Aku pernah buat beratus segmen sebelum ini .. Dah yang terakhir ialah bloglist Aidilfitri sebelum ramai fikir aku 'makan trafik blogger ' baru ..
Walaupun aku malas nak jelaskan tapi tak pe la.. aku jelaskan gak la.. Korang ada nampak entri SEGMEN SOMALIA tu ? Berapa ramai yang join untuk menghebahkan niat baik IRM tu ? Tak ramai join pon.. apatah lagi blogger blogger lama.. takde .. Jadi camana aku nak sebarkan ? Bagaimana aku nak bantu mereka ? Cara yang dapat aku fikir dari dulu sampai sekarang ialah , SEGMEN yang amat mudah tanpa buat sebarang ayat atau cerita... Letak je header .. Dan berapa ramai yang join berbanding SEGMEN SOMALIA tu ?
Dan , berapa ramai blogger lama join ? Bila diorng join segmen ringkas , secara tak langsung mereka akan nampak segmen Somalian tu ..
Sayangyan segmen somalia kurang dapat sambutan ..G la tengok sendiri.. Kalau aku senaraikan , apakah mereka akan join dengan ikhlas ? Pasti mereka join sbb nak trafik .. Kenapa aku suruh letak header ? Sbbnya itu segmen dari BENASHAARI.COM .. sama seperti korang letak gambar ada watermark ..
Bila aku buat segmen mudah , ramai yang nampak segmen kebajikan tu.. Dan ada penambahan malah ramai yang promote di FB mereka dengan cara klik LIKE ..
Ini strategi .. takkan nak perjelaskan semua ni ? Haish... Kalau mereka dok kata segmen aku takde info , meh aku senaraikan segmen aku dulu dulu ..
GEGAR BLOG : Dibuat mengikut kumpulan dan terjahan melalui contest.. Setiap kumpulan satu soalan .. Semua dapat pendedahan blog blog yang join .. Malah ada hadiah lagi .. Selain promosi blog mereka selama 24 jam ..
KAULAH PELITA HATIKU - khas untuk Hari Ibu ..
KALAULAH AKU ITU DIA - Segmen memberi ruang pada rakan rakan mengkritik blog antara satu sama lain dengan lebih berhemah.Tujuan mendidik blogger agar lebih berhemah dalam mengkritik setiap entri ..
AKU BENCI PEROKOK - Tengok tajuk pon tau dah ..
TERIMA KASIH IBU - Tau kan ?
BLOGGER LELAKI VS PEREMPUAN - Santai ..
Dan banyak lagi ... Segmen Puasa .. Aidilfitri... Cuma apa yang berlaku sekarang ialah , mereka nampak segmen akhir akhir ini .. yang mana yang mana lebih pada untuk pancing segmen SOMALIA..
Kita nak blogger baru ni buat entri berkualiti.. maka entri mereka yang bakal terhasil berapa kali seminggu ? Entri isu apa ? Bukankah dengan cara join segmen , kenalkan mereka dengan blogger blogger lain , akan memberi mereka lebih semangat untuk berblog kerena mereka punya ramai rakan blogger yang sama level ?
Tahukah korang 2 tahun dulu sewaktu aku berblog , newbie terlalu pandang tinggi pada OTAI ? Sampaikan mereka nak buat entri pon takut dikritik ? Ada sapa sapa backup mereka waktu tu ?
P/s : Wahai abang tegap .. g bertadarus .. Bawak insafkan diri.. Komen anda sangatlah berbaur irihati .. 'abg taff ' ? Apakah itu ? Tu cara nak didik newbie tinggalkan komen ?