Kenapa Harum Manis mahal harganya ?
Dulu , aku tak hairan pun dengan Harum Manis ni. Bagi aku , sama je dengan buah mangga yang lain. Tu zaman reti makan asal kenyang dan teruskan kehidupan. Tapi sejak sejak berumur matang ni, selera tu lain macam. Macam makan durian la.. Buah durian sama je ! Bagi yang jenis makan je reti tapi bagi kaki makan , buah durian ni haa... ada pelbagai rasa ! Tu lain cerita.. sekarang cerita pasal Harum Manis.
Aku jarang nak makan Harum Manis. Aku bukanlah penggemar buah mangga tapi kalau ada depan mata , 1 minit je selesai semua ! Kena lak yang jenis berlemak. Perghh... Sejuk atau tidak , bagi aku sama je ! Ke ada beza ? Huhu..
Ok... ni persoalan yang sering aku dapat mengenai Harum Manis. Kenapa mahal sangat weh ?? Hurmm... Mau kena paham.. Harum Manis ni tak sama macam buah mangga yang biasa tu. Nak bela dia bukan main tanam pastu biar je.. No no no !
Penjagaannya agak rumit, dari segi racun pada awal musim bunga, ketika putik dan vitamin bagi suburkan buah. Apabila musim kemarau, petani perlu siram pokok lagi, setiap hari. Kemudiannya buah perlu dibalut apabila buah berdiameter 5 cm, dan akan matang selepas dua bulan untuk dituai. Harganya mahal kerana pengeluaran tidak mampu menampung permintaan yang tinggi setiap musim. Di samping itu, penjagaan pokok harumanis juga agak cerewet kerana mudah diserang serangga dan penyakit yang akan menjejaskan kualiti buah. Secara ringkasnya la..
Dikatakan , sedap atau enak buah harum nanis bukannya pada warna kulit, tetapi adalah isinya. Nah... Yang membezakan warna kulit adalah cara balutnya. Kertas apa yang mereka guna! Kalau brown beg, buah akan kuning. Sedangkan hijau adalah warna asalnya.
Maka.... mahal atau murah , bergantung pada kita la. Kalau rasa mahal , jangan beli la kan ? Pastu janganlah sentap nak viralkan lak ! Haa..
Jom order sekarang ! Sementara ada lagi stok...
019 3955120 ( Nasaruddin )
9 comments
Mmg sedap. Penah la buat kerja gila pecut dr Ipoh ke Perlis untuk dapatkan buat Harumanis ni.
BalasPadamyes harusmanis sedap - waktu tengah musim hari-hari saya dan keluarga makan. Ayah tanam kat rumah
BalasPadamall time favourite ni..tapi tak all time dapat beli haha
BalasPadamkami org perlis pun makan yg reject je, yg gred A semua jual.
BalasPadamHarga tak masuk akal
BalasPadamkos a to z mahal. hg tanah 1 ekar rm 180 000,blh tnm 50 pokok sj. kos bersih tanah, kos anak pokok rm 18 sepokok, upah tanam, kos campuaran tanah nk buh dalam lubang, upah korek lubang, upah pasang pancang buluh, kos mesin rumput setiap bulan, kos baja 3x setahun, kos meracun setiap kali keluar pucuk baru, vitamin, hormon, pembalut dan upah balut, upah orang tunggu kebun bila buah matang....4 tahun belanja br dapat hasil....brapa smua tu...sama2 fikir bukan macam tanam kelapa blh biar mcm tu..
PadamBenar seperti yang dikatakan, buah harum manis boleh dkatakan sebagai mangga yang agak manja dan perlu penjagaan yang rapi. Jika nak harga murah boleh dan ada caranya, beli anak pokok, tanam sendiri sebelah rumah. Jangan buat kebun tanam banyak pokok nanti letih nak menjaganya sampai kena upah orang (saya sendiri terpaksa upah baru ada 140 pokok).
PadamBenar seperti yang dikatakan, buah harum manis boleh dkatakan sebagai mangga yang agak manja dan perlu penjagaan yang rapi. Jika nak harga murah boleh dan ada caranya, beli anak pokok, tanam sendiri sebelah rumah. Jangan buat kebun tanam banyak pokok nanti letih nak menjaganya sampai kena upah orang (saya sendiri terpaksa upah baru ada 140 pokok).
PadamSetiap tahun saya akan beli Harum Manis. Kena cepat kalau tak memang habis stok. Huhuhu
BalasPadam