Aku anak nombor dua.. Seringkali merasakan terpinggir disebabkan orang tua aku lebihkan abang dan adik perempuan aku. Itu yang aku rasa selama ini hinggalah aku punya Zahra dalam hidup aku..
Qhaliff , anak sulung dan banyak memberi ‘tuah’ pada aku dalam dunia blog ! itu yang aku rasa.. Sejak kehadirannya , rezeki aku dalam dunia blog bertambah tambah..
Dia membuatkan aku senyum selalu. Terhibur dengan keletahnya..
Tapi bila Zahra muncul.. Aku dapat rasakan dia seperti ‘tercabar’ .. Setiap hari dia berusaha nak mencuri hati aku dengan melakukan pelbagai aksi untuk membuatkan aku ketawa.. seperti mana aku ketawa melihat Zahra melakukan aksi spontannya..
Haih… Sian dia.. Tercabar sungguh dia dengan Zahra. Sememangnya terang terang dia geram dengan Zahra.. Hurmm.. Tapi dia sayang sangat kat adik dia ni..
Sebagai seorang ayah , aku perlu adil dalam membahagikan kasih sayang pada dua orang anak aku ni. Yang pertama , dulu dia dimanjakan dan muncul ke dua , takkan aku nak biarkan dia dan masih lebihkan yang pertama ! Arghhh..
Qhaliff sering mendapat kelebihan.. dia dah besar dan mudah bawa diri tetapi Zahra seorang yang mudah berdikari ! Bila aku tinggalkan dia rumah orang tua aku , dia cool jer.. Kalau Qhaliff , meraung dah nak ikut ! Huhu..
Kalau ikut hati aku.. dua dua aku nak usung tapi masih belum boleh lagi nak bawak Zahra ! Aku kena ajar dia duduk dalam car seat. Qhaliff dulu ok jer.. Zahra tak nak ! Dia berlagak dewasa dan ini membahayakan ! Zahra nak duuduk sendiri ! Nak tak nak , kena tinggalkan dia dengan mak aku dan bawa Qhaliff jer..
Dan di rumah.. Zahra diutamakan oleh aku dan Qhaliff dengan ibunya.. Tapi dia tetap nak ‘aku ‘ ! Dan aku bagi kelonggaran dengan lepak bersama aku hingga awal pagi namun ini tidak sihat sebenarnya bagi dia !
Pening jugak aku.. Kalau ikut hati aku , aku nak ‘resign ‘ dari dunia maya ini dan beri tumpuan sepenuhnya pada mereka berdua ! Tanpa ada sebarang gangguan…
Hurmm..