" Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !! "
Tabik arr kat lu orang ! Serius .. Aku dari dulu dok pikiaq camana diorng boleh berada dalam satu kumpulan yang sangat besar cam kat stadium tu..
Kali pertama dan terakhir aku g stadium , nun pada tahun 90an .. Masih ingat lagi masa tu aku g tengok SELANGOR lawan JOHOR ( semi-pro ) .. Tujuan aku g stadium bukan untuk tengok bola.. Heheh.. aku nak tengok rekabentuk Stadium Shah Alam sebenarnya .. Maklumlah , aku mmg minat dengan senibina bangunan .. Cita cita aku dulu tu... tapi sayang tak tercapai dek kerana malas belajar ! Huhu..
Bila aku kat stadium , aku pening kepala tengok ramai sungguh laa umat dalam tu.. Ada jual burger , air .. Best part , daging burger kasi belah dua tuuuu.. Ya Allah.. kedekut giler !! Camni punya manusia pon ada ke ??? Harga 2 kali ganda .. Apa punya peniaga camni ?? Tak kaya tau buat camani ..
Dan mmg aku pening kepala .. suara orang memekik.. memaki hamun , jangan cerita la.. Hahaha.. lawak tul ... Macam macam karenah dalam tu leh nampak .. Tapi alhamdulillah , takde la kejadian yang tak elok berlaku dalam tu .. Sendiri mau hengat la kan .. Mau koma kalau wat hal dalam tu.. huhu..
Apa pon , aku mmg respek kat korang sbb mampu buat apa yang aku tak mampu buat .. Jeles seh !!
" Gulp.. aku tak kata .. mereka tak kata .. Abis tu , sapa yang kata ? "
Entah .. tapikan .. tapikan .. cuba kita tengok balik blog blog yang selalu 'berperang' berbanding blog blog yang mana bloggernya adalah lelaki ...
Ampun maaf yer .. bukan nak burukkan blogger perempuan .. Tapi apa yang aku perasan , itulah dia .. Bukan aku je.. ada sorang rakan aku pon begitu gak.. Dia kata , sejak dia berblog .. blogger perempuanlaaahhh yang banyak bawak mulut .. Padahal blog dia bukan cerita apa apa sangat tapi bila berchatting , tu diaaa..
Sama gak dengan aku .. sejak aku mula berblog , aku kena attack ngan blogger perempuan jer .. Blogger lelaki ? Dalam kepala mereka bagaimana nak kasi trafik tinggi.. Tutorial blogging .. Dan camana nak tackle awek blogger ! Part ni hampeh !
Benarkan pendapat ini ?? Pengalaman korang camana lak ?? Benar atau tidak kenyataan ini ? Tolong jangan gunakan SAMA JE LELAKI PEREMPUAN ... Sila beri pendapat berdasarkan pengalaman anda atau rakan anda yang mana anda mengetahuinya ...
Terima kasih ... Malaysia Boleh !
" Blogger tertipu dek segmen BEN ASHAARI ? "
Gulp.. tertelan air liur aku .. Aku terpandang satu mamat ni pakai jersey bolasepak pasukan luar negara dan terpampang satu logo produk yang amat kita kenali .. Jersey tu sah sah dia beli kat tepi jalan je memandangkan dia gunakan baju tu hanya untuk membuat kerja kerja kasar .. Wow.. bijak !
Segmen BEN ASHAARI ... Aku tak pernah mendabik dada langsung pasal blog aku .. Masih aku ingat lagi pertama kali aku buat segmen JELAJAH BLOG .. Perghh.. ramai gila kutuk !! Serius .. Sampai skang pon masih ada yang kutuk .. tak puashati .. kata aku dok makan trafik blogger terutamanya blogger baru ..
Segmen Jelajah Blog lak , diorng bantai aku kerana aku memandai mandai review blog orang .. Blog aku pon haprak ada hati nak review blog orang .. tu kata dia la .. Aku tersenyum je la.. Masa tu aku terfikir , sapa yang layak sebenarnya ? Dan persoalannya , aku ke yang gatal buat padahal itu atas permintaan blogger tersebut..
Jelajah Blog yang aku buat tu adalah satu segmen suaikenal blogger yang aku kenali dengan pembaca aku .. Sangat mudah .. Itu pon dipertikaikan .. Maka aku permudahkan lagi.. Sekadar copy paste pengenalan mengenai blogger tersebut .. Tu pon jadi isu gak.. Masalahnya ialah , aku buat , aku tak mintak pon balasan .. Kecuali mmg aku ada ajak tukar suka sama suka.. Tak nak tak pe ..
Dari situ bermula segala SEGMEN .. TUKAR SUKA SAMA SUKA .. dan WIN WIN SITUATION .. Tapi disbbkan ada yang fikir guna pala lutut , maka dia kata aku amik trafik blogger terutama blogger baru ..
Wahhh.. kaya aku siutt... tapi sekurang-kurangnya la kan , aku wat dengan idea aku sendiri .. Aku tak wat entri pasal artis , drama , filem dan tunggu orang google dengan harapan entri aku terkena makan umpan .. Dalam erti kata lain , aku bawa angin perubahan dalam dunia blog ini .. Dan skang ada gak blogger yang buat kan ? Maka kejikah mereka ? Tak ke sedar contest pon memerlukan para peserta berbuat demikian ? Nak join , sila beli produk .. baru leh menang..
Akai pon tarak ! Harap ada gelaran je .. Nasib baik aku hidu niat buruk 'ko' tu ..
Penaja rasmi segmen kali ini ... http://rizi-biz.com/
Bersedia ? Okehh .. Ini soalan harian ... Paling tepat dan pantas akan menang 2 jam promosi blognya di BEN ASHAARI.COM
Soalan Harian
Berdasarkan senarai di SINI , sila cari jawapannya ..
Soalan 1 a ) Siapakah nama blogger ini ?
Cara nak hantar jawapan .. mudah jer .. Tinggalkan jawapan beserta url blog korang di ruangan komen entri ini .. Hanya yang paling pantas dan tepat akan menang .. Tutup , bila ada pemenang ..
Soalan Terkumpul untuk hadiah utama
Dan ini soalan 1 untuk kategori soalan terkumpul .. Sila simpan jawapan sehingga soalan ke 5
Soalan 1 ) Berikan 5 jenis produk yang dijual di dalam blog penaja ..
Itu saja...