Press release untuk tatapan kita .. Mana la tau kot kot ada yang nak membeli belah online nanti terutama mereka yang kaki shopping online .. hehehe ..
Menarik !

Sebelum ni aku tak terpikat pun .. Malas nak amik tau bab bab automobil ni.. hehehe.. Yelah , kereta dahh ada .. kenapa nak sibuk cari kereta lain kan ? Tapi ikutkan perancangan , nak jugak guna kereta kecik satu.. Yelah , kereta sekarang ni .. ke hulu ke hilir dengan 'dia ' jer.. Mana leh tahan kan ? Ni baru masuk setahun dah , 60 ribu KM ! Haa... Giler kan ?
Axia ni .. kalau tengok harga pon baru RM30K .. murah la kan ? Cuma satu part jer .. Hurmm... Part apa ??? Rasa rasa ? Heeee... Ketahanan badan kereta ni .. Oh , tolonglah jangan kata .. " Dah murah , nak expect apa kan ? ". Apasal ? Kalau murah , maka aspek keselamatan pon kasi yang 'murah' gak ?
Hurmm.. Tengok la .. nak beli ke tak .. Dapat duit terpijak , boleh la kan ? Hehehehe.. Terpijak ajaaa skang ni !
Setiap hari , aku cukup takut jam 12 tengahari dan 4 petang !
Setiap hari melainkan bila wife ada rumah.Kenapa dan mengapa ??? Sebabnya ,
Zahra nak ‘makan dan minum’ ! Dia tamo susu dalam botol ! No no noooooo ! Nehi
nehi nehiiiii !!
Kalau dia tamo .. paksa camana pon dia akan tolak ! Samada
dengan lidah dia atau dengan tangan dia.. Dah tu nak wat camana ? Dah tukar
botol pon , gitu gak..
Nak dijadikan cerita , kelmarin wife ada belikan air kotak
untuk aku. Sambil aku pangku Zahra , aku minum. Waktu tu dalam kereta la..
Berenti jap kat kedai.
Dia pon sibuk nak berebut air kotak tu dengan aku.. Aku pon
kasi la.. Nak tengok apa dia nak buat.. Dia nak ikut aku ! Nak minum gak.. Aku
pun sua la straw tu dalam mulut dia.. Jari aku dah standby nak tarik andai Zahra
berjaya menyedut air kotak tu !
Dan dia berjaya ! Aku cerita kat wife , dia tak percaya ..
Huhhh.. Tak pe tak peee ..

Dan semalam .. Aku kembali ‘berdua’ dengan Zahra. Aku mmg
seriau je kalau dia menjerit nak susu.. Cuak siutt.. Sebab dia nangis sungguh
sungguh.. Ni bukan nangis cam mengedik.. Haaa.. Kalau jiran dengar , pasti ingat
aku dok dera anak walhal anak dok dera aku..
Bila sampai masanya , aku pun panaskan susu botol yang wife dah
sediakan setiap pagi.. Aku bagi Zahra. Cam biasa dia ‘reject shop’ kan aku gitu
gitu jer ! Perghhh ..
Tiba tiba , di atas kepala aku ada bunyi.. ‘ Ting !!! ‘ . Tu
bunyi idea dah datang ! Aku rasa bunyi ‘ting’ tu datangnya dari sel sel yang
sedang berhubung.. Hurmm.. Aku rasa la..
Aku gi dapur.. bukak peti ais.. Cari peninggalan straw yang
berbaki.. Walaahh ! Adaaaa … Aku pun bukak tudung botol susu Zahra. Masukkan dua
potong sayur brokoli. Kemudian masukkan perencah secukup rasa. Didihkan hingga
10 minit ! Kemudian .. Eh , terlari cerita.. hehehe.. Tetiba rasa macam Mat Gebu
lak.. hahahah ..
Ok ok .. sambung .. Aku bukak tudung botol dan masukkan straw
dalam tu.. Bismillah.. Dan suakan pada Zahra.. Memula tu dia menolak.. Tapi bila
berjaya je masuk , dia pon jalankan tugas dia yakni menyedut emas emas tak
ternilai harganya , masuk ke dalam mulut ! Dua tiga tegur , dia luahkan balik
air susu tu.. Yeayyyyy .. Berjayaa ! Aku cuba sekali lagi.. Yeayyyy.. dia tak
nak dah ! Hahahaha.. Ok ok.. Tak kisah la.. Asalkan tekak dia dah dibasahkan.
Dan sememangnya dia tak kuat menyusu belah siang.. Malam je kuat.. Daddy kena
tengok jer .. Tak leh kaco laa…
Lepas tu , aku terus letak dalam buaian.. Dan , yeayyyy.. Dia
tidur tanpa pedulikkan aku dah ! Sampai hati betul buat daddy gini .. Tak kisah
laa..
Dan hari ni dalam sejarah , dia tidur tanpa nangis ! Haaaa…
Bagi mereka yang berminat nak cari pengasuh untuk anak kecil mereka .. Boleh la
hantar ke orang yang berminat.. Tak berminatkah aku ? Er , er.. jangan..
jangan… Ada yang bungkus blog jugak nanti ! Tiba tiba ada signboard ..
“ BEN ASHAARI KINDERGARTEN ! “
Perghhh.. masyuk.. Leh ajak team #kelabbloggerbenashaari jadi
pengasuh sekali.. haaa.. kan kan ?
Aku tengok kawan aku post gambar ni di TimeLine Facebook dia..
Dan aku rasa ini satu idea yang sangat menarik !!

Hurmmm… Aku rasa baik buat gini dari biarkan anak kita dengan
leka bermain tablet dan telefon bimbit ! Boleh jadi anti sosial nanti bila besar
! Tak reti nak berkawan.. Kat tangan dok pegang gadget jer .. Hurmm ..
Sayangnya , aku takde kotak besar cam ni ! Rasanya kena tukar
smart tv 80 inci baru dapat kotak besar.. Baru puashati kan ? Hehehhee.. Qhaliff
puas.. daddy lagiii … puasss !!
Bermula 29 September sehingga 1 Oktober 2014 , Lazada Malaysia akan mengadakan jualan siber besar‐besaran ini yang menjanjikan potongan harga yang hebat khas seperti barangan dapur rumah, barangan hiasan rumah, alatan elektronik, kamera, komputer, telefon bimbit , tab, jam tangan , bag, travel accessories, barangan sukan dan banyak lagi , khas untuk pembeli di
talian.
talian.
Yeayyyy …Tak payah beratur membayar dah kat kedai !
Amacam ? Tertarik kan ? Aku pon !! Nak tengok gadget yang dijual nanti !! Apakah murah berbanding di kedai kedai atau sebaliknya ? Kalau murah seperti yang digembar gemburkan selama ini.. Er , orang kata produk yang dijual di Lazada , harganya mmg berpatutan dan cepat jugak sampai barangnya ..
Kat mana nak shopping semua barangan yang aku sebutkan di atas ?? Hehehe.. Korang leh shopping samada di Laman Web #MYCyberSale atau pun di #MYCyberSale on Lazada ini !! Aku dah masuk tengok dah … serius ternganga aku dibuatnya ! Murah tuuuu …
Berbaloikah membeli online ? Hehehe… Bagi yang malas nak beratur , mencari produk kegemaran walhal ada je di depan mata , boleh je shopping sempena #MYCyberSale ini yang mana sebanyak 225,000 tawaran yang membabitkan 4500 penjual online dengan potongan harga sehingga 90 peratus !!!
Rugi ni kalau lepaskan peluang gini haaa .. Tunggu apa lagi ! Jom laaaa shoppinggg.. Bukan selalu ada haaa..
