Hurm.. abis semua dia panjat .. Nasib baik buat masa ni , dia tak kaco home teater baru aku tu ... huhu..
Takpe la.. nanti petang kita gi klinik eh.. check perkembangan adik Qhaliff ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Hurm.. abis semua dia panjat .. Nasib baik buat masa ni , dia tak kaco home teater baru aku tu ... huhu..
Takpe la.. nanti petang kita gi klinik eh.. check perkembangan adik Qhaliff ..
Bila aku ditawarkan menyertai Maxis 4G Bloggers Blaze Challenge ni , aku teruja. Bukan sebab hadiahnya tetapi cabaran misteri yang menanti ! Hehehe .. Ok , tipu la tak teruja dengan hadiahnya kan ? Heheh.. Tapi hadiah tu , no 2 .. Penyertaan dan kesempatan berjumpa dengan rakan rakan blogger yang lain , tidak patut dilepaskan ! Satu peluang yang jarang diterima.

Ok .. Bertempat di Piazza , The Curve segalanya bermula.. Aku datang awal untuk mencari mood agar dapat bertanding dgn penuh semangat .. Huhu.. Semangat nak menang nehh ! Takde la.. Aku sekadar mencari pengalaman jer .. hehe..
Jam 9.30. Segalanya bermula. Aku disatukan dengan kenalan blogger yang dah lama aku kenal , Isaac Tan .. Dan dua blogger lagi , Vee dan Hilda. Cun dua dua ni .. Hahahha ..
Tidak lama kemudian , penerangan diberikan. Apa yang patut dilakukan .. Dan , semua peserta / blogger teruja .. Tak sabar nak buktikan mereka adalah blogger yang penuh bersemangat dan aktif ! Bukan sekadar semangat depan pc jer ! Huhuh..
Preetttt ! Task pertama .. Perghh.. Kena kuat mental dan pantas untuk yang pertama ni .. Tapi , untuk cabaran MAXIS 4G BLOGGERS CHALLANGE 2013 ni bukanlah untuk mencari sapa terpantas sebaliknya , menghabiskan kesemua cabaran dengan sempurna .. Haaa .. jangan tersilap !
Setiap kumpulan dikehendaki gunakan Samsung Galaxy S3 yang dibekalkan untuk mendapatkan kod QR pada belon yang berhampiran bagi memperolehi kunci kereta serta klue seterusnya.
Kumpulan aku yang diketuai Isaac Tan , berjaya dapat klue. Kedudukan ketika ini , kami di tempat ke 4 rasanya.. Lokasi , ke Mad Monkeyz ! Aku tak tau apa tempat ni .. heheh .
Wow ! Rock Climbing ! Suka benar aku sbb aku tak pernah cuba tetapi bagi aku , aku takde masalah sbb aku mmg gemar memanjat sejak kecil dulu .
Selesai task kedua , kami dapat klue untuk task seterusnya iaitu ke Sunway Lagoon. Kat sana , cabarannya agak mudah. Go Kart ! Mampu dilalui dengan tenang .. Hehehhe .. Selesai ! Dapat dihabiskan dengan jayanya .
Dapat task seterusnya .. Kembali ke tempat permulaan iaitu , The Curve.. Dan kumpulan aku adalah kumpulan pertama yg sampai !
Cabaran ni yang kumpulan aku silap. Maklumlah , takde pengalaman .. Kena makan tembikai ! Tu jer ! Jadi , kumpulan aku makan la dengan sopan santun walhal ada antara mereka gunakan pengalaman mereka , ‘makan’ dengan gelojohnya ! Huhuh ! Bijakkk ..
Dan , mereka itulah yang menjuarai Maxis 4G Bloggers Blaze Challange 2013 ni ! Pasukan aku , tarak menang pon .. Huhuhuh.. Kiciwa gue ! Hahahha .. Takde la.. tak kisah pon .. Aku datang pon sbb ni mmg keje aku .. Menang kalah tu , adat pertandingan .. Cool l kan ? Heee …

Tujuan utama pertandingan ni adalah untuk membuktikan bahawa MAXIS 4G LTE sudah meliputi diseluruh kawasan Lembah Klang dan beroperasi dengan cemerlang !
Aku yang gunakan Waze sbg GPS mencari lokasi yang diberikan di setiap check point , mmg pantas jer. Takde sangkut sangkut ! Search pon laju ..
Akhir kata .. walaupun kumpulan aku tewas pertandingan ni , kami tetap bangga dapat lalui kesemua cabaran dengan cemerlang dan berpasukan ! Dan paling penting , kami dah merasai bagaimana MAXIS 4G LTE berfungsi dengan baiknya di setiap laluan kami !
Tahun depan nak masuk lagi ? Huhu.. Kalau dijemput , apa salahnya .. kan ?
Dulu , bunyi skit tv pon dah terjaga .. Skang ni , tidur dgn bunyian sistem home teater di depan mata , tetap lenaaaa .. Paksa la tidur ngan mak dia .. Tamo.. Bila aku letak depan tv , dengan botol susu .. 5 minit je , lenaaa ..
Pastu angkat masuk bilik .. Hurm.. bila tengok dia , rasa kasihan pulak. Rasanya aku ada plan untuk dia nanti .. Harapnya menjadi .. InshaAllah .. Masa untuk belajar ..
Aku paling tak suka , ke Damansara , Petaling Jaya mahupun Shah Alam ! Kenapa ? Sebab aku tak mahir langsung jalan jalan ke sana ! Gi la berkali kali .. tetap tak ingat punya !
Jumaat lepas , aku kena gi ke 1 FIRST AVENUE utk satu event. Aku kena ada kat sana selepas waktu solat Jumaat. Jalan pasti sesak punya time tu.. Aku pulak tak tau kat mana bangunan ni ..

Maka gunalah GPS .. Tak sempat nak google lokasi bangunan ni.. Dan , ikutlah aku.. Pusing kiri , kanan .. terus .. Masuk taman ni .. keluar taman ni .. Rupa rupanya ???? Sebelah Media Prima je ponnnn ! Huk alohhhhhh … Geram giler akuuu .. Arghhhh ..
Dan hari ni , aku kena gi Piazza , The Curve.. Alahai .. Suka benar la diorang buat event kat Damansara ni .. Aku tak suka okeh ! Aku duduk Sepang nii.. Jauh woooo .. Tapi kerana aku kerja dan punca rezeki buat masa ini adalah dari situ maka .. ikut jer laa.. Jangan banyak songeh !
Tapi kali ni , aku tidak akan tertipu ! Aku tau kat mana The Curve ni ! Haaaa .. Pastinya dekat juga dengan 1 First Avenue yang aku gi tempoh hari !
Event kata kul 8 pagi kena ada dah kat lokasi. Aku keluar rumah jam 7.15. Aku set pada GPS. Wowww !! Aku akan tiba jam 8.15 gitu ! Perghhh.. lambatttt !
Terus bergerak ke lokasi.. Zasss .. zasss .. Aku tamo ikut GPS ! Aku tau dah jalan ! Pandu ikut naluri .. Dan , tadaaaaa .. aku sampai 8.09 pagi ! Tu diaaaa .. Teror tuuuh !
Dan event , belum mula lagi.. 9.20 baru mula ! Huwaaaaaa .. Kalau ada perangkap laju , mau mau 4-5 gak la aku kutip ! Semangat nak menang punya pasal ! Huhhu …
Selesai 'kerja' hari ni .. lepas la nak byr hutang bulan depan .. Berderu balik rumah . Rindu kat si anak .. heee..
Sampai je rumah , terus disambut dek Qhaliff .. ajak meronda jap .. Haaha.. ok je laaa.. Anak punya pasal ..