aku tak lama lagi bakal jejak usia 50 tahun. Kalau aku tak jaga , doktor akan jagakan tubuh badan aku ni. Haaa.. Mana nak ? 

You May Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah tidak mudah digoda makanan heheehe...
    Mrs.A pulak kalau musim raya ketupat rendang tu mesti nak makan kalau tak macam tak raya huhuuhuuu

    BalasPadam