Antara punca sakit pinggang ialah salah pilih kasut ?
Bermula dari Sabtu lepas, aku terasa sangat sakti pada bahagian tepi peha. Sebelum tu , aku terasa dah pada bahagian tumit. Aku ingatkan tu tanda tanda plantar fasciitis tapi ketika aku buat fisioterapi, aku minta periksa pada bahagian tu. Takda masalah. Terseliuh ketika hiking ? Hurm.. takda pulak rasanya. Maka aku biarkan jer.
Rupanya ianya bermula dari situ.. naik ke atas. Yang bahagian pinggang tu , lama dah terasa tapi bagi aku itu biasa dah kena sebab form yang salah ketika angkat beban. Biasanya ketika main deadlift. Lama lama dia ok sendiri.
Tapi kali ni , lain macam skit. Sakit dan sengal pada bahagian kaki kiri sangat menyucuk. Mood aku sangat terganggu. Mudah emosi jadinya. Manakan tidak.. bila nak bangun dari duduk dan pijak lantai , terasa sangat sakit sekali tapak kaki. Kekuatan diri terasa kehilangan 50% !
Maka aku gi buat fisioterapi untuk kali ke tiga pada bulan ni. Kali pertama , kaki dan dah sembuh. Pastu bahu lak. Gara gara salah tidur. Pun dah ok. Ni kembali ke kaki lak. Kali ni , memang sangat sakit sekali.
Lepas fisioterapi di Kota Warisan , kaki aku terasa lega sedikit. Namun keesokkan harinya , sakit tu kembali lagi. Apa yang salah ?? Di mana salahnya ? Nak kata pemakanan, aku memang jaga dah pun. Tapi bila aku tengok posting video di TikTok , ada beberapa buah buahan yang golongan sakit saraf ni tak leh makan seperti mangga , nenas , kurma , oren dan beberapa lagi. Aku makan nenas , oren dan kurma. Adeh... patutlah.
Simptom sakit kaki aku ni sebijik macam sciatica. Bila aku tengok video video pesakit sciatica ni , fuh.. menakutkan. Tapi mereka pulih dengan banyak cara. Cuma menderita la dulu. Huhuh.. Kena rajin buat regangan dan kuatkan otot tertentu.
Cuma masalah sakit aku ni, aku tak rasa berpunca dari duduk terlalu lama atau tidak aktif bergerak. Nak kata punca terlebih bersukan pun takda lak. Aku rasa aku tahu puncanya bila aku tertonton satu video yang mengatakan antara punca sakit belakang membawa ke sakit kaki adalah tapak kaki ! Jika melibatkan tapak kaki, pastinya adalah kerana kasut !
Ya.. baru baru ni ada aku beli satu sandal yang diperbuat dari foam ! Masalah kasut ni ialah , size ketika aku beli, besar.. tapi dia boleh mengecil dek kerana bila kena panas. Bila aku gi balik ke kedai kasut tu, aku tanya penjual katanya ya.. Jangan letak sandal ni di tempat panas. Nanti dia mengecil. Pulak ! Beli RM200+ tuuu... Dah tu camana ? Takkan nak simpan ? Aku pakai la juga bila gi surau masjid cuma tapak kaki aku rasa tak selesa !
Dan rasa tak selesa tu membawa ke berhari hari. Pakai pun dalam jangka masa yang lama. Adeh... Nayaaa sungguh laa.. Bila aku tanya Chatgpt , apakah sandal foam ni 'bemasalah' dan jawapannya..
🔴 Kesan Buruk Sandal Foam pada Tulang Belakang:
1. Tiada sokongan lengkungan kaki (arch support)
→ Kaki kita perlukan sokongan untuk menampung berat badan. Sandal foam biasa tak ada struktur sokongan, jadi postur badan boleh berubah, menyebabkan tekanan pada tulang belakang.
2. Menyerap hentakan dengan buruk
→ Foam murah atau lembut sangat mudah leper dan tak menyerap hentakan dengan baik. Akibatnya, hentakan berjalan naik terus ke lutut, pinggang, dan tulang belakang.
3. Tidak stabil
→ Tapak yang terlalu lembut atau rata boleh buat pergerakan kaki tak stabil, menyebabkan beban tak sekata, yang boleh membawa kepada sakit pinggang atau belakang.
4. Boleh menyebabkan postur salah
→ Bila kaki tak selesa, kita cenderung berjalan dengan cara yang tak semula jadi — ini boleh mempengaruhi posisi pinggang dan belakang.
Kesimpulan:
Kalau hanya pakai sekejap (contohnya dalam rumah atau berjalan sekejap), sandal foam tak jadi masalah.
Sayang sungguh. Best dah best tapi tu laa... tak sesuai untuk aku
Hari ni, aku tak tahan dah sakit. Cuma ketika gi hiking tu, sakit kaki tu tak rasa. Di rumah je baru terasa. Tu bila berkaki ayam ! Bermakna sakit aku ni bermula dari bawah membawa ke atas. Lepas Zohor, aku gi AEON. Aku ke Sport Direct. Aku tahu apa yang aku nak kena beli. Sandal ni memang aku guna dulu lagi cuma aku beli secara online. Kali ni , aku nekad beli. Harga dia pun , ada diskaun la skit. Ok la dari takda. Hahahaha..
Lepas beli.. terus aku tukar kasut. Sebelum tu, aku pakai kasut hiking ke sana. Itu je kasut yang aku ada. Tu la kasut gi gym.. tu la kasut gi jalan.. tu la kasut gi hiking ! Maunya tak bertambah sakit kaki aku ni. Adeh.. sian badan aku ni.
Sampai... Terus amik dan cari size. Bayar dan keluar dari situ. Terus tukar kasut.. Dan Allah.. leganya rasa kaki. Macam dapat tidur atas katil hotel 7 bintang ! Lega sungguh. Pastu terus gi gym. Aku nak test pakai untuk satu jangka masa yang lama. Nak tengok impaknya. Dan ternyata, kaki aku tak terasa sakit. Masih ada 'bisa bisa' tapi kurang sangat dah.
Alhamdulillah.
Takkan nak pakai sandal ni gi gym kot ? Aku pikir dan pikir. Malas nak sayang duit.. Aku ke Mesa Mall. Kali ni ke QC. Kat situ aku tahu, ada kasut Under Armour yang dalam bajet aku. Kat SD tadi, paling murah pun dalam RM185. Hahahaha.. mahal untuk pakai gi gym semata mata.
Alhamdulillah.. terasa lega dah kaki aku ni. Ambil masa gak la untuk sembuh 100% !




0 comments