BEN ASHAARI



 

Nasib baik ilmu yang diperolehi ketika ‘berguru detox’ di Phuket beberapa bulan lepas , berguna buat aku petang tadi. Segalanya bermula bila aku minum susu gym aku tu .. pastu pekena laksa Kelantan. Memang sedap laaa ! Dua pinggan aku lanyak. Gambar pon tak sempat amik untuk post di Instagram seperti biasa..

Di gym.. aku asyik sendawa.. angin nak keluar tapi tersekat kat ulu hati. Pedih betul rasanya. Hilang mood nak workout ! Nak balik , rasa sayang sebab dah bayar yuran masuk ! Hurmm..

Akhirnya mood aku mati… sebab badan tak sedap dah rasa. Balik rumah terus. Rasa tak sedap tu masih ada. Tak tau nak buat camana nak kasi ilang. Rasa menyesal menjelma makan banyak sangat tadi.

Tiba-tiba teringatkan air lemon yang mampu meneutralkan pH dalam badan. Asid sudak lebih la nih.. Huhuh.. Sampai di rumah ,mintak  wife buatkan air lemon segelas .. Dan minum ! Alhamdulillah ! Terus hilang rasa angin tu.. Takda dah angin tersekat sekat. Selesa sungguh badan pastu !

image

Sekadar Gambar Hiasan dari Instagram – Detox Water

Yup.. dulu memang aku amalkan air lemon tu setiap hari tapi sejak berada di Kelantan ni , memang payah nak buat. Jus sayur yang biasa aku buat pon tak usik langsung di sini. Hurmm.. Seminggu lebih tak minum dan makan pon main belasah jer. Nasib baik gi gym. Kalau tak ? Hurmm.. sia sia kerja keras selama 2 bulan lebih !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

“ Daddy, nak susuuu botol.. “.

Ada dua anak.. dua dua akan mintak susu sebelum tidur dan juga selepas mandi. Sejak dulu lagi wife beli susu Anmum Essential untuk mereka selepas putus susu badan. Mereka ok jer dengan Anmum. Takda masalah dan bagi aku, Anmum dah diterima berjuta juta kanak kanak di seluruh dunia.

image

Pernah juga nak tukar ke susu jenama lain tetapi… hurmmm.. Wife ada belikan susu coklat untuk Qhaliff. Saja tukar selera. Kot kot la dia boring dah minum susu yang sama.. kan kan ?

Ada satu hari tu , aku bancuhkan mereka susu. Ada la tertumpah sedikit susu tepung dan aku plan nak bersihkan selepas siap bancuhkan nanti. Tetapi ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan aku terbeliak bijik mata ! Tak sampai 5 minit , sekumpulan semut hitam yang halus dah ‘menyerang ‘ tumpahan susu tepung tersebut ! Aku terbeliak. Aku terus bancuh susu coklat tersebut dan minum. Aduh !!! Manisnyaaa !!!

Sejak tu , kekal je dengan Anmum Essential. Sebab apa ???? TIADA GULA TAMBAHAN ! Camana nak kesan ?? Boleh baca entri aku yang lepas Pentingnya ANMUM ESSENTIAL pada anak kita !

image

Jom tonton video ni dan sama sama kita lakukan sedikit kajian terhadap susu formula yang kita berikan pada anak anak kita… demi masa depan mereka jugak , kan !

Betul jugak kan ? Kita beria nak kasi yang terbaik pada anak anak tapi terlupa nak merasainya dahulu. Main beli je apa yang dipromote pada kita dan beria iklan tu kata bagus.. tapi terlupa kita yang ramai kanak kanak terdedah dengan diabetis ! Kesian diorang kan ? Huhu…

Bagi yang belum pernah mencuba Anmum Essential dan berminat nak mencubanya tapi takut anak tak nak.. Heee.. jangan risau ! Korang boleh cuba trial pack dulu.. Request jer free sample di ANMUM FREE SAMPLE. Bila dah cuba jangan lupa post di media sosial dan hastag , #whatsinthemilk #anmumessential #noaddedsugar.

Jangan tunggu tunggu lagi.. Berikan yang terbaik untuk anak anak kita !

image

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca !

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Pelan esok nak balik KL setelah seminggu lebih bercuti di Kelantan. Tapi tergendala disebabkan seorang demi seorang demam ! Demam bukan ala ala demam tapi memang cecah 39 darjah terus ! Hurmm..

Semalam Zahra,pastu Qhaliff mula menampakkan ketidakselesaan dan baru tadi , Aariz. Baby kalau demam , memang tak tidur la kita dibuatnya.

Demam bermula dari anak buah wife. Baby pastu kena kat kakak dia dan seterusnya Zahra.. Aku pun dah mula rasa tak sedap badan gak ni.. Hurmm..

image

Dan minggu ni minggu terakhir wife bercuti sebelum memulakan kerjanya setelah 5 bulan ‘bercuti’. Huhuhuh… Aku kembali jadi Mr.MAMA la pasni.. Moga boroi tidak menjelma kembali !

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Di saat aku tengah setting kamera untuk jadi ‘jurugambar tak bertauliah’ majlis persandingan adik ipar , masa tu jugak laa Qhaliff datang tengok.. Dia nak tengok je katanyaa !

Aku tak kasi.. Tau apa dia kata ?  “ Tak nak kawan daddy ! “. Eh ehhh.. Gitu lakkk ! Aku jawab laa.. “ Tak nak kawan sudah.. tetek kau sebelah.. “. Hahaha.. Takda la ! Aku jawab tak nak kawan dah. Terus dia buat muka seposen.

image

Ok.. aku kasi tengok.. Mengalah ! Kalau arwah ayah aku dulu , jangan mimpi la nak dapat pegang kamera dia. Katanya nanti abis setting semua !

Anak punya pasal.. kasi je la. Kot la dia ada bakat kat bahagian ni kan ?

image

image

Pastu dia nak try tekan. Masa tu jugak laa batalion anak buah datang join sama ! Adehhh.. masing masing sibuk bergaya depan kamera.

Dan terus dia jadi jurugambar ! Aku garu kepala..

image

Tiba-tiba wife masuk dah bersuara..

“ Abang.. pengantin dah datang tu.. “. Ah , sudahhhh.. terus kelam kabut aku. Maklumlah , aku kan amatur ! Huhhuhu.. Dan ternyata gambar pengantin aku amik kali ni , gagal..

image

Haishhh… gagal guee !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

Terbaik buat Harith Iskander. Bakat melawak solonya memang takda sapa boleh nafikan sama sekali. Bagi aku , yang pernah tengok sendiri lawak solonya secara langsung memang sangat sinis dan makan dalam ! Tak perlu nak bersungguh sungguh nak kasi orang ketawa seperti memperbodohkan diri sendiri pon ! Sebab tutur kata dia memang sampai dan melucukan !

Pada pusingan akhir sebelum menjuarai The Funniest Person In The World (TFPW) yang berlangsung di Levi , Finland ni , dia bersaing dengan beberapa pelawak dunia, Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece).

image

Harith mendapat undian tertinggi iaitu hampir empat juta undi berbanding empat peserta peringkat akhir lain. Kemenangan itu mengambil kira markah daripada juri yang dicampur dengan undian penonton atas talian, yang mengikuti klip persembahan jenaka peserta melalui laman web LaughFactory.com.

Tahniah sekali lagi buat Harith Iskander yang telah mengharumkan nama negara di saat saat nama negara dicalarkan dengan tidak sengaja oleh individu individu tertentu..

image

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes