Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan bangganya melancarkan #MYCYBERSALE , jualan digital online terbesar di negara buat kali kedua. Tahun lepas , #MYCYBERSALE telah berjaya mengutip jualan sebanyak RM67 juta melalui 227 ribu traksaksi. Ini membuktikan #MYCYBERSALE mendapat kepercayaan kaki shopping online !
#MYCYBERSALE bermula pada 28hb September dan akan berakhir pada 2 Oktober 2015. Tahun lepas , jualan online ini cuma diadakan selama 3 hari saja tapi kali ni dilanjutkan selama 5 hari !
Apa yang menariknya sangat dengan #MYCYBERSALE 2015 ni ? Ok.. bayangkan diskaun sehingga 90% menanti korang semua ! Bayangkan produk produk yang ditawarkan nanti adalah idaman selama ini ! Segalanya , cuma dihujung jari korang je ! Belian secara online tanpa perlu berebut beratur.. nak bayar parking dan keluar duit minyak ! Kan ?
#MYCYBERSALE adalah dibawah kelolaan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia ( KKMM ) dan dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK). Ini bermakna segala jualan online adalah disahkan dan ianya dijalankan dengan tanpa ada was was ! Maknanya , boleh shopping tanpa rasa takut ditipu laa kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan lindungi semua maklumat pembeli untuk #MYCYBERSALE2015 ini. Selain itu, SMECorp akan membantu menyelia bagi pihak penjual dari segi keselamatan.
Kali ini , untuk memudahkan mereka yang ingin membeli belah secara online di #MYCYBERSALE boleh memuat turunkan ( download ) aplikasi #MYCYBERSALE samada di Google Play Store atau Apple iStore .
Ada lagi bonus untuk eshopper, lepas dah shopping sakan tu jangan lupa untuk sertai Lucky Draw and Spend & Win Contest untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Samsung A8, wang tunai RM1,000 dan hadiah-hadiah lain yang bernilai sehingga RM 50,000! Cepat register kat www.mycybersale.my sekarang!!
Untuk maklumat lanjut , sila ke :
Website: http://www.mycybersale.my
FB: http://www.facebook.com/DigitalMalaysia
Twitter: http://www.twitter.com/Digital_MY
YouTube: https://www.youtube.com/user/DigitalMalaysia
Tunggu apa lagi ? Ada banyak produk sedang menanti korang ! Ingat , hanya 5 hari saja !!!