Boleh ke kita 'tarik' sakit perut anak kita ? - BEN ASHAARI

Boleh ke kita 'tarik' sakit perut anak kita ?

Jam 11 malam.. Aariz yang tidur lena , tiba tiba terbangun tidurnya. Kemudian mula tak tenang duduk dia. Wife bagitau aku yang Aariz seolah kembung perut. Aku kasi minyak urut. Suruh dia urut anak betis , belakang badan dan perutnya. Tapi takda apa apa kesan pun.. 

Kemudian aku dukung Aariz.  Sambil tu pegang perut dia. Agak kembung sedikit.. Terus aku amik minyak urut dan urut badan dia.  Baru je pegang perut dia , aku dah 'keluar' angin bertalu talu. Aduh... Aku teruskan urut.. 

5 minit kemudian , dia ceria. Mula bermain dengan kakak dia. Jam 2 pagi baru nak tidur. Dan selepas semua dah tidur , aku rasa lain macam lak kat perut aku ! Kembung ??? Aku tekan tekan perut aku. Aduh , memang angin ! 

Dan mula rasa nak membuang ! Dari jam 3 pagi tu hingga jam 6 pagi aku dok keluar masuk. Selepas solat subuh , barulah selesai segalanya. Barulah aku dapat tidur dengan tenang. Kalau tidak , dok terbaring atas katil dengan tuala mandi ! Tak larat nak tanggalkan kain dah ketika tu ! Huhuhu.. 

Terasa lega sungguh. Jika Aariz masih kembung , aku rasa mau satu famili tak dapat tidur ! Hurmm.. Yelah, budak kan.. bila sakit , tak leh nak buat apa pun. Dok melepek je ngan kita. 

Bangun tidur.. Aariz ceria jer.. Terus bagitau mak dia , " Tak sakit perut dah.. ". Wife bagitau kat aku. Aku sengih... perut tiba tiba memulas lagi ! Aduh...

Muka ceria. Tak sakit perut katanya.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah, lega mendengarnya. Nasib baiklah daddy dia pandai tarik.Ehehe.Aben banyak angin kalo mcm tu. Angin pada org lain hinggap kt aben

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.