Isu Rohingya dan Ustaz Ebit Liew membuatkan rakyat Malaysia tak senang duduk !

by - Sabtu, April 25, 2020

Panas lak Malaysia kebelakangan ni. Rasanya Covid 19 pun takut nak singgah kat diorang yang tengah mendidih kepanasan dek amarah yang amat sangat terhadap dua isu besar ni. Korang panas tak ? Yang mana satu ? Heee... Dua dua ? Atau satu je ? 

Aku tak nak kupas sangat dua dua isu ni sebab aku tak terlibat sangat dengan kedua dua isu ni tapi aku memahami sangat sebab aku juga rakyat Malaysia terutamanya sekali bila melibatkan masa depan negara. 

Ok..mula mula pasal Rohingya. Sejujurnya bagi aku la kan.. aku mula menyampah bila warga asing mula bermaharajalela di pusat bandar Kuala Lumpur. Bayangkan Sinar Kota atau area Mydin tu.. ala , dekat Jalan Silang tu laa.. aku tak tau apa nama atau bangunan di situ sekarang tapi kali terakhir aku lalu.. aku geleng kepala ! Menakutkan ! Bayangkan perempuan warga tempatan camana punya rasa takut bila berada kat kawasan situ ?

Gambar dari Libur pada tahun 2019

Tahu kan Jalan Silang tu adalah umpama kawasan tengah Kuala Lumpur. Sekarang , aku tak tau la. Tapi pastinya bukan KLCC sebab KLCC pun , hujung minggu atau cuti umum akan dipenuhi juga oleh puak puak gini ! Itu baru Kuala Lumpur. Di negeri negeri lain , pun ada cerita mereka tersendiri. Dah macam macam cerita viral di media sosial.

Alhamdulillah.. Covid 19 bukan saja 'kasi bersih' segala penyakit manusia tetapi mereka yang pendatang ni pun boleh dibersihkan sama sekali. Dan pastinya , selepas ini , pengkhianat yang membawa masuk mereka ni secara haram jika dapat ditangkap, dijatuhkan hukuman seberat beratnya.  

Berkenaan Ustaz Ebit Liew... Hurm..Sejujurnya aku amat kagum dengan kesungguhan beliau. Tak kira la apa sekali pun isunya , dia memang cepat mengambil tindakan. Bagus la kan ? Cuma semalam beliau ada meluahkan rasa yang mana dia akan melakukan kerja amal dari rumahnya saja dek kerana terdapat aduan polis terhadapnya. Menurut berita tu la... Tapi hari ni.... 


Pastinya akan ada yang kurang puashati. Maklumlah , NGO ada banyak di negara ni tapi kenapa dia je dapat pelepasan ? Heee.... 

Kalau tanya pendapat aku la kan... Nak buat amal ni bagus.. tapi kita kena faham gak la.. Nak masuk tempat orang, kena cari tuan tanah dulu. Kena tanya cerita sebenar. Takut takut nanti , dikatakan tuan tanah tak beri bantuan dan sebagainya. 

Kalau korang rajin membaca komen komen netizen yang peka dengan isu sosial di Facebook ni, bila ada kes kes kemiskinan , terus jari tu di tuding kepada Lembaga Zakat atau Pusat Zakat ! Tak buat kerja ke ? Makan gaji buta ke ? Dan yang kedua.... akan ada mulut mulut bersuara... lebih baik bagi zakat terus pada fakir fakir ni... Dah pulak macam tu ! Hurmm... 

Sebaiknya la pendapat aku... mereka yang nak berurusan melibatkan kebajikan masyarakat ni.. pastikan terlebih dahulu dapatkan keizinan.  Untuk elak isu isu yang macam ari tu la. Dan untuk pengetahuan korang , team aku , Kelab Blogger Ben Ashaari pun ada memberikan sumbangan pada Ustaz Ebit Liew dan juga NGO NGO lain. Yer , kami pastikan mereka berdaftar. Yang tak berdaftar ni banyak gak tapi ada kes kes menipu berlaku. Tu satu hal lagi ! Hurmm.. 

Yer.. aku tau.. masalah birokrasi ! Susah nak dapat bantuan. Banyak songeh. Kena isi borang sana sini. Adoi ! Tapi tahukah korang ? Bila dah isi borang tu.. jika dia layak dapat, maka dia akan dapat pelbagai bantuan yang sesuai untuknya. Jika ada anak yang masih sekolah , mungkin dapat bantuan persekolahan ... bantuan raya dan sebagainya. Bukanlah sekali tu je dapat bantuan ! Kan ? Mula mula jer... untuk pastikan dia benar benar layak.  Karenah politik ? Dapatkan bukti.. kasi viral ! Nah... baru sedap bantai kan ? 

Kita Jaga Kita ! Besar maksudnya tu... 

Ok... . Meh baca coretan yang viral di FB ni .. Apa pendapat korang ? 



PKP : BUAT BAIK BERPADA PADA

1.Sehari dua ini,netizen berbincang hangat tentang ustaz terkenal yang aktif menjalankan aktiviti mengagihkan bantuan kepada frontliners dan golongan yang memerlukan.

2.Apa yang dilakukan oleh beliau tanpa diragui adalah sesuatu yang baik dan mulia.Namun ada aspek tertentu yang wajar diperhalusi agar tidak menimbulkan fitnah dan pertikaian di kalangan masyarakat awam yang sedang berjuang dengan cara masing-masing bagi memastikan rantaian Covid 19 berjaya diputuskan secara total di negara kita.

3.Pertikaian hangat mula tercetus apabila kunjungan beliau untuk membantu satu keluarga di Kedah yg dikatakan terbiar susah sekian lama menyebabkan netizen mengecam dan mengkritik agensi berkaitan yg dituduh sebagai "tak buat kerja" dan seumpamanya. Malah penduduk sekitar dan qaryah masjid turut menjadi bahan kecaman netizen.

4.Wakil agensi berkenaan telah tampil membuat penjelasan membetulkan persepsi bahawa keluarga berkenaan tidak pernah dibantu. Keluarga berkenaan rupanya memang penerima bantuan sejak sekian malah rumah baru juga telah ditawarkan namun ditolak atas alasan tersendiri.Pihak penduduk dan qaryah masjid juga turut membuat penjelasan tentang bantuan yg telah dihulurkan sebelumnya. Malangnya tak semua penjelasan ini berjaya sampai kepada netizen dan kecaman serta fitnah masih terus berlaku.

5. Pada masa yang sama, terdapat juga netizen yang mengecam ustaz berkenaan yg dikatakan gila glamour, riak dan seumpamanya. Ia ditambah pula dengan dakwaan yang dilemparkan oleh seorang lagi ustaz yang mempertikaikan sumbangan orang ramai yang dikutip sama ada digunakan pada jalan yang betul atau diselewengkan untuk kemewahan diri.

6. Satu lagi isu yang timbul dan menjadi pertikaian adalah bagaimana ustaz ini dilihat bebas ke sana ke mari memberi bantuan sehingga merentas negeri di saat NGO lain tidak dibenarkan menyampaikan bantuan secara terus kepada kumpulan sasar sebaliknya menyampaikan bantuan tersebut menerusi JKM. Arahan ini sangat jelas disebut dalam sidang media di fasa awal PKP oleh Menteri Kanan Keselamatan yang mewakili MKN.

7. Jadi siapakah yang memberi kebenaran kepada beliau untuk bergerak sedemikian? Adakah berlaku salah guna kuasa atau layanan istimewa dalam isu ini. Jika ianya memang dibolehkan, apakah faktor yang membolehkannya dan bolehkah NGO lain juga memohon untuk berbuat demikian? Jelas sekali ini boleh menimbulkan keraguan dan fitnah pula kepada pihak keselamatan kita di kalangan masyarakat.

8. Bagi saya ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari daripada insiden ini bagi mengelakkan ianya berulang. Perkara paling pokok yang harus kita pegang adalah, "Usaha yang baik dan mulia jika tidak dilakukan dengan strategi yang betul dan disusun dengan teliti tetap boleh menimbulkan fitnah yang dahsyat serta menenggelamkan tujuan asal usaha tersebut."

9.Dalam kes ini, sekurang-sekurang ada 2 fitnah yang timbul secara langsung daripada usaha bantuan yang digerakkan.Pertama fitnah terhadap agensi berkaitan dan penduduk sekitar yang dikatakan tidak membantu keluarga yang dibantu.Kedua fitnah terhadap pasukan keselamatan tentang tanggapan "pilih kasih" atau penyelewengan terhadap kebenaran pergerakan membabitkan NGO dalam tempoh PKP ini.

10. Alangkah baiknya jika Ustaz berkenaan membuat sedikit semakan dengan agensi berkaitan atau pemimpin setempat sebelum bertindak.Inilah sebenarnya antara SOP yang dibuat oleh agensi seperti lembaga zakat demi memastikan kes yang diterima memang genuine sekaligus dapat mengenalpasti bantuan yang sesuai. Adat kita orang Melayu juga amat mementingkan soal "memberi salam" apabila masuk ke wilayah lain. Ia bukan sahaja sebagai tanda hormat tetapi juga memastikan kita tidak tersilap langkah dalam bertindak dalam wilayah yang baru dijejaki.

12.Hari ini saya ada terbaca di fb ustaz berkenaan yang menjelaskan bahawa beliau telah dipanggil ke Bukit Aman dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan ativiti sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Ini bermakna aktiviti bantuan selepas ini hanya boleh dibuat dengan SOP yang sama sepertimana dikenakan ke atas NGO lain oleh MKN. Saya kira ini adalah langkah terbaik untuk meredakan keadaan dan menzahirkan prinsip Rule of Law sebagaimana yang sepatutnya.

13. Ustaz berkenaan tak perlu berasa kecewa kerana beliau masih boleh berbakti dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan walaupun tanpa menyerahakan bantuan sendiri kepada kumpulan sasar. Beliau boleh mencontohi rakan-rakan NGO lain yang tetap istiqamah menggerakkan usaha bantuan walaupun ianya disampaikan oleh pihak JKM kepada kumpulan sasar.

14. Saya juga ingin menyeru kepada ahli keluarga para VIP atau ahli-ahli politik untuk turut sama menghormati PKP yang dijalankan. Jagalah air muka ayah atau ibu anda mahupun anak-anak buah anda yang pening kepala memerah idea menjustifikasi perbuatan anda.Kita harus ingat PKP takkan berkesan tanpa kerjasama semua pihak baik dari "kayangan sehinggalah ke bumi".

15.Insiden ini juga mengingatkan saya kepada pepatah melayu, "Buat Baik Berpada Pada, Buat Jahat Jangan Sekali"..Cuma insiden ini memberi sisi baru kepada tafsiran frasa "Buat Baik Berpada Pada". Selalunya kita menafsir ia sebagai kita jangan terlalu baik sampai orang lain memijak kepala kita. Namun dalam kes ini, kita boleh tafsirkan sebagai kita jangan terlalu baik sehingga menimbulkan kesusahan kepada orang lain tanpa kita sedari.

16.Marilah kita berdoa agar kita dapat memenangi peperangan menentang Covid 19 ini dengan segera. Kita perlu bersatu bukan sahaja pada kefahaman tetapi juga pada tindakan.

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH

Razin Mestica
1 Ramadhan 1441 





You May Also Like

1 comments

  1. macam2 tanggapan..smoga apa yg ustaz ebit usahakan , niatnya dibalas oleh Allah..aamiin

    BalasPadam