Netizen lancar petisyen desak Dr.Noraini Ahmad letak jawatan.

by - Khamis, April 09, 2020

Hurm... bila aku nampak video Tik Tok yang di tweet dari Menteri Pengajian Tinggi ni , Dr. Noraini Ahmad.. aku rasa cam.. Haih , takkan ni level Menteri kot ? Di kala Malaysia dok berserabut dengan virus... dia cadang suh buat video Tik Tok ? Aduh..

Sejujurnya aku tak kisah pun bab pertandingan video ni tapi bila mana dia sendiri buat video tu... aduh , apa dah jadi ? Nak kembalikan era Menteri Menteri BN ke ???  Yakni menjilat PM ? Kreatif la skit ! Bikin satu video yang UMPH skit... tu jika nak student IPT terlibat laa.. Tak nak heavy sangat.  Santai tapi bermanfaat yang mana seisi keluarga boleh tonton. Bukan video tergedik dan terkinja kinja ! Tak sesuai dengan budaya kita yang mana semakin ramai dah terpengaruh ! 





Kan dah lancar dah ! Tapi bukan boleh buat apa pun kan ? Cuma dari sini akan nampak la kesannya seperti yang kena pada Vivy tu hari..

Cadangan aku... bikin video ok tapi biarlah bertajuk. Janganlah bebas tapi jadi yang bukan bukan . Sapa nak bertanggungjawab ?? Bila video tu dah diupload , kan dah bermasalah ! Hurm.. Atau boleh jer bikin satu contest berilmiah tanpa perlu ada penglibatan berkumpulan. Maklumlah , kena jarakkan buat masa ni kan  ? 

Buat menteri menteri segera yang lain ni , hati hati la yer ! Yang Malaysia perlukan ketika ini cumalah PERDANA MENTERI jer.. Yang lain tu sekadar panaskan bangku simpanan jer. Tak perlu nak tunjuk hero buat masa ni.. Biar 'mereka' yang terlibat je buat kerja menentang musuh. 

Contohi Menteri Agama yang makin bijak dekati masyarakat. 

You May Also Like

2 comments

  1. Sebenarnya bukan nak marah sbb guna medium TikTok tp sebab influencer tu mcm tak sesuai. huhu Sekurangnya ambillah yg layak dan senonoh sikit

    BalasPadam