BEN ASHAARI



Penah tak korang buat sesuatu yang boleh dikatergorikan perbuatan bodoh yang tak disengajakan ?

Aku rasa perlakuan ini berlaku disebabkan otak dan perbuatan tak seiring...Otak pk lain tapi respon buat lain ...Korang paham tak ? Hehe..ini selalu terjadi kat aku ...Aku tak tau la apa yang aku pkkan sebenarnya tetapi lain aku nak buat , lain lak jadinya...

Contoh satu ek...ni bila aku nak bancuh 3 in 1 milo ek....aku koyakkan bahagian atas tu..patutnya aku tuangkan milo tu dalam bekas air tetapi berlaku sebaliknya...aku g tuangkan dalam tong sampah dan plastik tu aku masukkan dalam bekas air !!! Bukan sekali dua ...adoiii...aku tk tau laaa apa aku pk...nasib baik aku sedar sebelum berlaku ...huhu..

Tu baru satu...yang ni lak...aku g dan balik kerja selalunya naik ERL...tiket ERL dan tiket LRT berbeza..dalam kocek suar aku ada 2 jenis tiket dan 1 kad ..Ada sekali tu , dekat kaunter masuk ERL , aku masukkan tiket , pastu tulis error...huh..aku tensen la..nak cepat jadi lambat...sekali pengawal datang ..dia tengok tiket aku..."Bang , kad ni tak boleh pakai .." Aku tengok..hahaha...bangang tul....mmg tak leh pakai..aku guna kad LRT !!

Yang ni lak lagi best...aku nak masak maggie...cam biasa la kan..tapi bukan maggie goreng...nak cepat punya pasal....seperti biasa , aku koyakkan pembungkusnya....lalu aku masukkan pembungkus ke dalam periuk kecik dan maggie tu aku buang dalam tong sampah ! ...

Apa yang aku pk pun tak tau laa...semak n berserabut kot otak aku ni..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Zaman kanak kanak aku sangat meriah..Penuh dengan aktiviti aktiviti lasak..Cukup dengan berbekalkan kegeniusan aku , maka berjenis jenis permainan akan dicipta..Tapi yang aku nak cerita ni satu permainan tradisi...MAIN NYOROK NYOROK ..Tapi sebelum itu...aku nak cerita dulu latar belakang kawasan perumahan berhantu aku ni ....

Kawasan perumahan aku dulu tu bekas lombong yang mana terdengar kedongengan purbakala bahawa lombong tersebut telah banyak makan nyawa...Masa mula mula pindah sini dulu pun mmg nampak evil la...

Aku duduk kawasan flat je ...Depan umah aku tu ada hutan belukar..Mmg menyeramkan la..Kalau lepas maghrib tu , sah sah terus masuk umah..Jgn mimpi la nak main kat luar tu..Manakala belakang rumah aku tu lak , ada padang bola dan sebuah bukit kecil .

Aku cukup pelik kalau lalu belakang umah aku tu padahal cuma ada padang bola ..Pelbagai cerita dikaitkan dengan kawasan belakang rumah aku tu antaranya jiran aku pernah ternampak di puncak bukit kecil tu ada budak budak kecil berkepala botak bermain . Tidak berpakaian pulak tu..Menurut jiran aku tu , budak budak tu berlari seolah olah mengelilingi sesuatu.Diamatinya , keranda ! Pada mulanya dia ingat mungkin anak anak jiran blok bersebelahan tetapi bila dia tengok jam , atas tengah malam ....pelik la pulak kan ..tapi dia wat selamba kerana dia dah biasa lalui semua itu..Dia seorang nahkoda kapal..Menurutnya lebih dasyat dari tu pun dia penah jumpa...

Pernah satu ketika , kawan aku yang juga jiran aku menyeberangi kawasan padang tersebut pada waktu malam..kira kira waktu maghrib ...Menurutnya dia dari blok berhampiran nak pulang ke rumahnya..Malam itu dia meracau tak tentu hala..Mukanya mula berbintik bintik merah..Dibawanya ke klinik , doktok tidak dapat mengenalpasti penyakitnya ..Bukan demam campak ... Lalu dibawa berjumpa bomoh .. Bomoh memberitahu bahawa dia terkena kencing pontianak sewaktu melintas kawasannya itu ! Huh...

Mmg penah dengar kewujudan cerita pontianak tu sebab kat blok aku tu ada orang mati mengandung .. Kira kira lepas kematian wanita tu , tangga yang berhampiran dengan rumah arwah tu , seringkali orang terjumpa macam macam.. Ada sekali tu , sorang makcik ni balik dari masjid..Agak lewat juga kerana dia singgah di satu tempat .. Rumahnya pula nun di tingkat 4 .. Sedang dia menaiki tangga .. dia terdengar ada benda berguling guling dari atas... Dia tak syak apa apa pun .. Terus dia menaiki tangga.. Rupa-rupanya , hantu bungkus ...bayangkan la dari atas 'benda' tu berguling sampai depan dia !!! Pengsan terus makcik tu ...Dengar cerita sejak tu dia tak berani dah balik lewat malam..

Berbalik pada permainan nyorok nyorok ni ...Satu hari tu , kitorng asyik punya main laaa....Dari petang tu sampai ke maghrib..Biasanya dengar je azan kitorang terus berenti main...Ari tu terlajak skit jee...Bila kitorang semua dah berenti , kitaorg pastikan semua orang dah keluar dari tempat persembunyian..Cuma seorang je tak de ! .. Kitorang ingat dia dah balik rumah terus..Tak kisah la....Kitorang balik je la rumah..Malam tu , mak dia datang rumah..tanya ada nampak tak anak dia ...Aku terpinga pinga la..Aku kata tak tau ...

Malam tu jugak , mak dia panggil bomoh..sejam gak mencari..last last jumpa kat bawah pokok pisang...tertido kat situ...Menurut bomoh tu , dia disorok dek hantu tetek ... Menurut kawan aku yang kena sorok tu , seingat dia ..dia dioffer mee goreng ...hehehe..korang pk la sendiri apa menda tu !!

Sejak tu , mmg kitorang akan berenti main sebelum maghrib dan takkan main waktu tengahari..hehehe...macam macam pantang ada ..Atok nenek anak cucu tumpang main...huhu..

Ada banyak lagi cerita yang terjadi kat kawasan aku tu ..tapi memandangkan aku ni admin dan aku tengah lapar , ada baiknya aku turun g makan dulu...cerita best best pon bukan aku leh menang..hahahahha..sekadar nak join da club..hehehe....
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Hehe..cam gempak je kan...tapi ni la realitinya ..aku tak sangka lak semua ' budak budak ' nakal SMDL kembali bersatu dalam group di FACEBOOK...Sorang sorang menjelma ...Kalau pakat semua 'seta-setan' kecil dah ada , bleh la buat reunion ...kasi pecah semua usus usus yang ada ...

Tengahari tadi aku ke Sg.Buloh ..umah adik ipar aku...Otw balik tu , aku lalu Kg. Pandan ..Lari dari kesesakkan kat MRR2 ....Kebetulan lalu depan sekolah lama aku ni...Maka aku berhenti seketika untuk amik gambar kenangan ..Sebab ada sorang kawan aku ni tanya apa dah jadi dengan gerai nyonya tempat diorng selalu port..beli rokok 'bukak ' dengan melantak air paip serta buah yang kebersihannya tak terjamin langsung..hahahha....

Sebelum tu , aku nak flashback gambar kenangan..hehehe..ni la geng geng budak nakal dulu ..
klik >> sini ... Skang ni yang ada dalam group SMDL 1989 - 1993 baru ada 38 orang....ramai lagi ada tapi stok tak main internet neh...Tak pe ..akan dimaklumkan sorang sorang nanti...huhu ..

Wahai 'setan-setan ' kecil SMDL ...cuba korang perhatikan ....ini adalah gambar sekarang..cuma ingat kembali detik detik kemasyuran kawasan ini ..heheh

Tu kuil fofular kat kawasan ni ..

Kalau tak silap aku ...aku pun tak ingat dah apa ada kat sini dulu...haaa..aku ingt dah...ni semua hutan belukar..port budak ponteng...lorong kecik sebelah kiri tu je yang wujud sampai skang..hehe...tu laaa tempat aku berjalan kaki ke sekolah 'giler' tu....Skang dah tak besh..dengar skang melayu dah kurang kat sini..hurmm...Zaman kemasyuran Sultan Mansor Syah dah berlalu..huhu

Haaa..ni la port korang dulu..gerai nyonya tu..dah tinggal kenangan...hanya tapak...dulu punya hutan rimba port korang menghisap rokok dan mengidu gam dah ditebas ...hahahah....baekk punya...nasib baik aku tak join korang...hahahha

Ok la..cukup la cerita tu ...Apa kata kita buat reunion kat Taman Eco apa kejadahnya tu ..ala kat Hulu Langat..siap bleh buat game tu kat sana...boleh la kita main sekeh sekeh cam dulu...huhu...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Bila usia menjengah diri ,
sedar tak sedar ,
semakin mendekati kubur ,
Mati itu pasti ..

Aku terlalu asyik ,
dengan dunia ini ,
serasa tidak mungkin mati ,
Senyum ketawa kegembiraan ..

Bila di cerminkan diri ,
apakah amal ku ?
berapa beratka dosa ku ?
apakah yang akan aku bawak ke sana nanti ?
siapakah yang bakal mendoakan aku tatkala bila aku tiada nanti ?

Aku terfikir ,
Adakah merekakah yang selama ini bergelak ketawa bersama ,
Atau mereka yang aku sanjungi selama ini .
Pemimpin , pasukan bola dan juga artis artis pujaan ku ,
Yang akan sedekahkan al-fatihah pada ku ?

Renungi diri ini ,
apa yang akan aku tinggalkan sebagai sedekah ku ,
nak ku bina masjid ? nak ku bina surau ?
aku tidak mampu semua itu...

Hanya satu ...
Aku harap biarlah ini sebagai satu sedekah ku pada mereka ,
Biarlah ini ku abadikan di dalam lubuk hati mereka ,
agar mereka senantiasa beringat ,
Mereka menghampiri kematian disaat saat mereka dilahirkan ..

Sedarlah sahabat sahabat ku...
Kita hidup bukan untuk hari ini...
Kita hidup untuk di sana nanti..
Bawalah bekal semampu boleh...
Agar berdiri di dalam kelompok mereka terpilih ....

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Aku penah hidup susah walaupun aku ada keluarga...aku penah rasa tak berduit...tak bekerja...dan paling teruk sekali aku pernah rasa terhina...seumpama aku ini sampah dimata 'mereka' ...

Aku tau..ramai yang hidup melarat ..lebih teruk dari aku...aku tau semua tu...tapi aku merasa apa yang mereka rasa ...aku rasa apa yang aku rasa dan aku nak korang tau apa yang aku rasa...dan berharap satu hari nanti bila sampai masa korang pulak , korang dah bersedia...

Tapi setiap pengalaman aku rasakan tu , sangat-sangat bermakna bagi aku...dan aku bersyukur padaNya memberikan pengalaman itu pada aku..Baru aku sedar betapa susahnya kehidupan ini yang mana sebelum ini , hanya perlu meminta pada ibubapa..bila tiba masanya...tau betapa peritnya bila memberi dari meminta...

Dari menganggur beberapa tahun , kemudian dapat kerja , gaji tak seberapa..tolak sana sini ..cukup makan untuk seminggu...nak keje ada 3 minggu...tengok kawan-kawan bermewah sana sini...beli itu ini...aku ? telan air liur je ..sebelum aku menganggur , pekerjaan aku dah tip top...masa tu , aku tak beringat langsung ! seolah aku kerja tu sampai mati !! ...ermm..

Bila kita diatas , ramai terlupa ketika di bawah ...bagi aku ...bila kat bawah ni , menyedarkan kita betapa agungnya kuasa Allah...betapa Allah senantiasa mendengar doa kita ...sesusah susah kita , ramai lagi yang lebih susah dari kita..

Penah aku menangis ... menangis sebenar-benar menangis...memohon belas dari Allah..agar aku dimurahkan rezeki..ketika itu aku mmg tak tahan lagi melihat pandangan sinis dari orang...bukan aku tak cari kerja..puas belek paper..tanya kawan-kawan..ermm..

Alhamdulillah...ada seorang kawan menanyakan pada aku...aku berminat tak nak jd guru sementara..gaji tak la lumayan mana pun...aku nak ! walaupun aku pening nak pk , boleh ke aku nak mengajar tanpa ilmu ni..ermmm....alhamdulillah...interview ngan GB lepas...so aku diterima ...ermmm...

Kerjaya sebagai guru ni , 2 tahun aku nampak...ada yang jujur nak jadi pendidik dan ada sekadar 'asal ada kerja' ...ermmm..kecewa aku gak ....paling teruk...politik ! antara guru nak jatuh sesama sendiri...mmg kat tempat lain pun ada , tapi ! ni GURU !! ada ilmu didada...bagi nasihat kat anak murid , tak hengat...tapi diri sendiri ? ermm..ok ..ni bukan topik aku nak cerita ..

Gaji aku sebagai guru sandaran ni ...langsung tak cukup....jauh berkali ganda gaji aku semasa aku keje dulu..mmg jgn dibandingkan ..tau sangat..tapi aku nak bagitau bahawa , dengan gaji inilah aku hidup berjimat cermat..dengan gaji ini jugak la aku still ulur kat mak bapak aku walaupun pada tengah bulan kena pinjam semula..

Pada masa yang sama , member aku ada cadang kat aku..buat bisnis kat pasar malam memandangkan kitorng mengajar sampai kul 6 lebeh je...jual ringtone...member aku tu offer kat aku sebab aku berpengetahuan bab it ni..so , aku terima la...

Meniaga kat pasar malam ?? perghh..tak terpikir aku sebelum ni...malu memula gak..segan ...tapi bila dah ramai orang datang...dah ilang segan ..tapi bila bab $$ , ok la..dapat gak duit belanja ari ari....disamping duit aku g gym...camana pun , aku tetap g gym...lama dah tu...bayangkan sekarang ni aku dah masuk 8-9 tahun g gym..tempat yang sama...haaa..Apa pun aku amat berterima kasih kepada sahabat aku tersebut..Kalau tak kerana dia , aku tak mungkin mengerti kesusahan seorang peniaga pasar malam..

Aku sedar ...nak cari duit bukannya mudah..susah..kesedaran tu membuatkan aku , bila ada duit , jgn la kita kedekut..kita boleh keluarkan duit untuk membeli sesuatu yang mewah....tapi bila kita nak bersedekah ? kita berkira ? atau paling tidak pun , bila nak bersedekah , kena ada publisti...kena ada wartawan...ermm...entahlah ...

Aku teringat...dua tahun lepas...sewaktu bulan ramadhan...ketika tu , aku mmg nazak la...duit ada dalam rm50 jek...duit tu pun aku dapat dari claim apa tah..tak ingat...kira aku pk lepas la untuk minggu tu...untuk g gym n tambang harian...

Otw balik tu , ada satu orang ni tegur aku...secara baik..pakaian kemas...muka ala ala prof gitu..hahaha....dia tanya aku samada aku keje kat sini ke tak ? aku jawab ye...sebenarnya aku tau dah apa dia nak..tapi aku aku nak dengar dulu..

Dia kata dia mengajar di salah sebuah kolej dia sekitar Cheras...ditunjukan pas mengajar dia kat aku..pastu dia cita la..dia datang kat pwtc tu ngan tunang dia...dia dok kat Shah Alam..tah macam mana , diorng bertengkar...ermm.sekali tunang dia bengang , terus blah gitu jer..tunang dia blah bawak keta dia..kunci umah , wallet semua kat tunang dia..so laki ni takde duit nak balik..

Aku tgok jam..dah lewat ni...ada gak aku berbuka dalam lrt kang..aku tanya la laki ni...jadi apa yang boleh saya bantu...walaupun aku tau apa sebenarnya dia nak...

Dia cakap , dia nak pinjam duit kat aku...esok lusa dia ganti balik...dia minta no telefon aku...lengkap la..ngan alamat pejabat...pastu dia bagi aku no tel dia ...

Aku tanya dia ...Encik nak pinjam berapa ni ? dia tanya aku ...aku ada berapa ? aku kata la aku ada dalam rm50...seketul...dia kata kalau boleh nak pinjam dalam rm30..nak naik terus teksi balik ke shah alam ...aku kata , nape tak naik komuter je ? dia kata dah lewat nak berbuka ni...ermm...aku terpikir..kalau lewat , buka je la dalam komuter...tapi aku malas nak bersoal jawap ngan dia...

Aku cakap kat dia..sebentar..saya kena pecahkan duit ni dulu ...aku g beli prepaid rm10..pastu aku bagi rm30..baki kat aku..ada rm10..huhu..camana aku nak survive ni..ermm..tak pe la ..dah orang tengah susah..aku tlg je la..walau pun aku tau risiko aku tuu..

Selepas laki tu mengucapkan berbanyak terima kasih , dia blah dari situ..ermm...aku terpk...tak pe la...rezeki aku , rezeki kau gak la..mungkin Allah nak aku berkongsi ngan laki ni kot..takpe la..aku redha...

Selepas berbuka , aku ceritakan peristiwa tadi tu pada parents aku..aku tau , aku akan dikatakan bodoh sebab percayakan lelaki tu...aku kata semula..mmg nampak cam penipu tapi kalau sebenarnya benar , camana ? tak ke kesian ? apa pun , aku tunggu minggu ni...adakah benar lelaki tu akan menelefon aku untuk membayarnya semula walaupun aku percaya, takkan punya lelaki tu nak bayar...

Keesokkan hari nya...sampai berakhirnya hari itu , takde panggilan langsung...ermm..aku percaya yang aku kena tipu...tak pe la...biar je la..aku halalkan....

Selang sehari dari kejadian tu...ada seorang kawan lama call aku...dia cakap dia nak bayar hutang aku....hutang yang mana aku sendiri dah tak ingat...ada la dalam RM500 ! ...huhu...dalam dalam dok pk mana aku nak korek duit , tiba-tiba rezeki datang mengolek ! haa...berisi balik kantung aku...alhamdulillah...

Tu antara kejadian - kejadian yang berlaku pada aku ...sejak tu aku percaya , jgnlah kita lokek dengan wang ringgit kita...ada lebih , apa salahnya kita bersedekah..dari membazir tak tentu hala...kita ceriakan orang , insyaAllah Allah ceriakan kita..

Mmg kita juga perlu simpan sedikit wang untuk simpanan hari tua tapi jgn la sampai kita kedekut nak bersedekah....

Apa sekali pun bagi aku...ni pendapat aku dan pengalaman aku ...kita beri hari ini ...Allah akan membalasnya kemudian hari..insyaAllah...yang penting , hati kena ikhlas... ;)

ben : sori ek..ayat tunggang langgang skit..ni adalah antara entri terawal sewaktu mula blogging...so kelam kabut..nak cepat..ikut apa je hati kata..terus je taip..bila baca balik..adeh..
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes