Selfie stick yang cukup cool di Lazada

by - Khamis, April 16, 2020

Aku tertinggal banyak gajet aku di rumah. Yang penting penting je aku sempat bawak. Selfie stick untuk aku buat kerja. terlupa. Hehehe.. Nak tak nak , aku kena beli baru. Dan proses mencari tu bukan mudah. Terlalu banyak ada pilihan di Lazada. Aku tak gemar beli di Shopee.. Heheee.. Bukan tak percaya tapi tak pernah lagi. Wife aku suka beli kat Shopee.. 

Ok.. cari punya cari... jumpa la satu ni ! Aku perjudikan nasib jer masa pilih jenis ni. Dan tungggulah beberapa hari untuk sampai ke rumah mertua aku ni. Aku pilih local seller jer. Malas nak amik yang dari China. Beruban janggut nak tunggu. Hahaha..

Dan akhirnya sampai. Oh ya.. harga dia dalam RM70+ jer. Harga asal , RM100++. Katanya la. Tapi aku tak percaya sebab aku dah biasa dengan Lazada ni. Hehehe.. Tulis harga asal memang gempak walhal.. 

Akhirnya.. sampai ! Tak sabar nak bukak... Cara bungkusan dan kotak dia , cun la. Nampak ekslusif. Ternyata pembelian aku berbaloi ! Barang dia memang puashati la. Tak seperti selfie stick yang aku ada sebelum ni. Kebanyakkan tak tahan lama...

Material dia , aku suka la. Berat dan stabil bila kakinya di pasang. Cuma di permukaan tak rata tu , aku tak try lagi la.. Hehehe.. 

Yang penting tu..bracket dia ! Haaa.. bukan jenis yang biasa tu ! Haaa.. tau kan ?






Kalau nak tengok video camana nak guna , sila klik SINI. Apa nama dia ?  Nak beli ? Eh.. mana boleh.. biarlah aku je ada ! Hahahaha.. Barulah rare.. ni ramai ada kang , tak best ar ! Hahahaha.. kan kan ? 

Lalalalaa... 

You May Also Like

0 comments