Tu la.. jangan sangka bila di nasi tangan , pasti masuk ke mulut.. silap silap tumpah sewaktu nak suap !
Tu la.. jangan sangka bila di nasi tangan , pasti masuk ke mulut.. silap silap tumpah sewaktu nak suap !
" Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu sekalian berada, maka hadapkanlah wajah kamu ke arahnya " ( Al-Baqarah : 150 )
Sejarah
Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.
Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.
Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
Seni bina
Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.
Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 m (42.98 ka), dengan sisi selebar 11.03 m (36.19 ka) kali 12.86 m (42.19 ka)
Pintu Kaabah
Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.
Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.
Bumbung Kaabah
Bumbung Kaabah atau atap Kaabah, ialah suatu binaan konkrit yang terletak di atas Kaabah. Pada awalnya, Kaabah tidak memiliki bumbung, namun orang Arab Quraisy yang menetap di sekitar Kota Makkah telah membina atap ini bagi mengelakkan ruangan dalaman Kaabah daripada kepanasan dan kebasahan. Pada waktu ini, Kaabah memiliki dua lapisan atap (satu pada bahagian atas dan satu pada bahagian atas). Permukaan atas Kaabah dilapisi dengan marmar putih dan dikelilingi dengan tembok kecil yang menyatu pada dinding-dinding Kaabah.
Tembok itu berketinggian 80 cm yang mampu menjadi bahan pautan kepada tali-tali Kiswah di bahagian atas (bahagian tali Kiswah bawah diikat pada Syazarwan). Di bahagian atas atap juga terdapatnya sebuah pintu yang berukuran 1.27 X 1.04 m. Pintu ini ditutup menggunakan papan yang diperbuat dari besi baja. Pintu ini menghubungkan dengan Pintu Taubat yang berada di sebelah kanan dalam Kaabah melalui anak-anak tangga dalaman Kaabah. Pada kebiasaannya di musim Haji, para petugas Masjidil Haram dan para sukarelawan Makkah akan naik ke atas bumbung Kaabah bagi memasangkan Kiswah dan membersih dan mencuci bahagian dalaman, luaran dan atasan Kaabah.
Apakah Rahsia Ka'abah
PADA keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan: "Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya."
Bagaimanapun, ada beberapa bahagian Kaabah yang menjadi tumpuan dan perhatian lantaran kelebihannya.
Hajarul Aswad
Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.
Rukun Yamani
Rukun Yamani adalah penjuru Kaabah yang bertepatan dengan Rukun Hajarul Aswad bagi orang yang sedang tawaf. Ia adalah salah satu daripada dua rukun yang didirikan di atas asas binaan Nabi Ibrahim. Rasulullah SAW menyentuh rukun itu ketika tawaf.
Hijr Ismail
Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.
Multazam
Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.
Mizab
Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.
Syazarwan
Syazarwan adalah jubin yang dibina di bahagian bawah dinding Kaabah. Tingginya lebih kurang dua kaki. Ia diletakkan untuk menandakan saiz asal Kaabah yang dikurangkan ketika binaan Quraisy berbanding binaan Nabi Ibrahim. Justeru, ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Bertawaf di atasnya atau sebahagian anggota badan di atasnya menyebabkan tawaf tidak sah.
Kiswah
Kiswah adalah kelambu atau kain yang menutupi Kaabah. Diriwayatkan orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah Tubba al Himyariyy As`ad Abi Karb. Kiswah Kaabah diperbuat daripada 658 kilogram sutera mentah yang ditenun. Ukurannya selepas siap ditenun adalah 658 meter persegi. Kos pembuatannya adalah 17 juta Riyal Arab Saudi. Kiswah akan diganti dengan yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wuquf) setiap tahun.
Makam Ibrahim
Makam Ibrahim adalah batu yang ada kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu sekarang ini diikat dengan perak dan diletakkan di dalam sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan. Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar. Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat." (Surah al-Baqarah, ayat 125)
Telaga Zamzam
Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.
Hijir Ismail
1. Semasa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah, ketinggiannya adalah 9 hasta sahaja iaitu satu pertiga daripada ketinggian Kaabah pada hari ini. Beliau membina Kaabah tersebut di atas tapaknya. Pada hari ini tapak tersebut berada enam hasta ke dalam Hijir Nabi Ismail a.s. Mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s, Kaabah berada di kawasan Hijir. Anda boleh membezakan ketebalan antara Hijir lama dan Hijir yang ada sekarang dengan mudah iaitu sebahagian besar dinding Hijir yang lurus serta yang menghala ke arah utara Kaabah, ia merupakan sebahagian dari Kaabah.
2. Semasa orang-orang Quraisy membina Kaabah, mereka memasukkan binaan dinding Kaabah di sebelah utara ke sebelah selatan sebanyak enam hasta (mengecilkan binaan Kaabah) untuk meluaskan kawasan Hijir.
3.Semasa Abdullah bin Az-Zubair membina Kaabah, beliau membinanya semula sebagaimana bentuk dan saiz (diatas tapak) yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan mengecilkan sedikit kawasan Hijir (kerana ingin meluaskan Kaabah).
4. Al-Hajjaj bin Yusuf mengubah kembali kedudukan Hijir kepada kedudukannya sebagaimana sekarang ini.
Batu Marmar dan Pembinaan Hijir Nabi Ismail a.s
1. Orang pertama yang meletakkan batu marmar di atas batu-bata Hijir Ismail ialah Khalifah Al-Abbas Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 140 H.
2. Kemudian ia diperbaharui oleh Khalifah Al-Mahdi pada tahun 161 H.
3. Pada tahun 241 H ia diperbaharui pula oleh Khalifah Al-Mutawakkil Alallah.
4. Pada tahun 283 H ia dibina oleh Al-Mu'tadid Al-Abbas pada masa pemerintahannya. Kemudian ia dibina pula oleh seorang menteri bernama Jamaluddin yang dikenali dengan pemurah, pada tahun 550 H.
5. Pada tahun 576 H ia dibina oleh Nasir Al-Abbasi.
6. Tahun 720 H ia dibina oleh Nasir Qallawun.
7. Pada tahun 781 H ia dibina oleh Al-Mansur Ali bin Al-Malik Al-Asyraf Sya'ban bin Husin bin Al-Malik An-Nasir Muhammad bin Qallawun.
8. Kemudian ia dibina pula oleh Al-Amir Bisaq.
9. Pada bulan Rejab tahun 822 H ia dibina oleh panglima Alauddin.
10. Tahun 826 H ia dibina oleh Al-Amir Zainuddin Muqbil Al-Qadidi.
11. Pada tahun 838 H ia dibina oleh Sudun Al-Muhammadi dengan marmar yang dibawa dari Mesir.
Sumber - Halaqah
Bila baca akhbar harian , hampir setiap hari ada saja pertempuran sana sini dan majoritinya melibatkan orang ISLAM ... Palestin , Somalia ( perang saudara ) , Libya , Pakistan , Thailand dan banyak lagi..
Rasa-rasa korang yang mana si lahanat Amerika Syarikat tu campur tangan dan yang mana dia pejamkan mata ? Ya betul !! Tang si celaka ISRAEL itulah dibiarkan bermaharajalela menyerang rakyat Palestin ! Sungguh terkutuk ... Apa yang mampu dunia buat ? Mari mengutuk ..
Tapi bila tang negara ISLAM je cam Afganistan , Libya , Pakistan .. dengan pantas campur ! Kenapa dan mengapa ? Merekalah hero penyelamat dunia .. Negara kami ramai superhero ... dan paling penting ..
" KAMI POLIS DUNIA !! "
Wak luuuuuuu polis dunia .. Baik jadi pecuci tandas dunia !! Baru sesuai !! Tang suku sakat , 'ko' biar jer .. Tang orang lain ????
"Oh , mereka pengganas ... mereka perosak ! Kita kena tangkap.. bicara mereka ! Ya , betul.. tak boleh dibiarkan !! "
Sekali lagi... Wak luuuuuu .... Serius aku sakit hati pagi pagi baca barua barua Amerika ni dok 'mengacau' negara negara Islam ... Yang menariknya , saudara Islam mereka yang kaya raya nun di Arab buat apa ?
Walaupun bukan semua , tapi kita tau hakikatnya ...
Hurm.. aku nak balas komen ? Aku nak buat entri.. Tu belum lagi yang paste kat wall FB aku .. Masak aku ! Setiap kali aku post entri , ada komen , aku reply dan aku jejak balik blog diorang .. Ada harapan aku dapat semput !
" Abang Ben , promote la blog saya .. Kang tak nak kawan kang.. " atau pelbagai lagi ayat ayat yang diberikan ..
Tu kat FB .. yang kat TWEETER lagi ? PM ? Email ? YM lagi ? Bos lagi ? Wife lagi ? Nak g tandas lagi ? Nak kentut lagi ? Haaa... Apakah tak fikir semua tu ?
Ramai dok kata , BEN ASHAARI ni sombong .. Aku pelik la.. Nape tak g mintak kat blogger blogger yang lebih top , popular , mantops , diva ke ? Tapi tang aku , pandai lak kata aku sombong ? Hehe. lawak kan ?
Aku blogger jer.. bukan sele cirit briti atau retis .. Mana yang sempat buat , aku baca , aku follow , aku komen , aku buat .. Ni pon aku update selepas urut kepala wife .. Biasa la mabuk..
Penat ? Confirm la penat bang .. Jangan ingat trafik masuk dengan cara aku berjoget .. Aku pon update blog.. Aku pon cari idea .. Jadi jangan sangka 'popular' yang korang cakap tu , datang dengan berlari lalu memeluk aku .. Aku kena cari setiap hari sehinggalah aku berhenti mencarinya kerana 'dia' dah di samping aku . Tapi sehingga bila ? Amik contoh Pakcik Azwan Ali ..
Satu peningkatan dan juga penurunan .. Semalam 9 entri dengan lebih 6 ribu UV .. Sehinggalah aku bergelar PAPA BEN , mungkin sehari 3-4 entri dan makin kurang dan kurang ... sehari sekali .. Waktu itu , aku dah cukup stabil dan punya pembaca yang setia ... Itu menunjukkan aku sudah berjaya dalam mempromosi blog aku .. Jutaan terima kasih atas kerjasama korang ..
Sombongkah aku ? Nantikan 'peluang' korang lak bila bergelar .... apa saja gelaran ..
" Apasal saya punya entri banyak best , siap buat kajian ala ala tesis tu tapi yang masuk baca .. 1 orang ? 2 orang ? Paling ramai 10 orang ? Sekejap , saya mau menangis .. "
Ramai mengadu gitu kat aku.. Kiciwa.. rasa cam nak tutup je blog .. Atau paling tidak nak jadi anonymous jer.. Lagi best ! Boleh kondem kondem blogger lain. Atau nak lagi kejam , buat entri perli blogger lain.. Kutuk blogger lain mahupun entri yang menjatuhkan semangat blogger lain supaya boleh sekapal .. kan ?
Rileks... rileks... Mula mula kita kembali ke asas blogging ni.. Korang update tu untuk sapa baca ? Cer fikir kembali ? Nak kasi awek kita baca ? Ececece.. kira nak tunjuk la kat awek kita ni yang kita ni bakal sasterawan negara ? Atau nak tunjuk kat bekas cikgu BM dulu yang mana kita dah pandai berkarya hasil didikan dia dulu ? Atau nak bagitau kat jiran sebelah yang jiran dia ni popular kat dunia maya ?
Sasaran entri korang sapa ? Apa yang berlaku sekarang ni ialah , buat entri untuk blogger baca .. kan ? Tak caya ? Cuba tengok balik kat mana kita ping entri .. hehehehe.. Jadi yang masuk majoriti adalah blogger kan ?
Camana nak tackle pembaca yang bukan blogger lak ? Ada tak terfikir ? Cuba tengok blog MAT GEBU .. Beratus online ! Tapi aku berani kerat jadi yang masuk 80% bukan blogger ! Jadi sapa ? Hehehe.. Pengguna internet ! SEO Mat Gebu ketika ini sangatlah kuat.. Walaupun dia tak 'main' SEO tapi setiap entrinya adalah amat berguna buat mereka yang tercari cari infomasi mengenai resepi masakan ...
Bagaimana nak menghasilkan entri entri sebegitu rupa ? Pergh.. aku cakap cam prof dah nehhh... Senang jer ... ISU SEMASA .. Setiap hari , buatlah sekurang-kurangnya 2-3 entri dan salah satunya adalah mengenai isu semasa .. dan pastikan korang tekankan isi penting termasuk perkataan perkataan panas seperti , PUASA , TARAWIH dan banyak lagi mengikut keadaan semasa ..
Kena peka .. Kemudian , barulah update cerita cerita peribadi korang .. Faham tak maksud aku ni ? Cerita peribadi ni , korang boleh tackle pembaca yang terdiri dari bloggers .. Yang isu isu SEO ni , pengguna internet .. Jadi korang ada dua pembaca dalam satu masa ..
Dan jika pengguna tu abis baca entri SEO korang tu , sekiranya penyampaian korang tu menarik tak mustahil dia akan baca entri entri yang lain dan seterusnya I FOLLOW !!!
Apa yang berlaku pada masakini ialah , buat blog hari ni , esok AKU POPULAR dah ! Sebab itulah ramai kecewa dan akhirnya menghasilkan entri yang serupa lanun cetak rompaknya .. Asalkan boleh tengok , dah !
Faham ? Tak ? Kalau tak , telefon aku .. skang gak !
Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat !!!! Amboii.. terus terkam tuh.. hahaha ... Sabaq nooo .. Sabaq ... Cam biasa tajuk mesti gempak .. Isi mesti haprak kan ? Hahaha.. ( Ada aku kesah ? )
Gini , sejak dua menjak ni .. wife selalu kata aku busuk .. ketiak bau POLOng .. badan bau TOMMY HILPIGER .. dan macam macam bau lagi la.. kena duduk jauh jauh dah aku neh ! Muhahahah... sian aku kan ?
Pastu , dia sendiri malas nak mekap dah .. Bukan pe , dia kata tak selesa .. huhuh.. Jadi , natural beauty je la jawabnya .. Sebelum ni pon mekap ala kadar je.. kasi ada bedak n gincu ..dan skang , tkde dah ..
" Patut la ramai laki time ni berlaku curang .. nikah dua .. huhu.. sbb si isteri selekeh .. " Dia kata kat aku..
Apakah aku mengiyakan ?? Sungguh kejam aku jika mengiyakan.. Aku hanya mampu tersenyum saja .. Nikah dua ? Dalam kepala aku.. Respek ar kat Abe SY .. Camana dia leh handle 4 sekali !! ( kena berguru neh ngan abe Sy neh.. I follow !! )
Muhahah.. acah je la.. Serius aku kata , sorang pon dah cukup .. Cukup laaa sorang neh .. Tak pening ke kalau lebih ? Pergh.. amik contoh time raya nih .. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
" Bangg.. tak kiraaaaaaa...rumah saya !! "
" Rumah dia ??? Berani !!! Kalau nak kena cili mulut tuuu.. buat laa !! "
Terbayang bayang adegan wrestling jika menjadi kenyataan .. Atau ?
" Hurm.. tak pe la bang .. g je la raya rumah Jenab tu.. Ai rela uu.. Demi cinta ku padamu .. "
Oh.. pasti luluh hatiku jika No 2 berkata demikian ( sekadar imaginasi okeh ! )
Hati ku ini amatlah sensitif..tak leh tengok muka perempuan sedih woo.. aku tak sampai hati punya ... huhu..baik kan ? Jadi untuk mengelakkan dari berlaku kejadian kejadian SEMBILU tu, ada baiknya , buang jauh jauh hasrat nak pasang lagi !
Cari pasal kalau buat !
Tu dia ... pantang larang tok nenek zaman berzaman .. bukan senang woooo bila isteri dah mengandung lebih lebih lagi anak sulong.. Tanggungjawab sebagai seorang suami bertambah .. Bukan tambah bini tau !
Banyak kena jaga .. itu tak leh ini tak leh .. Ni awal awal bulan atau disebut trimester .. 3 bulan pertama tu haaa... Nak wat keje berat pon tak leh tau .. Semua suami kena buat ! Jangan mengada ngada kasi dia buat.. kang ada yang teriak lagu dendang perantau nanti !
Nak dijadikan cerita ... Hari tu aku tanya kawan kawan / akak akak , abang abang di FB BEN ASHAARI berkenaan pemakanan... Buah Nenas boleh tak makan ? Maka berduyun-duyun la pendapat .. Majoriti kata tak leh.. OKeh la... Bukan pe , kena hati hati..
Dan tadi , aku dapat biskut raya ...Tat nenas ! Hapa ??? Nenas ? Tak leh kasi wife nih..Bahaya !! Tak leh tak leh !! Tapi kalau dia nak gak ? Camana ?
Aku tanya pada kak ummi zaihadi ( otai blogger masakan ) dan Mat Gebu ( pakar bidan selain masakan ) , boleh tak makan ? Diorng kata , boleh jer !
ARghhh.. boleh pulak ? Bukan ke nenas ?? Sama la tu kan ? Huhuh... Bukan pe , ada satu je dapat.. Kalau wife leh makan , sah sah kena kongsi dua kan.. Ni kalau tak , aku sorang je... hahaha..
Bapak kedekut ! hahahaha...