Wow ! Si Paul Vu buka mata aku tul la ! Mudah benar nak kehilangan barangan berharga rupanya. Tak sangka sama sekali dalam beberapa saat jer rupanya ! Nah.. dalam video ni dia menunjukkan betapa beg travel kita tu rupanya mudah untuk dibuka dengan sebatang pen jer !
Tak perlu pen canggih pun. Dan boleh menutup kembali seolah olah tak pernah dibuka sama sekali. Perghh.. Giler !
Pakai la kunci sebesar gajah sekali pun.. Kelemahan rupanya terletak pada zip tu sendiri ! Nah... apakah beg travel yang sesuai untuk digunakan selepas ini ? Er, takkan nak travel pakai beg macam di bawah ni kot ? Er....hilanglah seri kan ? Hehehehe...
Tak kisah la apa pun beg travel korang nak guna.. yang penting ialah , pastikan tiada barangan berharga diletakkan di dalam beg tu ! Maksud aku... sila usung bersama ke mana saja. Kalau tak.. memang akan tepuk dahi la jawabnya. Diorang yang kaki tibai ni , memang dah cukup power dah ! Leh bau kat mana ada barangan berharga... huhuh..
Selamat berkembara... Er, bila eh ? Heheh... dua tahun lagi la kot ? Kasi settle Covid 19 ni dulu.. huhu..